Ahad, 30 Mei 2010

kata-kata hikmat

1When a man really desires a thing so deeply that he is willing to stake his entire future on a single turn of the wheel in order to get it,he is sure to win

- Napoleon Hill

2.Successful people have a positive attitude.your attitude determines your actions and your actions determines your accomplishment

3.People with a positive attitude focus their time and attention on solution,not problem.When you have positive attitude,it is easier to be persistent

4.Effective is doing right thing while efficient is doing things right

5.GRATEFUL- G-goal,R-relationship with other,A-attitude,T-time management,E-effective & effeciency,F-follow-up,U-under promise and over deliver,L-love
-"successful people are grateful people"

6.The longer you work in the right direction,the closer you are to success.Too many men give-up when success is within their grasp.They leave if for someone else to capture.
- Napoleon Hill

7.A quitter never wins,a winner never quit- Naopleon Hill

8.Shallow men believe in luck,wise and strong men believe in cause and effect - Ralph Waldo Emerson

9.It isnt your skills that are keeping you from succeding,it is your attitude - Steve Berleck

10.You have to take control of your own life,or someone else will do it for you

11.Success rarely comes to those who expect failure.If you think you are going to fail,you are going to fail.If you expect to succeed,you are likely to succeed

12.Unchallenged people are bored and unmotivated.Challenge people are excited and ready for action.

13.Whatever you do,do not make excuses,you know the old expressions "a bad workman always blame his tools.-Richard Denny

Khamis, 13 Mei 2010

Mukjizat bahasa Al-Quran

Mukjizat dari sudut bahasa boleh dilihat menerusi kisah Waled Ben Mughiroh yang merupakan seorang sasterawan Arab jahilliyah.Waled bin Mughiroh telah terpengaruh dengan keindahan Al-Quran dan masyarakat jahiliyyah ketika itu merasakan bahawa sekiranya Waled telah terpengaruh dengan keindahan Al-Quran maka seluruh bangsa Arab akan turut terpengaruh dengannya.Berita tentang Waled ben Mughiroh yang telah terpengaruh dengan keindahan Al-Quran sampai ke pengetahuan Abu Jahal lalu Abu Jahal datang bergegas untuk bertemu Waled lantas beliau berkata kepada Waled,"kamu tidak ada apa-apa yang diburukkan tentang Al-Quran",lalu Waled menjawab;
"Sesunggunya tidak ada di antara kamu yang lebih baik dari aku dalam syair-syair Arab ataupun rijza atau syair-syair jin.Demi Allah tiada satupun yang boleh menandingi al-Quran ini.Dia lebih tinggi dari apa yang tinggi"

Kenyataan Waled itu menyebabkan Abu Jahal marah lalu mendesak Waled untuk bercakap sesuatu buruk tentang al-Quran dan beliau meminta tempoh sebentar untuk memikirkan sesuatu yang buruk tentang al-Quran.Sejurus selepas itu Waled pun berkata seperti yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah al-Muddathir ayat 24;
"lalu ia berkata (al-Quran) itu tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari yang dulu).

Kenyataan Waled tentang al-Quran menunjukkan bahawa beliau mengetahui bahawa al-Quran bukan daripada karya manusia atau makhluk lain seperti jin,namun kerana kepentingan dirinya terancam,maka beliau sanggup membuat dalih untuk menafikan kebenarannya.

Saidina Umar r.a sebelum memeluk agama Islam merupakan seorang yang sangat memusuhi Islam. Menurut satu riwayat,pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanannya ke rumah nabi beliau telah terserempak dengan seseorang yang bertanyakan ke mana beliau hendak pergi. Umar mengatakan bahawa ia hendak pergi kerumah Nabi Muhammad s.a.w untuk membunuhnya. Namun orang yang ditemuinya telah memberitahu beliau bahwa adiknya sendiri telah menganut agama ISlam.

Saidina Umar menjadi begitu marah sekali apabila mendengar berita itu lalu beliau terus pergi kerumah adiknya .Beliau telah memecah masuk dan menampar suami adiknya dan mampu merampas 'al-Quran' dari tangan Fatimah lalu adiknya menghalang dan menyuruh Umar membersihkan dirinya terlebih dahulu sekiranya ingin memegang 'al-Quran' tersebut.Selepas beliau membersihkan diri beliau telah mengambil 'al-Quran' tersebut dan alangkah tercangangnya beliau membawa ayat-ayat daripada Ta-Ha, ayat 1,2,3 dan 4:

"Ta-Ha
Kami tidak menrunkan kepadamu al-Quran agar kamu menjadi susah
Tetapi sebagai peringatan bagi yang takut kepada Allah
Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi"

Apabila Saidina Umar r.a terbaca ayat-ayat ini beliau terus berkata "alangkah indahnya kata-kata ini lalu beliau terus beriman kepad Allah s.w.t dan terus melangkah pergi ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. Dirumah Nabi Muhammad s.a.w beliau telah mengucap dua kalimah syahadat.

Daripada segi pemilihan kata, bahasa yang digunakan dalam Quran memang cantik.Kata-kata yang digunakan bukan sahaja dekat dan lekat pada pembaca yang ditujunya, iaitu orang-orang Arab yang cerdas dan pintar dalam mengolah kata-kata (orang-orang Arab jahiliah memang dikenali sebagai sasterawan-sasterawan hebat), tetapi juga mempunyai komposisi dan perkataan yang menunjukkan banyak "keanehan".Jika ia hanya sebuah buku biasa, seperti "Das Capital" yang ditulis oleh Karl MArx ataupun "On The Origin of Species" oleh Darwin, yang semuanya ditulis oleh manusia biasa, maka keanehan itu tidak mungkin dilihat.

