Satu sikap negatif yang ada pada diri kita ialah menangguhkan kerja.
Ia berpunca bilamana kita suka mencipta suatu sinario dalam minda kita bahawa apapun yang kita lakukan tidak akan berjaya malah mungkin boleh mendatangkan mudarat yang besar pada diri anda.
Kamu mungkin perlu membuat satu sesi taklimat esok hari. Minda anda mulalah menggambarkan anda mungkin tertinggal nota taklimat, anda mungkin memalukan diri and a kerana taklimat anda itu teruk sangat, dan bos anda akan memarahi anda selama 20minit selepas taklimat dan bermacam-macam lagi yang anda fikirkan.
Semua gambaran itu menakutkan diri anda.
Oleh itu, dibawah, tips bagaimana mengelak imaginasi negatif ini.
Langkah 1: Katakan "TIDAK" kepada kritikan dalaman anda.
Semua gambaran negatif diminda anda berpunca dari kritikan dalaman negatif yang anda cipta sendiri.
Dia akan mengatakan
Kepada anda bahawa anda akan gagal sebab itulah yang anda sering lakukan, atau anda kurang bersedia atau bos anda tidak menyukai taklimat anda itu, dan bermacam-macam lagi.
Jadi, cepat-cepatlah memadam kritikan dalaman anda itu sebaik saja ia muncul dalam minda dan dengan tegas katakan TIDAK!TIDAK!TIDAK!
Dan katakan pada diri anda bahawa aku tidak akan menempuh jalan yang negatif itu.
Tindakan segera anda memadamkan kritikan dalaman itu dapat menghalang imaginasi negatif menguasi dan melemahkan diri anda Dan anda akan merasa lebih rasional menghadapi sebarang tugasan
Langkah 2: Tarik nafas dengan tenang
Berada dalam kedudukan diam seketika,kalau perlu duduk dan lakukan pernafasan keluar dan masuk dengan panjang dan tenang, tanpa memikirkan perkara yang lain.
Perbuatan ini akan merehatkan badan dan menghilang stress. Anda akan dapat memberikan tumpuan terhadap apa yang berlaku "Sekarang" dan tidak terbawa-bawa serta hanyut dalam imaginasi negatif yang mungkin berlaku didepan.
Langkah 3: Lihat kembali kebelakang
Berapa kalikah dimasa lepas, imaginasi negatif yang bermain dalam fikiran anda benar-benar terjadi? Dalam kes saya, tiada langsung dan kalaupun ada amat sedikit.Mungkin juga kenyataan ini benar pada diri anda.
Oleh itu saudara, ingatkan diri anda, sebenarnya, pengalaman di masa lalu menyedarkan diri anda bahawa, ia cuma imaginasi negatif yang tidak pernah terjadi
Selamat bercuti
(Terjemahan Dari Hendrik Positivity blog)
Roma
Isnin, 4 Februari 2019
Langgan:
Catatan (Atom)