Once upon a time in Kinabatangan - 1883
" Udin ! Udin ! saya mati …"
Terjemahan berita dari akhbar North Borneo Herald bertarikh 1 hari bulan Mac,1883 muka surat 3.
FRANK HATTON
Dengan rasa dukacitanya, kami ingin memaklumkan bahawa, melalui edisi kedua akhbar ini , suatu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang pegawai muda kompeni yang mempunyai semangat bekerja yang tinggi, yang bernama Encik Frank Hatton.Trajedi malang ini berlaku di Kinabatangan
Selepas kegagalan pertama ekspedisi menyusuri sungai Kinabatangan menuju ke Ulu Segama, satu daerah terletak jauh di pedalaman, tidak membuatkan mendiang Hatton berputus asa dan berhasrat menggunakan laluan laut untuk mencapai misinya.
Bersama seorang lagi pegawai British, encik Beveridge, dengan sepasukan pembantu dari kalangan penduduk tempatan, mereka selamat tiba di Segama pada 27 hari bulan Februari
Dalam catatan diarinya, Hatton menyifatkan ekspedisi itu sangat teruk dan mencemaskan.
Dia menggalas tugas untuk mengesahkan samada ujudnya galian emas di ulu Segama seperti yang didakwa oleh semua suku kaum di sebelah pantai barat.
Melalui catatan diarinya pada 1 hari bulan Mac, dia memulakan dengan kata-kata, "Setahun yang lalu bertolak dari Sandakan ke Labuk…", itulah antara bait-bait kata terakhir sebelum trajedi malang yang meragut nyawanya pada hari itu, menamatkan buat selama-lamanya segala usaha sepanjang hidupnya didunia ini.
Dia masih mencatat pada diarinya sehingga jam 3.40 petang, berdasarkan masa yang dicatat pada hari tersebut, mereka sudah berada jauh menyusuri ulu sungai Kinabatangan
Tidak lama kemudian, Hatton ternampak kelibat seekor gajah ditebing sungai, lalu menembak gajah berkenaan dengan menggunakan senapang rifle jenis winchester dan dia berjaya mencederakan gajah itu.
Gajah yang cedera itu lari masuk kedalam hutan dan Hatton bersama pasukan ekapedisinya mendarat ke tebing sungai dan cuba untuk mengejarnya.
Memandangkan hari semakin gelap mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk menangkap gajah berkenaan dan berpatah balik menuju semula ke perahu.
Ketika dalam perjalanan balik meredah hutan, Hatton yang berada di hadapan, tiba-tiba ternampak beberapa ranting pokok menjalar dan menghalang perjalanan mereka. Kehairanan melihat akan kejadian itu,ditambah dengan kepenatan sepanjang ekspedisi, dia cuba untuk mengalihkan ranting pokok itu dengan menggunakan buntut senapangnya. Apa yang terjadi,sebailknya, ranting pokok itu tiba-tiba bergoyang dan mengenai senapang yang masih dipegang oleh Hatton, lalu dengan sendirinya senapang meletup dan peluru menembusi sebelah kanan dadanya.
" Udin !, Udin !, saya mati !..."
Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Hatton, kemudian rebah dipangkuan salah seorang pembantunya bernama Udin, yang berada dibelakang ketika kejadian itu.
Dalam tempoh tiga ke empat minit, semuanya berakhir. Encik Beveridge yang masih berada dibelakang menggunakan perahu yang berasingan, kedengaran bunyi tembakan itu, menuju ke tebing sungai dan terus bergegas ke tempat kejadian,tapi Hatton telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Trajedi yang malang itu lebih menyedihlan lagi, bila, menurut en Beveridge, beberapa minggu sebelum ekspedisi ke Ulu Segama itu , Frank Hatton kelihatan begitu bersemangat sekali dan ceria kerana dia merancang untuk menamatkan perkhidmatannya di Borneo Dan kembali ke pangkuan keluarganya.
Encik Hatton yang tiba di Borneo Utara pada bulan October,1881, mempunyai sosok badan yang agak kurus dan rakan-rakan sepejabat melihatnya tidak sesuai berkhidmat di Borneo yang masih mundur, hutan tebal,tiada kemudahan jalan raya dan perlu melalui kesengsaraan hidup bila mengembara jauh ke pedalaman.
Walaupun Hatton nampak kekurangan dari segi fizikal, tapi mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi apa juga cabaran yang mungkin membahayakan dirinya demi untuk mencapai misi yang telah ditetapkan. Jiwa yang kental ini memang sedia ada dalam diri mana-mana pegawai British yang berkhidmat dimana-mana saja didunia ini.
Sikap yang ada pada Frank Hatton inilah yang menjadi bekal untuk dirinya berjaya dalam mencapai misinya dengan cemerlang dan selamat dari sebarang bahaya yang dihadapinya. Segala pahit maung yang dia lalui tidak pernah terlintas dalam fikirannya ketika dia mula menerima jawatan sebagai pegawai mineralogi semasa di London.
Hatton, juga, telah menghasilkan suatu kajian dan laporan yang sangat tinggi nilainya berkenaan kemungkinan ujudnya sumber minyak di Sikuati,Kudat.
Dia juga berjaya mengharungi pengembaraan yang mencemaskan dari Sandakan ke sungai Labuk, terus ke Teluk Marudu, dimana dia menjumpai bahan-bahan galian seperti arang batu, tembaga serta alat-alat tradisi yang diperbuat dari tembaga, yang menurut Hatton tempat itu boleh dibangunkan untuk kepentingan pihak kerajaan British.
Dia kemudian telah membuat lawatan singkat ke Singapura, berehat seketika selepas melalui ekspedisi yang memenatkan meredah hutan, sekembalinya ke Borneo dia terus ke Sandakan bagi meneruskan kerjanya dan ekspedisi kali inilah telah menamatkan riwayat Hatton,seorang pegawai British muda yang berjiwa besar dan begitu dedikasi dengan kerjanya.
Encik Frank Hatton, satu-satunya anak lelaki kepada encik Joseph Hatton, seorang novelist dan wartawan yang terkenal, antara karya utama Joseph Hatton, ialah mengenai kerajaan Charted Company Borneo Utara dalam bukunya berjodol, The New Ceylon.
Di England, dia di hormati dikalangan ahli pengkaji kimia kerana reputasi dalam kerjanya. Di tempat barunya di Borneo, dia berjaya menambat hati penduduk tempatan yang pernah berkhidmat atau berurusan dengannya, dengan sikapnya yang suka merendah diri dan dedikasi terhadap kerja.
Dia juga telah menghasilkan satu kamus vokabulari yang lengkap dialek bahasa Dusun,salah satu suku kaum di Borneo. Kami percaya pihak kerajaan akan menerbitkan kamus ini untuk rujukan pegawai-pgawai baru yang lain dalam perkhidmatan kerajaan.
Usia encik Hatton dalam lingkungan dua puluh satu atau dua puluh dua tahun. Siapa yang mengenalinya,pasti akan mengagumi akan sikap dan hasil kerja di sepanjang kariernya.
Sesungguhnya siapa yang dikasihi Tuhan
akan diambil awal hayatnya.
Editor North Borneo Herald 1883
Tiada ulasan:
Catat Ulasan