Kuasa Tempatan dan
hubungannya dengan kes tuntutan Sabah
Pada 22 jun,1963,
kerajaan British telah bersetuju dengan cadangan kerajaan Filipina untuk
membincangkan isu keselamatan di asia Tenggara khususnya berkenaan isu tuntutan
Filipina ke atas Sabah. Pihak Filipina
meminta agar perbincangan berasaskan dua faktor, pertama fakta sejarah dan
kedua, isu perundangan fakta sejarah berkenaan.
Fakta sejarah bermula dengan isu perjanjian 1878 dimana sultan Jamalul Alam menandatangani perjanjian berkenaan, yang menurut pengkaji sejarah adalah draf yg telah dibuat oleh Oberbeck.
Oberbeck maklum bahawa Sultan Jamalul Azam akan menandatangani perjanjian berkenaan kerana dia tahu Sultan Brunei lebih awal menyerahkan seluruh Borneo Utara dalam perjanjian pada bulan Dis 1877, sebulan lebih awal. Dalam masa yang sama Sultan Jamalul Azam mahu bebas dari cengkaman Spanyol yang mahu menakluk Sulu.
Terdapat beberapa
perjanjian antara Sultan Sulu dengan pihak Spanyol antaranya tahun 1836,1851
dan 1878 yang menguatkan hujah bahawa Spanyol lebih berhak keatas Kerajaan Sulu
dan wilayah dibawah kuasaannya.
Pihak British
melalui strategi “indirect rulenya “ masatu tidak mengaku kalah untuk
mendapatkan Borneo Utara, maka termaktubnya Piagam Diraja British 1881
yang mengesahkan Charterd Company
mempunyai hak kedaulatan ke atas Borneo Utara. Inipun masih dibantah oleh
Spanyol.
Antara hujah pihak Spanyol, mengatakan pihak British tidak mempunyai hak untuk memberi kuasa kepada Charterd Company untuk mentadbir dan menguasai Borneo Utara, kerana selama ini Sultan Brunei dan Sultan Sulu, sejak beberapa generasi sudahpun mempunyai beberapa triti keselamatan dan Perdagangan dengan kuasa kuasa luar termasuk Spanyol. Pihak Spanyol mencabar soal kedaulatan British.
British North
Borneo Company diujudkan melalui tiga Piagam;
1.Perjanjian dis
1877 antara Oberbeçk dengan Sultan Brunei
2.Perjanjian Jan
1878 antara Oberbeck dengan Sultan Sulu
3.Piagam DiRaja
Kerajaan British 1881
Pihak Kerajaan British, melalui beberapa koresponden antara Kerajaan British dan Spanyol, dan yang lebih kuat melalui ucapan Perdana Menterinya dalam dewan parlimen British selepas piagam Diraja 1881, antara kenyataannya yang menarik perhatian bila dia mengataka bahawa;
Kuasa yang diperolehi oleh British North Borneo Company(syarikat Bersekutu Borneo Utara) bukanlah semata-mata dari kerajaan British, TAPI DARI HAK KEDAULATAN KETUA ANAK NEGERI , yang sepanjang pengetahuan kerajaan British, dia mempunyai tanggung jawab yang lebih besar selain melindungi pihak syarikat, iaitu untuk melindungi apa yg dibawah jagaan dan kuasaannya
Berbalik kepasa perkara diatas, apakah yang di maksudkan dengan istilah Ketua Anak Negeri (Native Cheif) diatas. ADAKAH IA MERUJUK KEPADA KEDUA DUA SULTAN BRUNEI DAN SULU, saya rasa tidak kerana pihak kerajaan British cuba untuk mengalih perhatian pihak Spanyol dan kuasa eropah yang lain dari pada tertumpu kepada kuasa kedua Kesultanan ini semata-mata.
Berdasarkan surat
dari Sultan Sulu kepada Gabenor General Fililina, selepas perjanjian 1878, seolah
mengambarkan Sultan Jamalul Azam tidak punya banyak pilihan dan tertekan untuk
menandatangani perjanjian bulan Jan1878 itu. Antara kandungan surat berkenaan
mengatakan bahawa, dia mahu agar kepentingannya di Borneo Utara tidak semata-mata dikuasai oleh Sultan Brunei
khasnya disebelah pantai timur.
Isu utama dalam Perjanjian 1878 ialah samada Sultan Jamalul Alam menyerah atau hanya memajak sebahagian wilayah Borneo Utara kepada Oberbeck dan Alfred Dent. Polemik mengenai dua istilah ini masih diperdebat sehingga ke hari ini.
