asal Theory of everything.Pada tahun 1968 seorang ahli fizik muda berbangsa Italy,Gabriele Veneziano,(kini bekerja di CERN)telah mempelajari persamaan matematik yang menjelaskan daya nuklear kuat.Beliau menemui persamaan ini membuka jalan pada penelitian daya tersembunyi diteraskan atom.Kemudian penelitian menimbulkan ilmuan lainnya,Leonard Suskind dari Satnford University yang melihat bahawa persamaan tersebut menunjukkan sesuatu yang tersembunyi,sebuah partikel yang memiliki sturktur dalaman yang boleh melendut dan meregang.Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola,namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur.Pada tahun 1973,seorang ahli fizik sedang melanjutkan pemerhatian terhadap masalah string ini. Beliau ialah John H.Schwarz dari California Institute of Technology,mengemukakan bahawa jika string itu benar,maka string akan mampu menjelaskan banyak misteri alam ini.Schwarz berhasil menarik perhatian para ilmuan dunia dan orang mulai banyak berganbung mendalami teori radikal ini.Namun teiri string mengalami halangan besar,iaitu terdapat beberapa keanehan pada perhitungan atau persamaan matematiknya.Pertama, teori string melibatkan sebuah partikel berjisim kosong dan partikel tachyon,iaitu partikel yang bergerak lebih cepat dari kecepatan cahaya.Telah disentuh sebelumnya bahawa Teori Relativiti tidak membenarkan adanya objek yang bergerak melebehi kecapatan cahaya.Telah disentuh sebelumnya bahawa teori relativiti tidak membenarkan adanya objek yang bergerak melebihi kecepatan cahaya.Teori string hampir-hampir tumbang.
Michael B.Green dari Cambridge University bergabung dengan Schwarz untuk mengkaji persamaan matematik Teori String lebih dalam.Pada tahun 1984,mereka berhasil meniadakan keanehan tersebut.Mereka menemukan bahawa partikel aneh yang menjadi halangan teori ini sebenarnya dalah "graviton" iaitu partikel untuk daya graviti.Peristiwa yang sangat bersejarah ini dicatat sebagai salah satu yang menggemparkan dunia.Schwarz dan Green menemukan daya graviti dalam persamaan mereka.Mereka berjaya menghilangkan 'anomalis' itu sekaligus mengukuhkan teori string.Selepas itu semakin ramai yang mengikuti String Theory ini melibatkan dimensi tambahan.
Kita hidup dialam 3 dimensi-ruangiaitu panjang,lebar dan tinggi ditambah 1 dimensi waktu menjadikannya 4 dimensi ruang-waktu.Namun string harus bergerak di lebih 3 dimensi ruang itu.String harus bergerak di 9 dimensi ruang!sehingga menurut teori string,alam yang kita tinggal ini sebenarnya memiliki 10 dimensi ruang waktu.Bersambung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan