Lama juga saya tidak "update" blog sayani.Mau jadi macam blogger lain yang sentiasa update blog mereka dengan isu-isu yang menarik tapi masih lagi merangkak,masih terkapai-kapai mendisiplinkan diri untuk menjadi penulis yang baik.Tak apala,sekurang-kurangnya saya sudah memulakan perjalanan ini, sebagai penulis blog,suatu perjalanan yang disediakan oleh kemudahan IT.Dunia sudah menjadi sebuah kampung,"global village",komunikasi dipercepatkan antara manusia.Kali ini saya akan menulis mengenai sejarah,sejarah suku kaum Bajau-sama,kaum saya sendiri.Kenapa saya memilih,memang secara semulajadinya kita ingin mencari identiti kita sendiri.Saya akan memulakan penulisan saya mengenai kaum Bajau-Sama di Sabah.Maklumat mengenai suku Kaum Bajau-Sama ini saya ambil dari beberapa sumber salah satunya dari Kertas-Projek saya sendiri semasa saya menuntut di ITM Sabah mengenai Sejarah Kedatangan Islam Di Sabah Sebelum Merdeka.Dalam Kajian saya,salah satu faktor kedatangan Islam ke Sabah ialah melalui penghijrahan kaum Bajau-Sama ke Sabah.
Pada hari ini bila saja disebut orang-orang Bajau ia langsung merujuk kepada orang yang beragama Islam,sama seperti bila kita menyebut orang-orang Melayu di Tanah Melayu,juga merujuk kepada orang yang beragama Islam.Ada pengkaji sejarah yang mengklasifikasikan suku Bajau ini dalam rumpun Melayu.Mereka dalah etnik maritim yang menetap dipersisiran pantai pantai,pulau-pulau dan laut adalah sebahagiann dari hidup mereka.Populasi mereka terdapat diwilayah kepulauan Nusantara dan mempunyai cara hidup yang sama dengan etnik Melayu.Keperibadian dan budaya mereka lebih menunjang kepada peradaban Melayu Islam dan mereka kini menjadi pribumi di tiga negara iaitu Malaysia,Filipina dan Indonesia.Pada hari ini suku Bajau merupakan etnik Muslim terbesar dalam kaum bumiputra Islam di Sabah.Menurut tradisi lisan,istilah Bajau diberi nama oleh orang Melayu Brunei tetapi sesama mereka,mereka akan menggelar diri mereak sebagai "sama" atau "Jomo Sama".Bajau adalah himpunan beberapa kumpulan sub-etnik iaitu Sama,Samar,Layun,Ubian,Binadan,Kagayan atau Jama Mapun,Simunul,Bajau Kubang,Pala'u,Yaka dan Bagingi.Pada tahun 1975 kaum Bajau berjumlah 100,00,merupakan kaum kedua terbesar selepas kaum Kadazan Dusun di Sabah.
Bila menyebut tentang orang-orang Bajau,maka kita boleh bahagikan kepada dua bahagian,satu dari daerah Semporna dan satu lagi dari daerah di sekitar Kota Belud,Kudat,Tuaran hingga ke Papar.Orang Bajau merupakan kaum kedua terbesar di Sabah selepas kaum Kadazan Dusun,walaupun mereka ini berbeza dari segi tempat tinggal dan juga loghat bahasa tapi persamaan antara keduanya ialah masing-masing mengatakan asal-usul mereka berasal dari Johor dan beragama Islam.Terdapat beberapa teori tentang bilakah mereka mula datang ke Sabah.Menurut seorang penulis barat,Whelan,mengatakan mereka berhijrah ke Sabah sekitar lebih dua ratus tahun yang lau.Dalam sejarah bertulis Brunei,bagaimanapun,menjelaskan bahwa kaum Bajau telah ujud dan mendiami bahagian utara Sabah pada abad keenam belas Masehi,semasa pemerintahan Sultan Abdul Kahar,Sultan Brunei yang keenam atau mungkin sebelum itu.
Tetapi penghijrahan orang-orang Bajau dari Johor,yang diketengahkan oleh penulis barat dan diketahui umum oleh suku kaum Bajau sehingga kehari ini,dipersoalkan oleh beberapa pengkaji.Salah seorangnya ialah Datuk Jamdin Buyong yang menyangkal pendapat bahawa orang-orang Bajau berasal dari Johor.Menurut beliau orang-orang Bajau berasal dari Teluk Burma dan berhijrah ke gugusan kepulauan Melayu dan negeri Sabah merupakan sebahagian daripada banyak lagi negeri yang diduduki oleh orang Bajau.Negeri ini mungkin diduduki oleh orang Bajau semenjak kira-kira 10,000 tahun yang silam atau lebih awal daripada itu.Andaian ini berdasarka pada penemuan artifak sebelum zaman neopolitik di Agop Atas,iaitu sebahagian Gua Madai,Pantai Timur Sabah yang dianggarkan berusia kira-kira 9,000 tahun,disamping kesan-kesan kebudayaan manusia awal zaman logam dan zaman neolitik yang ditemui di Pusu Lumut,Gua Tapadong dan sungai Segama yang berusia kira-kira 8,500 tahun.Menurut Tom Harrison,Sabah mempunyai warisan tradisi kehidupan manusia awal selewat-lewatnya sama seperti yang terdapat diSarawak,iaitu kesan-kesan kehidupan manuis awal telah ujud di negeri itu kira-kira 30,000 tahun yang silam,seperti katanya;"we can withsome confidence accept that fully paleotethic,old stone-age tools are already proved from more than one cave as well as from an intresting open site in the north-eastern part of the state(Sabah),and that there was continuous occupation of the area from then onto the prsent day".Oleh kerana penduduk dikawasan kajian akreologi ini serta kawasan sekitarnya ialah keturunan orang Bajau,maka berkemungkinan besarlah juga yang kesan-kesan sejarah itu adalah peninggalan orang Bajau yang paling awal dinegeri itu.Dari hujah inilah,menurut Datuk Jamdin Buyong,bahawa orang Bajau yang paling awal di Sabah bukan dari Filipian atau Johor,tetapi merupakan sebahagian daripada kumpulan salah satu rumpun austranesia yang paling awal berhijrah dari Asia,berpecah ke beberapa kawasan termasuklah ke Filipina,Sabah,Indonesia Timur dan Semenanjung Tanah Melayu.Tapi pendapat mengatakan orang Bajau berasal dari Tanah Melayu,khususnya dari Johor masih bloeh diterima.Kita boleh bersetuju dengan pendapat yang mengatakan orang Bajau bukan berasal dari Johor tetapi berasal dari Teluk Burma dan orang Bajau boleh mengatakan bahawa mereka adalah diantara penduduk yang asli di Sabah selain kaum Dusun dan Kadazan.
Tetapi tidaklah keterlaluan bahawa orang Bajau pernah singgah ke Tanah Melayu dalam perjalanan mereka dari Teluk Burma tadi dan mungkin singgah ke Johor.Untuk memperkuatkan lagi andaian ini, berikut diperturunkan beberapa hujah;
i.Sifat orang Bajau yang suka mengembara
Menuut Daved Sopher,pengembara-pengembara laut (Bajau terkenal juga sebagai pengembara laut) telah mengembara ke empat kawasan utama di Asia Tenggara,iaitu Laut China Selatan(termasuk kepulauan Riau-Lingga,pulau-pulau Tujuh,pulau-pulau Bangka dan Biliton,kepulauan Sulu,Sabah,Indonesia Timur dan kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.
ii.Orang Bajau pernah singgah di Tanah Melayu
Prof Dr Asmah Hj Omar telah membuat penyelidikan bagi mengesan melalui perkataan untuk menentukan sama ada Semenanjung Tanah Melayu pernah menjadi tempat persinggahan suku-suku bangsa Austronesia(termasuk Bajau)dalam perjalanan mereka ke selatan.Beliau mengambil contoh perkataan-perkataan daripada bahasa-bahasa yang terdapat dalam mana tempat,sedangkan perkataan ini sendiri tidak terdapat dalam bahasa Melayu,seperti perkataan "Pahang" (Paang) yang dalam bahasa Bajau Darat bererti"biawak".Dalam Bahsa Melayu,perkataan tersebut hanya tedapat dalam nama negeri,iaitu negeri Pahang.Juga di Pahang terdapat nama tempat yang dikenali sebagai Lurah Bilut."Bilut" ialah kata yang berloghat dengan "Belud" dalam bahasa Bajau yang bermakna "bukit".Dengan itu,lurah Bilut "Lurah Bukit".Dengan ini Prof Dr Asmah berpendapat bahawa perkataan "Pahang" dan "Bilut" itu membuktikan adanya perkampungan suku kaum Bajau di kawasan yang sekarng ini termasuk dalam kawasan negeri Pahang,tetapi mereka ini barangkali tidak lama disitu kerana meneruskan perjalanan ke Borneo.Mereka yang menetap disitu lama kelamaan terserap ke dalam suku bangsa Melayu yang datang kemudian dengan jumlah yang lebih banyak.
iii.Penghijrahan orang Bajau dari Johor merupakan penghijrahan kedua. Menurut Prof Dr Asmah lagi,suku-suku bangsa Austronesia (termasuk Bajau) bergerak kearah yang berlainan meskipun semuanya menuju keselatan.Disamping adanya gerak melalui Semenanjung Tanah Melayu ke selatan,ada juga yang menyimpang darinya,baik sebelah barat atau sebelah timur.Di sebelah barat,gerak ini mengharungi Teluk Benggala ke Lautan Hindi dan dari situ ke Sumatera,atau ke barat dan terus ke Madagascar.Di sebelah timur Semenanjung Tanah Melayu,mungkin ada gerak yang mengharungi Laut China Selatan ke Filipina dan Borneo dan dari situ ke kawasan lain. Berdasarkan pendapat Dr Asmah itu,semakin jelaslah bahawa orang Bajau yang paling awal di Sabah tidak semestinya berasal dari Filipina atau Johor tetapi berkemungkinan besar merupan sebahagian dari suku bangsa Austronesia yang datang terus dari Asia.Pelayaran orang Bajau dari kepulauan Sulu ke Sabah dan dari Sabah ke kepulauan Sulu memang berlaku pada masa kekuasaan Sultan Sulu di negeri ini hinggalah sekarang ini.Demikian juga pelayaran orang Bajau dari Semenanjung Tanah Melayu termasuklah Johor ke kepulauan Sulu atau ke Sabah mungkin pernah berlaku,tetapi berkemungkinan besar pengembaraan itu berlaku selepas adanya orang Bajau yang paling awal menetap di negeri ini.
iv.Penghijrahan kedua ini selepas orang Bajau memeluk agama Islam di Tanah Melayu.
David E.Sopher berpendapat bahawa nenek-moyang orang Bajau di kawasan Borneo Filipina datang dari kepulauan Riau hinggalah pada kira-kira abad ke-14.Pada abad ini,pengaruh Islam tersebar luas disini.Begitu juga cerita-cerita lagenda orang Bajau,mengaitkan asal usul mereka dengan Tanah Melayu dan nama-nama yang disebut menunjukkan orang Bajau berhijrah ke Sabah adalah orang-orang Islam
Dari hujah diatas,kami berpendapat salah satu sumber kemasukan atau kedatangan Islam ke Sabah ialah dari Tanah Melayu sereta beberapa tempat yang berdekatan,yang dibawa oleh oprang-orang Bajau.Gusni Sahat dalam kajiannya mendapati kaum Bajau mempunyai pengaruh yang kuat dengan kelompok masyarakat yang dominan di Filipina,Indonesia dan Brunei di era politik pra-penjajah. Cuma catatan sejarah hanya menyebut kedatangan orang Bajau dari Johor dan ramai pihak termasuk orang-orang Bajau di Sabah sendiri mengakui asal-usul mereka boleh dikaitkan dengan Tanah Melayu,khususnya Johor.Bersambung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam mau tau tajuk buku prof asmah yg menyatakan berkaitan sejarah penghijrahan org bajau...ema
BalasPadaminilah sejarah bajau begitu luas untuk dikaji...boleh dikatakan seluruh nusantara kedudukan Bajau sentiasa disebutkan dimana negara di Asia Tenggara....disebut sebagai Bajau, Bajo, orang laut, raja laut, seperti saudara tulis adalah di atas...cukup menarik mempunyai yang tersendiri dalam menyatakan tentang sejarah.......bajau
BalasPadam@tanpa nama-maaf tak dapat bagi,tidak ingat memandangkan lama sudah,wbmanapun...t.kasih kerana berminat
BalasPadam@al-hindi.t.kasih sdr,suku Bajau sama di pantai barat sabah jadi melting plot kepada suku-suku lain,contohnya,ada org Bajau Dusun jadi Bajau di KB,ada org Brunei jadi Bajau di Tuaran,sekadar menyebut beberapa contoh,sama seperti kaum Melayu di Semenanjung,org Bugis,org Jawa,Org Arab,sudah jadi Melayu
tq 4 ur info...sngt membantu dlm tugasan saya
BalasPadamAda banyak gambar2 bajau d Arkib negeri yg d ambil oleh british. Tp tak pernah nampak gambar yg d ambil org jepun. Atau mungkin org jepun bwa pulang n simpan d tokyo skrg hehe
BalasPadamAs salam saudara.sy ingin bertanya ape beza suku bajau laut dgn darat?dr mana sebenar asal usul mereka.? Ramai mengatakn dr philipina dan indonesia.dr segi dialek bajau darat byk persamaan dgn masyrkt jawa.dan ada yg mengatakan bajau darat adalah anak angkt kpd sultan bugis makasar.mohon pencerahan.,sebab org bajau laut dialek nya sgt jauh berbeza dgn darat.dan bajau laut ramai yg bkn islam.
BalasPadamSoalan yg sama sy nk tnye saudara...sy masih xdpt bezakan..bajau laut dan darat ada beza ke ? Persoalan sy bajau laut nie asli sabah atau pun tidak ? Ic yg mereka pegang tu berguna ke?
Padamyang pasti bajau itu hidup di nusantara khususnya Filipina, Malaysia, brunei dan indonesia. sehingga kini nama2 tempat dinyatakan dengan jelas... cuba kita goggle "bajau" atau "pulau bajau" sebab bajau itu terkenal dengan kamahiran lautnya...
BalasPadamMohon share tuan..wlupun dh lmbat nk kaji asal usul
BalasPadamMohon share tuan..wlupun dh lmbat nk kaji asal usul
BalasPadamAda seorg beliau ni org suluk dr pilipin kerja di semporna cerita sma sy..ikut cerita lama2 org bajau kubang asal dr melaka/smnanjung..hijrah msa zaman berdagang..zmn sulu sbg pusat islam dn prdagangan..diami kaw plg selatan..betul kah info dr seorg beliau ni??
BalasPadamCerita dr seorg beliau org suluk filipin krja d smporna..katanya..ikut cerita lama bajau kubang asal dr melaka/smnanjung..hijrah msa zman pedagang..msa sulu sbg pusat islam dn prdgangn..diami kaw paling selatan.. betul kah??mgkin ad benarnya..
BalasPadamGusni Sahat said,In Brunei history,Bendahara Sakam are son of Sultan Abdul Kahar whom married to a Bajau princess.In Bone kingdom,one of their princess married to a bajau warrior.The Bajau also did help Shariff Kobungsuan on his journey to Mindanao.In Johor,when i read "sejarah negeri Johor",suprisingly,in their salasilah stated "Raja Bajau".Who are the Bajau?Mistisfiles said the Malays are from the third wife of Abraham,Siti Keturrah.From her,are the decendents of various sub-etnic of Malays,including the Bajau-Sama.Intresting isnt it?
BalasPadamJika budayaku mati,bahasaku mati sekalipun,sejarahku tidak kan mati.Biar mati anak dan adat sekalipun,sejarahku tetap abadi.-srikandi
BalasPadamYa aq setuju artikel nie..sbb ada yg menyatakan ada sekuntum bunga jika di pegang dia wangi..hanya org2 tertentu saja yg. Bole pegang...di daerah johor...ada yg menyatakan ..sekumpulan berbangsa melayu mencari tempat baru...tpi tidak tau dia mereka pergi..ada yg menyatakan di kepulaun cocos dan ada yg menyatakan di kepulaun keci di filipina..dan sekumpulan hilang tanpa di.kesan..ada bukti2nya cuma di hampus di telan zaman
BalasPadam