Isu utama dalam Perjanjian 1878 ialah samada Sultan Jamalul Alam menyerah atau hanya memajak sebahagian wilayah Borneo Utara kepada Oberbeck dan Alfred Dent. Polemik mengenai dua istilah ini masih diperdebat sehingga ke hari ini.
Ada maksud besar
kenapa perdana menteri british masatu, guna istilah Native cheif.
Berikut adalah
terjemahan manuskrip atau surat watikah Gabenor pertama Borneo Utara, Sir
William Hood Treacher; (terjemahan dari tulisan jawi lama tapi tidak lengkap
kerana manuskrip agak kabur)

Dlm cop mohor bertulis seri paduka tuan trecer yg memegang perintah negeri sabah.
Al wakil company lnggris
Di bawah..
Hijrah kepada tahun1881
Dan kepada 23 hari bulan november maka bahawasanya itu lah seri paduka tuan trecer, gebnor yg memeggang perturunan kuasa negeri tempasuk.
Kita memberi kuasa dan keterangan kepada datu rambangan akan menjadi wakil sendiri memigang bicara di dalam negeri tempasuk demikian la adanya.
Pasal bicara subintang..ini tanda keterangan kepada urg tua2 dusun dan jikalau sibintang( mungkin nama krg)
jikalau sibintang tiada dtg bicara dgn saksinya atau...(tidak dpt baca gelap) atau..... datu rambangan...tempasuk dengan.....kerana...rampasan kerbau... dengan pedulikan hakim kerana dia tiada ikut hukum perintah.
#lebih kurang begitu la translatenya lasal byk yg gelap....lati aku moso😀😝
Kandungan dokumen
diatas, bertarikh 23hb november 1881, lebih kurang tiga minggu selepas
Chartered Company menerima Piagam Diraja dari kerajaan Brirish untuk mentadbir
borneo utara. Dokumen ini atau surat kuasa telah diberikan oleh seri paduka
tuan Treacher, Gabnor yg memegang pertuturan kuasa negeri Tempasuk kepada Datu
Rembangan
Bermakna pihak british mengiktiraf Tempasuk sebagai sebuah entiti atau sebuah wilayah yang tersendiri dan tidak keterlaluan punya kedaulatan.
Apakah maksud kedaulatan disini, terdapat berbagai definisi, secara umum boleh membawa maksud, " hak ekslusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran,rakyat atau diri sendiri.
Surat kuasa yang diturunkan kuasa kepada Datu Rembanban pada bulan yang sama sebaik saja Piagam DiRaja 1881, bermakna Gabenor Borneo Utara yang pertama masatu, iaitu William Treacher(1881-1887) tidak membuang masa, terus mengurus hal ehwal Tempasuk.
Pihak British tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan kuasa kedaulatan dari Sultan Brunei selepas perjanjian 1877, antara Sultan Abd Mumin-Overbeck/Dent, dimana dalam perjanjian itu, sultan Abdul Mumin telah menyerahkan seluruh Borneo Utara dari Sipitang ke Sibuku,disebelah pantai timur.
Tapi wilayah yang sah dan tidak diragui oleh mana-mana kuasa luar hanyalah setakat sempadan tempasuk saja, kerana dari sempadan Tempasuk hinggala ke sebelah pantai timur borneo utara dikuasai pula oleh Sultan Sulu, gara-gara tuntutan lama sejak perang saudara Hakkul Mubin dgn Muhyiddin pada tahun 1660han.
Bayangkan kalaulah, Oberbeck/Dent tidak mendapatkan kuasa dari sultan sulu pada perjanjian Jan 1878, sebulan selepas perjanjian dgn sultan brunei(Dis 1877)
Ada kemungkinan negeri sabah hanya separuh saja keluasannya, kerana disebelah pantai timur, sultan sulu masatu mungkin berubah fikiran dan mahu serah pantai timur sabah kepada pihak Spanyol, bermakna sebelah pantai timur sabah masuk wilayah filipina
Walaupun Sultan
Jamalul A'lam, yang jadi sultan sulu masatu, lebih terdedah dgn pengaruh
Spanyol yg menguasai filipina, dia lebih memilih untuk menyerahkan pantai Timur
Sabah dgn pihak British pula.
Itu sejarah yang biasa suda kita baca, skrg sya mahu bawa semula isu kenapa pula sempadan wilayah sulu itu mula dari sungai Pandasan, kenapa tidak sebut saja mula dari kudat atau sandakan terus ke sibuku.
Ada beberapa kemungkinan, pertama kuasa kesultanan Brunei semakin melemah hingga setakat pandasan saja, dimana tanah tulin dan kuripan sultan brunei hanya kekal sehingga sejauh sungai pandasan.Maka sultan Sulu tentu akan mengambil kesempatan akan kelemahan ini, untuk melebarkan sempadan perjanjian 1878 itu mula dari pandasan ke sibuku.
Kemungkinan kedua,kerana ada pengaruh tempatan yang mengiktiraf akan kuasa kesultanan sulu masatu, iaitu, kalau kita boleh guna istilah kuasa tempatan atau kerajaan tempatan yg ujud di Pandasan/Tempasuk.
Soalan seterusnya, apakah ujud kuasa tempatan
di tempasuk atau dimana2 wilayah di borneo utara masatu.
Kedua, apakah kepentingan kuasa tempatan dalam menentukan kedaulatan pihak british keatas Sabah atau borneo utara masatu.
Kedua, apakah kepentingan kuasa tempatan dalam menentukan kedaulatan pihak british keatas Sabah atau borneo utara masatu.
Kalau berdasarkan
catatan British dan beberapa manuskrip pada tahun 1878 hingga 1881, memang ujud
kuasa tempatan disana dibawah ketua Wilayah iaitu Datu Rembangan, sehingga dia
dilantik sebagai NC pada tahun 1878/79.
Selepas saja Piagam
Diraja British dianugerah kepada Borneo Utara tahun 1881, tarik tali masih berlaku antara kuasa kuasa
besar iaitu Spanyol, British dan Jerman masih berterusan untuk mendapatkan
Borneo Utara, maka pada tahun 1885 termeterailah Konvensen Madrid, antara
Spanyol, British dan Jerman, dimana Great Britain dan Jerman mengesahkan
kedaulatan Spanyol keatas Sulu. Spanyol pun menggunakan konvensen Madrid ini
untuk memasukkan pula Borneo Utara sebagai salah satu wilayah dalam jajahannya
Pihak British membuat tindakan drastik dengan meletakkan
pula Borneo Utara sebagai wilayah dibawah perlindungan kerajaan British pada
tahun 1888, TANPA pengetahuan sultan Sulu.
Kenapa pihak
British, begitu yakin dengan rancangannya untuk mendapatkan Borneo Utara adalah
kerana perjanjian dengan sultan Brunei lebih
kukuh berbanding perjanjian dengan sultan Sulu yang tidak tetap pendirian,
samada mau bernaung dibawah Spanyol atau British.
Keyakinan
British juga semakin kuat bahawa mereka mempunyai hak sovereign atau hak
kedaulatan keatas Borneo Utara kerana adanya kuasa tempatan yang menyokong
pentadbiran British melalui Chartered Company. Salah satunya ialah kuasa
tempatan atau autonomi di Tempasuk dibawah kuasaan Datu Rembangan.
Untuk memahami elok
baca mengenai konsep “westphalian sovereignity” , satu konsep mengenai maksud
kedaulatan dalam undang-undang antarabangsa yang percaya bahawa setiap negeri, walau
sekecil manapun saiz dan jumlah penduduknya, mempunyai hak yang sama dalam
konsep kedaulatan sesebuah wilayah. Teori kedaulatan bersifat tradisional
dimana pihak luar tidak boleh mencampuri urusan dalaman sesebuah negeri atau
wilayah kerana ia mempunyai otonomi untuk menjaga dan mengurus hal ehwal
dalaman mereka sendiri dan harus dihormati dan diiktiraf oleh kuasa dari luar.
Kalaulah, satu masa
nanti, mungkin bukan masa kita, kerajaan filipina masih mahu membawa kes
tuntutan Sabah ke ICJ, dan kerajaan Malaysia pula masa itu, palis palis
bersetuju pula. Pandasan akan jadi salah satu hujah kuat bahawa moyang kita
sebenarnya telahpun mengiktiraf hak kedaulatan British keatas Borneo Utara dan
Britian mempunyai hak pula untuk memasukkan Borneo Utara/Sabah sebagai
sebahagian dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Yang kita kena cari
sekarang untuk menguatkan fakta bahawa Tempasuk bukan sekadar sebuah
pentadbiran yang kecil, tapi sebuah NEGERI TAMPASUK, meminjam istilah Sir
William H Treacher yang melantik Rembangan “akan menjadi wakil sendiri memigang
bicara di dalam negeri Tempasuk demikianlah adanya”
Wallahualam.
Nukilan :
Roma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan