Setiap pagi bila saya sampai ke pejabat, perkara pertama yang saya lakukan ialah membuka PC saya dan mnelihat Inbox.Kemudian memasuki mana-mana blog yang sering saya kunjungi ataupun membaca utusanonline,NST atau Sabah Daily Express.
Saya percaya ramai dan semakin ramai menggunakan kemudahan ICT ini untuk mengetahui lebih maklumat,membaca berita terkini,mencari jawapan dan apa saja untuk kegunaan diri.Bilakah Internet mula digunakan,itu ramai yang dapat menjawabnya.Tapi saya terfikir,mengikut pandangan saya Internet pertama didunia ialah ketika Nabi Muhammad SAW bersemuka dengan malaikat Jibrail di gua Hira.Ketika itulah Muhammad bersemuka dengan sesuatu yang tak pernah dialaminya sebelum ini dan menyuruhnya membaca."Iqra".Bermulalah komunikasi antara manusia dari sesuatu yang maha tinggi,dari dimensi lain untuk menyampaikan maklumat kepada umat manusia yang berupa pengajaran dan panduan kepada umat Arab dan umat manusia seluruhnya.Ketika itu tidak ada teknologi IT seperti yang ada sekarang, tapi sesungguhnya Allah Maha Kuasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan