Khamis, 26 November 2020

Once upon a time in Tongod

 kisah benar yang berlaku di Tongod pada tahun 1950han, bagaimana pihak british menyelesaikan perbalahan antara dua suku masa itu, sekadar menghimbau kisah masa lalu dinegeri kita


 Penyelesaian perbalahan antara dua puak.


Kira kira tujuh puluh lebih tahun dahulu, suku Rumanau Alab dan Mangkahak, yang tinggal di tebing sungai Kinabatangan, berlaku insiden potong kepala antara dua kampung tersebut. 

Bila keadaan reda, suku Rumanau dikatakan telah memotong tiga kepala, dan suku Mangkahak hanya satu. 

Beberapa tahun kemudian, satu perjanjian telah dibuat dimana kedua dua pihak bersetuju untuk membayar bangun(pampasan), maka selesailah perbalahan antara mereka.

 Kedua- dua suku telah berjumpa di satu tempat yang dipersetujui. Suku Rumanau telah membayar 'bangun' mereka kemudian diikuti dengan bacaan mentera. Batu sumpah telah dibina sebagai bukti. Berpandukan kepada hukum adat mereka, perjumpaan kedua akan diadakan berhampiran dengan negeri suku Mangkahak, dimana giliran suku Mangkahak akan membayar pula pampasan mereka, dan akan diikuti dengan bacaan mentera.


 Malangnya perjumpaan kedua itu tidak dapat dilakukan kerana wabak penyakit malaria telah melanda suku Mangkahak,yang telah membunuh lebih separuh dari suku Mangkahak.


Masa terus berlalu dan peristiwa itu semakin dilupai, sehingga pada suatu petang di tahun 1951, Gabenor pada masa itu telah melawat daerah  Kinabatangan dan satu majlis dibuat untuk meraikan kedatangannya disatu tempat disatu tempat dipanggil Lamag.


 Dipenghujung majlis itu, seorang dari suku Mangkahak, yang kelihatan mabuk dek kerana terlalu banyak meminum tapai, telah dipelawa untuk duduk bersama dengan suku Rumanau untuk minum bersama. Dia dengan spontan berkata, tiada siapa yang boleh menyuruhnya minum, kerana katanya mereka, suku Rumanau telah membunuh bapanya. Salah seorang ketua suku terdengar apa yang dia katakan itu, lalu mencelah dengan mengatakan, kalau itulah yang dirasakan oleh suku Mangkahak, maka suku Rumanau akan menuntut pampasan yang dipanggil 'bangun' , yang sudah lama mereka lupakan.


Setahun selepasitu...


 Setahun selepas itu, suku Rumanau telah membuat tuntutan rasmi keatas "bangun" yang masih belum ditunai oleh suku Mangkahak, melalui ADO masa itu. 


Satu usaha telah dibuat untuk membawa kedua suku itu kemeja perbicaraan, pada bulan Februari,1953.


 Tapi selepas perbicaraan yang berlangsung selama sepuluh hari, suku Mangkahak memohon untuk ditangguhkan perbicaraan ke hari Tamu Tahunan di Tongod, pada 2hb Mei. 


Beberapa ketua suku Mangkahak agak lewat tiba ke tamu berkenaan, tapi sampai juga pada keesokan harinya. Perbicaraan bermula pada jam 1.30 petang dan berlangsung selama tiga jam. Menurut catatan Gabenor, dia telah menjalankan perbicaraan itu bersama dengan ADO serta dibantu oleh dua panglima dan sebelas ketua kampung sebagai penasihat dan sebagai saksi.


Terdapat seramai lebih dua ratus penduduk kampung turut sama mendengar perbicaraan itu, dan mereka mengikuti perbicaraan dengan tekun dan tidak membuat bising semasa perbicaraan berlangsung.


Saya (Gabenor) memulakan perbicaraan dengan bertanya kepada suku Mangkahak, sekiranya mereka bersetuju untuk membayar pampasan seperti yang di minta oleh suku Rumanau, dengan tegas mereka katakan bahawa mereka tidak akan membayaf apa-apapun!


Atas dasar kerana, suku Rumanau telah membunuh tiga orang mereka, sedangkan mereka hanya membunuh seorang saja suku Rumanau.


Satu perdebatan yang panjang dan hangat berlangsung termasuk berapa sebenarnya 'bangun' yang telah dibayar ditambah, dan suku Mangkahak dengan mengemukakan beberapa hujah atas dasar apa mereka tidak perlu membayar sebarang pampasan. 


Akhirnya suku Mangkahak bersetuju untuk membayar sogit saja sebagai ganti pampasan, tapi tidak diterima oleh suku Rumanau. 


Semua cerita masa kejadian itu, telah diturunkan dari bapa kepada anak dan tentunya banyak tokok tambah.


Cuma terdapat seorang saja yang hadir masa masa perbicaraan itu yang sempat menyaksikan acara batu sumpah yang pertama, dan masa itu dia masih lagi seorang budak yang kecil.


 Suku rumanau mendakwa bahawa, ..the score was three..dalam catatan british...maksudnya jumlah yang dibunuh adalah sama, iaitu tiga orang juga, kerana menurut suku Mangkahak telah meracun dua orang Rumanau masa itu, dan mati dalam perjalanan mereka pulang.


 Selepas melalui beberapa perbincangan, suku Rumanau bersetuju untuk mengurangkan tuntutan mereka kepada separuh, dan berikut adalah senarai terakhir yang perlu dibayar;

Agong Tawag-tawag         5

Tampayan sabar lama      2

Tampayan sampa              1

Tampayan sabar Bahru    1

Tampayan Kalagiowan     1

Tampayan Tamau              1

Tampayan Kalagiowan Merah 1

Tampayan Angom-angom 1

Tampayan Limbatan           1

Agong China                          1

Bukak Litukan                       1

Sumpitan                                1

Gayang                                   1

Keris                                        1

Badong(parang suluk)        1

Garunsing                              1

Kuali                                        1


Suku Mangkahak kembali lagi ke persoalan awal, sekiranya mereka perlu juga membayar, mereka juga mahu menuntut 'bangun' dari suku Rumanau kerana mereka kehilangan lebih banyak nyawa dari suku Rumanau.


Maka pada masa itulah Gabenor menggunakan kebijaksanaanya, kerana tiada penghujungnya.


Saya lalu berkata kepada mereka, saya tidak percaya kedua-dua pihak dan mereka2 cerita untuk mendapat sebanyak mungkin hasil dari perbicaraan hari ini. Kenyatan Gabenor ini menimbulkan bantahan yang hangat dari kedua belah pihak, lalu meminta satu upacara mengikut adat masing2 tuk mengetahui siapakah yang bercakap benar diantara mereka.


 Upacara atau ujian itu dipanggil sebagai "batugi", dimana seorang lelaki dari setiap suku merendam tangannya kedalam tempayan berisi air panas yang telah dijampi. Siapa yang tangannya tidak melecur selepas mengeluarkan tangannya dari tempayan itu, maka suku merekalah berkata benar. Adakah tuan Gabenor bersetuju dengan cara ini,


 Walaupun ada doktor bersama saya ketika itu, saya tidak bersetuju, selepas beberapa perbincanhan, mereka mencadangkan satu lagi ujian, yang saya rasa berkesan yang dipanggil sebagai "bolodop"


Ujian ini ialah dua wakil suku masing2 menyelam kedalam air, siapa yang keluar dulu dari selaman, dikira sebagai tidak bercakap benar.


Saya menjangkakan satu2nya alasan kenapa susah untuk mencapai kata sepakat ialah mengenai berapa ramaikah dikedua belah pihak yg mereka bunuh. Saya bertanya kepada mereka, adakah mereka bersetuju dengan ujian ini dan membayar "bangun" dan diikuti dengan upacara batu sumpah , mereka bersetuju.


Sayapun memberi ketegasan, siapa yang tidak hadir dalam upacara "bolodop" ini tepat pada jam enam pagi esoknya, dianggap sebagai mengaku kalah, mereka bersetuju dan bersurai


 Tepat pada jam enam keesokan harinya, ketua suku Mangkahak datang berjumpa saya dan mengatakan bahawa mereka telah berbincang pada sebelah malamnya, bersetuju untuk membayar "bangun" kepada suku Rumanau yang akan diserahkan semasa "Penungah Tamu" pada bulan Julai. Setengah jam selepas itu, kamipun pergi ke tempat upacara batu sumpah diadakan, dua batu jauhnya ke ulu sungai. Tempat itu dibersihkan agar kelihatan dari sungai. Kayu bulian dipacakkan, dengan dua batu diletakkan berhampiran masing2 oleh wakil dari kedua2 suku itu. 


Suasana di Tongod masatu agak tegang tetapi semakin reda dipenghujungnya.


 Terdapat seramai lima belas pemuda dari kedua2 suku pada upacaea batu sumpah itu. Setiap suku bersumpah bahawa;

- Tidak akan bergaduh lagi

- Tidak akan menimbulkan hal "bangun" itu lagi

- Tidak akan membawa sebarang perbalahan antara kedua suku samada secara lisan atau apa cara lain

- Dan tidak ada sebarang halangan diantara mereka dan kahwin sesama mereka adalah digalakkan

- Mana2 suku yang melawat ke kampung masing2, hendaklah dilayan seperti saudara mereka

- MENUMPAHKAN TAAT SETIA KEPADA QUEEN DAN KERAJAANNYA


 Kedua-dua belah pihak akhirnya benar2 patuh dan akur dengan apa yang telah dipersetujui. Setiap daripada mereka menyembelih seekor ayam diatas kayu bulian itu dengan memotong leher ayam berkenaan dan darah ayam itu disapukan pada kayu , dan meninggalkannya pada kayu bulian itu.


Selepas upacara sumpah itu, mereka saling berjabat tangan, dan juga berjabat tangan dengan saya, selaku saksi. 

Saya merasakan mereka benar2 jujur dalam perdamaian antara mereka dan membuang jauh permusuhan mereka sejak berpuluh tahun.


Mereka kelihatan gembira sambil ketawa, sayapun balik semula ke Sandakan, dan mereka balik ke Tongod dan minum tapai bersama-sama.

TAMAT


R.H.W Beresford-peirse

(District Office,Sandakan)

1954.Royal Asiatic Soceity

Sabtu, 27 Jun 2020


Kuasa Tempatan dan hubungannya dengan kes tuntutan Sabah

Pada 22 jun,1963, kerajaan British telah bersetuju dengan cadangan kerajaan Filipina untuk membincangkan isu keselamatan di asia Tenggara khususnya berkenaan isu tuntutan Filipina ke  atas Sabah. Pihak Filipina meminta agar perbincangan berasaskan dua faktor, pertama fakta sejarah dan kedua, isu perundangan fakta sejarah berkenaan.

Fakta sejarah bermula dengan isu perjanjian 1878 dimana sultan Jamalul Alam menandatangani perjanjian berkenaan, yang menurut pengkaji sejarah adalah draf yg telah dibuat oleh Oberbeck.

Oberbeck maklum bahawa Sultan Jamalul Azam akan menandatangani perjanjian berkenaan kerana dia tahu Sultan Brunei lebih awal menyerahkan seluruh Borneo Utara dalam perjanjian pada bulan Dis 1877, sebulan lebih awal. Dalam masa yang sama Sultan Jamalul Azam mahu bebas dari cengkaman Spanyol yang mahu menakluk Sulu.

Terdapat beberapa perjanjian antara Sultan Sulu dengan pihak Spanyol antaranya tahun 1836,1851 dan 1878 yang menguatkan hujah bahawa Spanyol lebih berhak keatas Kerajaan Sulu dan wilayah dibawah kuasaannya.

Pihak British melalui strategi “indirect rulenya “ masatu tidak mengaku kalah untuk mendapatkan Borneo Utara, maka termaktubnya Piagam Diraja British 1881 yang  mengesahkan Charterd Company mempunyai hak kedaulatan ke atas Borneo Utara. Inipun masih dibantah oleh Spanyol.

Antara hujah pihak Spanyol, mengatakan pihak British tidak mempunyai hak untuk memberi kuasa kepada Charterd Company untuk mentadbir dan menguasai Borneo Utara, kerana selama ini Sultan Brunei dan Sultan Sulu, sejak beberapa generasi sudahpun mempunyai beberapa triti keselamatan dan Perdagangan dengan kuasa kuasa luar termasuk Spanyol. Pihak Spanyol mencabar soal kedaulatan British.

British North Borneo Company diujudkan melalui tiga Piagam;
1.Perjanjian dis 1877 antara Oberbeçk dengan Sultan Brunei
2.Perjanjian Jan 1878 antara Oberbeck dengan Sultan Sulu
3.Piagam DiRaja Kerajaan British 1881

Pihak Kerajaan British, melalui beberapa koresponden antara Kerajaan British dan Spanyol, dan yang lebih kuat melalui ucapan Perdana Menterinya dalam dewan parlimen  British selepas piagam Diraja 1881, antara kenyataannya yang menarik perhatian bila dia mengataka  bahawa;

Kuasa yang diperolehi oleh British North Borneo Company(syarikat Bersekutu Borneo Utara) bukanlah semata-mata dari kerajaan British, TAPI DARI HAK KEDAULATAN KETUA ANAK NEGERI , yang sepanjang pengetahuan kerajaan British, dia mempunyai tanggung jawab yang lebih besar selain melindungi pihak syarikat, iaitu untuk melindungi apa yg dibawah jagaan dan kuasaannya

Berbalik kepasa perkara diatas, apakah yang di maksudkan dengan istilah Ketua Anak Negeri (Native Cheif) diatas. ADAKAH IA MERUJUK KEPADA KEDUA DUA SULTAN BRUNEI DAN SULU, saya rasa tidak kerana pihak kerajaan British cuba untuk mengalih perhatian pihak Spanyol dan kuasa eropah yang lain dari pada tertumpu kepada kuasa kedua Kesultanan ini semata-mata.

Berdasarkan surat dari Sultan Sulu kepada Gabenor General Fililina, selepas perjanjian 1878, seolah mengambarkan Sultan Jamalul Azam tidak punya banyak pilihan dan tertekan untuk menandatangani perjanjian bulan Jan1878 itu. Antara kandungan surat berkenaan mengatakan bahawa, dia mahu agar kepentingannya di Borneo Utara tidak  semata-mata dikuasai oleh Sultan Brunei khasnya disebelah pantai timur.

Isu utama dalam Perjanjian 1878 ialah samada Sultan Jamalul Alam menyerah atau hanya memajak sebahagian wilayah Borneo Utara kepada Oberbeck dan Alfred Dent. Polemik mengenai dua istilah ini masih diperdebat sehingga ke hari ini.

Ada maksud besar kenapa perdana menteri british masatu, guna istilah Native cheif.

Berikut adalah terjemahan manuskrip atau surat watikah Gabenor pertama Borneo Utara, Sir William Hood Treacher; (terjemahan dari tulisan jawi lama tapi tidak lengkap kerana manuskrip agak kabur)


Dlm cop mohor bertulis seri paduka tuan trecer yg memegang perintah negeri sabah.
Al wakil company lnggris


Di bawah..

Hijrah kepada tahun1881

Dan kepada 23 hari bulan november maka bahawasanya itu lah seri paduka tuan trecer, gebnor yg memeggang perturunan kuasa negeri tempasuk. 

Kita memberi kuasa dan keterangan kepada datu rambangan akan menjadi wakil sendiri memigang bicara di dalam negeri tempasuk demikian la adanya.

Pasal bicara subintang..ini tanda keterangan kepada urg tua2 dusun dan jikalau sibintang( mungkin nama krg)
jikalau sibintang tiada dtg bicara dgn saksinya atau...(tidak dpt baca gelap) atau..... datu rambangan...tempasuk dengan.....kerana...rampasan kerbau... dengan pedulikan hakim kerana dia tiada ikut hukum perintah.

#lebih kurang begitu la translatenya lasal byk yg gelap....lati aku moso😀😝

Kandungan dokumen diatas, bertarikh 23hb november 1881, lebih kurang tiga minggu selepas Chartered Company menerima Piagam Diraja dari kerajaan Brirish untuk mentadbir borneo utara. Dokumen ini atau surat kuasa telah diberikan oleh seri paduka tuan Treacher, Gabnor yg memegang pertuturan kuasa negeri Tempasuk kepada Datu Rembangan

Bermakna pihak british mengiktiraf Tempasuk sebagai sebuah entiti atau sebuah wilayah yang tersendiri dan tidak keterlaluan punya kedaulatan.

Apakah maksud kedaulatan disini, terdapat berbagai definisi, secara umum boleh membawa maksud, " hak ekslusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran,rakyat atau diri sendiri.

Surat kuasa yang diturunkan kuasa kepada Datu Rembanban pada bulan yang sama sebaik saja Piagam DiRaja 1881, bermakna Gabenor Borneo Utara yang pertama masatu, iaitu William Treacher(1881-1887) tidak membuang masa, terus mengurus hal ehwal Tempasuk.
Pihak British tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan kuasa kedaulatan dari Sultan Brunei selepas perjanjian 1877, antara Sultan Abd Mumin-Overbeck/Dent, dimana dalam perjanjian itu, sultan Abdul Mumin telah menyerahkan seluruh Borneo Utara dari Sipitang ke Sibuku,disebelah pantai timur.

Tapi wilayah yang sah dan tidak diragui oleh mana-mana kuasa luar hanyalah setakat sempadan tempasuk saja, kerana dari sempadan Tempasuk hinggala ke sebelah pantai timur borneo utara dikuasai pula oleh Sultan Sulu, gara-gara tuntutan lama sejak perang saudara Hakkul Mubin dgn Muhyiddin pada tahun 1660han.

Bayangkan kalaulah, Oberbeck/Dent tidak mendapatkan kuasa dari sultan sulu pada perjanjian Jan 1878, sebulan selepas perjanjian dgn sultan brunei(Dis 1877)
Ada kemungkinan negeri sabah hanya separuh saja keluasannya, kerana disebelah pantai timur, sultan sulu masatu mungkin berubah fikiran dan mahu serah pantai timur sabah kepada pihak Spanyol, bermakna sebelah pantai timur sabah masuk wilayah filipina

Walaupun Sultan Jamalul A'lam, yang jadi sultan sulu masatu, lebih terdedah dgn pengaruh Spanyol yg menguasai filipina, dia lebih memilih untuk menyerahkan pantai Timur Sabah dgn pihak British pula.

Itu sejarah yang biasa suda kita baca, skrg sya mahu bawa semula isu kenapa pula sempadan wilayah sulu itu mula dari sungai Pandasan, kenapa tidak sebut saja mula dari kudat atau sandakan terus ke sibuku.

Ada beberapa kemungkinan, pertama kuasa kesultanan Brunei semakin melemah hingga setakat  pandasan saja, dimana tanah tulin dan kuripan sultan brunei hanya kekal sehingga sejauh sungai pandasan.Maka sultan Sulu tentu akan mengambil kesempatan akan kelemahan ini, untuk melebarkan sempadan perjanjian 1878 itu mula dari pandasan ke sibuku.

Kemungkinan kedua,kerana ada pengaruh tempatan yang mengiktiraf akan kuasa kesultanan sulu masatu, iaitu, kalau kita boleh guna istilah kuasa tempatan atau kerajaan tempatan yg ujud di Pandasan/Tempasuk.

 Soalan seterusnya, apakah ujud kuasa tempatan di tempasuk atau dimana2 wilayah di borneo utara masatu.
Kedua, apakah kepentingan kuasa tempatan dalam menentukan kedaulatan pihak british keatas Sabah atau borneo utara masatu.

Kalau berdasarkan catatan British dan beberapa manuskrip pada tahun 1878 hingga 1881, memang ujud kuasa tempatan disana dibawah ketua Wilayah iaitu Datu Rembangan, sehingga dia dilantik sebagai NC pada tahun 1878/79.

Selepas saja Piagam Diraja British dianugerah kepada Borneo Utara tahun 1881,  tarik tali masih berlaku antara kuasa kuasa besar iaitu Spanyol, British dan Jerman masih berterusan untuk mendapatkan Borneo Utara, maka pada tahun 1885 termeterailah Konvensen Madrid, antara Spanyol, British dan Jerman, dimana Great Britain dan Jerman mengesahkan kedaulatan Spanyol keatas Sulu. Spanyol pun menggunakan konvensen Madrid ini untuk memasukkan pula Borneo Utara sebagai salah satu wilayah dalam jajahannya

Pihak British  membuat tindakan drastik dengan meletakkan pula Borneo Utara sebagai wilayah dibawah perlindungan kerajaan British pada tahun 1888, TANPA pengetahuan sultan Sulu.

Kenapa pihak British, begitu yakin dengan rancangannya untuk mendapatkan Borneo Utara adalah kerana perjanjian dengan sultan Brunei  lebih kukuh berbanding perjanjian dengan sultan Sulu yang tidak tetap pendirian, samada mau bernaung dibawah Spanyol atau British.

Keyakinan British juga semakin kuat bahawa mereka mempunyai hak sovereign atau hak kedaulatan keatas Borneo Utara kerana adanya kuasa tempatan yang menyokong pentadbiran British melalui Chartered Company. Salah satunya ialah kuasa tempatan atau autonomi di Tempasuk dibawah kuasaan Datu Rembangan.

Untuk memahami elok baca mengenai konsep “westphalian sovereignity” , satu konsep mengenai maksud kedaulatan dalam undang-undang antarabangsa yang percaya bahawa setiap negeri, walau sekecil manapun saiz dan jumlah penduduknya, mempunyai hak yang sama dalam konsep kedaulatan sesebuah wilayah. Teori kedaulatan bersifat tradisional dimana pihak luar tidak boleh mencampuri urusan dalaman sesebuah negeri atau wilayah kerana ia mempunyai otonomi untuk menjaga dan mengurus hal ehwal dalaman mereka sendiri dan harus dihormati dan diiktiraf oleh kuasa dari luar.


Kalaulah, satu masa nanti, mungkin bukan masa kita, kerajaan filipina masih mahu membawa kes tuntutan Sabah ke ICJ, dan kerajaan Malaysia pula masa itu, palis palis bersetuju pula. Pandasan akan jadi salah satu hujah kuat bahawa moyang kita sebenarnya telahpun mengiktiraf hak kedaulatan British keatas Borneo Utara dan Britian mempunyai hak pula untuk memasukkan Borneo Utara/Sabah sebagai sebahagian dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Yang kita kena cari sekarang untuk menguatkan fakta bahawa Tempasuk bukan sekadar sebuah pentadbiran yang kecil, tapi sebuah NEGERI TAMPASUK, meminjam istilah Sir William H Treacher yang melantik Rembangan “akan menjadi wakil sendiri memigang bicara di dalam negeri Tempasuk demikianlah adanya”
Wallahualam.
Nukilan :
Roma