Rabu, 4 April 2012

LEBAH – semakin terancam

مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيْهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
“Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia.” (QS. An Nahl : 69)


Lebah merupakan serangga penghasil madu yang telah lama dikenal manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di pohon kayu dan tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan iaitu royal jelly, pollen, malam (lilin), propolis dan madu. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Di Malaysia kawasan penternakan lebah banyak tertumpu di Negeri Sabah dan Johor. Terdapat juga di kawasan yang menjalankan perternakan lebah secara kecil-kecilan seperti di Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Dalam satu koloni lebah terdiri daripada seekor ratu lebah yang boleh menetaskan lebih seribu telur lebah sehari, 30,000 ribu ke 40,000 ribu pekerja lebah, 1,000 lebah jantan.

lebah tidak hanya berguna untuk manusia dari segi madunya semata-mata. Ia juga menyumbang kepada pendebungaan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk makanan harian manusia. Bila lebah mengumpul nektar dari satu bunga ke satu bunga ia turut membantu proses pendebungaan bagi menumbuhkan buah-buahan dan sayuran untuk makanan manusia.

Tanpa lebah,pendebungaan tidak berlaku,tanpa bunga-bungaan lebah tidak dapat pula menghasilkan madu sebagai sumber makanannya.,suatu kontrak alam yang sempurna. Albert Einstin pernah berkata,"Jika lebah madu punah,manusia dimuka bumi bakal ikut punah dalam tempoh empat tahun",walaupun masih diragui Einstain pernah mengatakannya,lebah madu memang diakui penting bagi kelangsungan hidup manusia


Lebah madu selalu hidup berkoloni, rata-rata setiap koloni terdapat 60-70 ribu lebah dalam satu sarang. Walaupun populasi yang demikian padat, lebah mampu melakukan pekerjaannya secara terencana dan teratur rapi. Suatu koloni lebah umumnya terdiri dari lebah pekerja, pejantan dan ratu. Lebah pekerja boleh dikatakan menjalankan seluruh tugas dalam sarang iaitu membuat sarang, membersihkan sarang, menjaga sarang, memberi makan larva dan ratu lebah, dan yang utama adalah mengumpulkan madu dan bee pollen sebagai sumber makanannya.

Lebah semakin terancam


Koloni lebah diseluruh dunia terdedah kepada bahaya penggunaan bahan kimia yang berlebihan diladang dan pencemaran alam sekitar yang lain. Mengikut laporan Program alam sekitar PBB(UNEP),penyebaran fungi berbahaya yang dibawa melalui pergerakan perdagangan antarabangsa, turutmengancampopulasilebah.

UNEP menambah,penurunan populasi lebah memberi kesan yang serious kepada keselamatan makanan dunia.Biodiversiti juga turut terjejas sekiranya tiada berlaku persenyawaan tumbuhan yang biasa dibuat olehlebah

Penurunan populasi lebah telah dikesan sejak tahun 1998,terutamanya diBelgium,Perancis,Jerman,Haiti,Belanda,Spanyol,UK,Amerika dan Afrika juga turut menErima kesan. Lebah merupakan indikator awal keatas sebarang perubahan keatas alam sekitar
UNEP meminta kepada para petani & peladang diberi insentif untuk menggalakkan penternakan lebah madu

Pada tahun 2009,didapati koloni lebah di England berhadapan dengan kadar kepupusan yang tinggi akibat jangkitan penyakit dan kurangnya pengawalan penyakit dipihak yang berwajib

Pada tahun 2005,Walter Haefeker, Naib Presiden Persatuan Penjaga Lebah Profesional Eropah telah menimbulkan rasa resahnya pada keadaan yang berlaku kepada koloni lebah di Eropah.Tanpa diketahui sebabnya, populasi lebah di Jerman semakin menghilang dan ini memberi kemudaratan kepada penjaga-penjaga lebah di sana .
Komuniti saintis menggelarkan fenomena misteri ini sebagai Colony Collapse Disorder (CCD) yang semakin pantas bertukar menjadi masalah nasional. Ada juga saintis yang melabel masalah ini sebagai “ AIDS kepada industri penjagaan lebah”. Apa yang pasti adalah berjuta lebah telah hilang begitu sahaja. Yang hanya tinggal dalam sarang ialah anak-anak yang pasti akan mati kerana tidak diberi makanan oleh lebah-lebah dewasa yang hilang tersebut. Lebih ganjil, lebah-lebah yang mati itu tidak dijumpai di dalam sarang ataupun di sekitar kawasan sarang mereka. Saintis yang sedang melakukan penyiasatan turut berasa hairan kerana simptom yang di paparkan dalam kes ini tidak dapat dirujuk dalam mana-mana data dan maklumat yang tersedia ada berkenaan lebah.


Dalam banyak kes saintis masih berjaya menemui bahan bukti bahawa hampir semua virus yang berkaitan dengan lebah telah ditemui pada lebah-lebah yang dijumpai dalam sarang setelah kehilangan secara besar-besaran yang berlaku dalam koloni lebah tersebut. Sesetengah daripada lebah tersebut menerima 5 hingga 6 jenis jangkitan dan pada masa yang sama juga dijangkiti oleh kulat. Saintis membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda sebegini hanya berlaku kepada lebah yang telah musnah sistem antibodi mereka.

Kejutan lain buat para saintis yang menyelidiki kes ini ialah sarang lebah yang terbiar tidak didatangi oleh lebah-lebah dan haiwan yang lain. Kebiasaannya koloni lebah yang berdekatan atau parasit akan mencuri madu dan debunga yang ditinggalkan atas sebab yang berbeza seperti kesejukan yang melampau dalam musim sejuk. Para saintis tersebut membuat hipotesis bahawa “terdapat sesuatu yang toksik pada koloni yang tertinggal yang membuatkan haiwan lain menjauhi daripadanya”.

Walter Haefeker melihat perkara ini melebihi dari skop industri penjagaan lebah. Beliau membuat andaian bahawa kemungkinan paling besar faktor yang mempengaruhi fenomena ini ialah pertambahan bilangan ladang tanaman ubah suai genetik (GM) yang mempunyai sifat rintang serangga perosak telah ditanam sekitar 40 % di ladang jagung di Amerika Syarikat. Di Jerman jumlahnya hanya sekitar 0.06 % yang hanya merangkumi kawasan di sebelah timur Mecklenburg dan Brandenburg . Beliau telah menghantar beberapa saintis untuk membuat kajian di kawasan tersebut dan mencari hubungan antara tanaman GM dan penyakit yang dialami oleh lebah.

Kepupusan koloni lebah berkemungkinan juga berpunca dari kesan radiasi akibat penggunaan handphone.Pancaran radiasi melalui penggunaan alat telekomunikasi seperti handphone telah menggangu kemampuan lebah untuk mengesan sumber makanan.Satu kajian dibuat Universiti Landau didapai lebah tidak pulang semula ke haif bila handphone diletakkan berhampiran

Pemanasan global juga dipercayai menyumbang kepada kematian lebah,menurut para saintis pemanasan global meningkatkan lagi jumlah populasi agen pembawa penyakit seperti kutu,fungi dan virus yang mengancam keselamatan lebah.Perubahan cuaca yang tidak menentu berpunca dari pemanasan global ini turut menggangu koloni lebah yang sudah biasa dengan perubahan iklim yang tetap.

Di negeri kita,fenomena penurunan hasil madu lebah juga begitu ketara berlaku.Korporasi Pembanguna Desa,agensi utama dalam mengembangkan industri lebah madu di negeri ini sejak tahun 1980han lagi,melihat trend penurunan hasil madu dikalangan penternak madu di beberapa daerah seperti di Kudat sejak tahun 2008 lagi.

Antara puncanya ialah pembukaan hutan dan kecendrungan pekebun menggantikan kebun mereka dengan penanaman kelapa sawit.Ini mengakibatkan sumber makanan lebah seperti pokok kelapa semakin berkurangan.Faktor cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada penurunan hasil ini.


Sudah tiba masanya kempen kesedaran agar menjaga populasi lebah ini dari mengalami kepupusan seperti yang berlaku dinegara-negara barat. Pihak sekolah contohnya boleh melibatkan diri agar pelajar-pelajar didedahkan lebih awal mengenai kepentingan lebah kepada alam sekitar. Kajian berterusan harus dilakukan dan langkah-langkah pencegahan perlu dibuat oleh pihak yang berwajib agar industri lebah dinegara ini terus berkembang untuk ditinggalkan kepada generasi akan datang.Lebah seolah-olah ingin memberi tahu kita bahwa alam sekitar semakin terancam oleh kerakusan tangan manusia sendiri.