Perhatikan ketika Quran menyebut perkataan al-hayah(kehidupan) yang sama banyaknya dengan perkataan al-maut(kematian), iaitu sebanyak 145 kali.Juga, perkataan al-harr(panas) sama banyak jumlahnya dengan perkataan al-bard(dingin), iaitu 3 kali, ataupun al-shaif(musim panas) yang sama banyak dengan perkataan al-syifa(musim dingin),iaitu satu kali.

"Keanehan-keanehan" itu juga kelihatan dalam keseimbangan khsuus.Perkataan yaum(hari),contohnya,disebut sebanyak 365 hari,sama dengan jumlah hari dalam setahun.Begitu juga dengan perkataan ayyam(hari dalam bentuk jamak),ia disebut sebanyak 30 kali,sama banyak dengan jumlah hari dalam satu bulan. Quran juga ada menyebut perkataan syahr/asyhur (bulan) sebanyak 12 kali, sama banyaknya dengan jumlah bulan dalam satu tahun.

Bukan itu sahaja, kerana masih banyak "keanehan" daripada segi gaya penyusunan Quran.Ini termasuk aspek-aspek sastera Quran,yang menurut pertututan Quran itu sendiri:

"Andaikan jin dan manusia berhimpun bagi menyusun sesuatu yang mirip Quran,mereka tidak mampu melakukannya,walaupun mereka saling tolong-menolong."Surah Al-Isra" 17:88

Ini membuktikan gaya penyusunan Quran,dalam hal ini pemilihan kata-kata itu dipilih secara tepat,memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi, dan dijamin penggunaannya bagi jangka waktu yang lama.

Hadith Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa "al-Quran adalah mu'jizat yang akan dijaga Allah sehingga hari kiamat dan apabila ada orang musyrik yang akan dijaga Allah sehingga hari kiamat dan apabila ada orang musyrik membacanya mereka akan kata bahawa al-Quran bukan daripada manusia atau makhluk-makhluk lain.Hadith mengenai al-Quran ini terbukti kebenarannya apabila terdapat ramai cendikiawan yang terpesona dengan al-Quran lalu menganut Islam.Diantara mereka ialah Dr Jefry Lang.

Dr Jefry Lang merupakan seorang pensyarah dalam bidang matematik di University of Kansas di Amerika Syarikat.Beliau dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga Katolik di Bridgeport,Connicticut.Selama 18 tahun beliau menuntut di sekolah Katholik dan pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan agam Kristian tidak memuaskan hati beliau. Menjelang umurnya 18 tahun beliau telah menjadi aties."Sekiranya ada Tuhan dan Dia amat mengasihi mengapakah ujud penderitaan di dalam dunia ini? Itulah soalan pensyarah muda dalam bidang matematik di University Of San Francisco, beliau telah menemui Tuhan sebagai realiti.Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama Islam di Universiti.Seorang rakannya telah memberikan kepada beliau senaskah al-Quran dan beberapa buah buku mengenai Islam.Beliau telah membaca quran secara sendirian dan beliau telah terpesona dengan Quran.Menurut beliau,dua surah yang pertama yang telah dibacanya adalah sangat menarik hati.Apabila beliau ditanya mengapakah dia tertarik dengan al-Quran sedangkan al-Quran adalah dalam bahasa Arab yang asing baginya beliau berkata,"pelukis mampu menyebabkan mata sebuah potrait seakan-akan mengekori anda dari satu tempat ke tempat yang lain,tetapi adakah terdapat seorang pengarang menulis satu tulisan yang menjawab persoalan harian anda?."Setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemui jawapannya pada hari esoknya.Ia kelihatan seolah-olah pengarang al-Quran membaca pemikiranku"kata Lang.

Kepada pertanyaan mengapa beliau mendapati bahawa al-Quran sungguh menawan baginya sedangkan ia ditulis dalam bahasa Arab,Lang menjawab,"Mengapakah seorang bayi dapat ditenangkan oleh suara ibunya?"Beliau berkata membaca al-Quran dapat memberi ketenangan jiwa kepadanya dan kekuatan dalam saat-saat beliau menghadapi kesusahan.Kini Dr Jeffry Lang terus melaksanakan tugas sebagai seorang da'i dengan menulis berbagai-bagai tajuk buku dan menyampaikan kuliah Islam.Antara buku karangan beliau ialah "Even Angels ask,A journey to Islam.Dalam buku tersebut Dr Lang berkongsi dengan para pembacanya pandangan-pandangan yang telah membawanya kepada penemuan Islam dan peningkatannya dalam agama Islam.

Rujukan buku:
1.Revolusi IQ.SQ.EQ- Taufik Pasiak
2.Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran-Dr.Mohd.Arip Hj K asmo

Ahad, 2 Mei 2010

sejarah suku kaum bajau-sama

Lama juga saya tidak "update" blog sayani.Mau jadi macam blogger lain yang sentiasa update blog mereka dengan isu-isu yang menarik tapi masih lagi merangkak,masih terkapai-kapai mendisiplinkan diri untuk menjadi penulis yang baik.Tak apala,sekurang-kurangnya saya sudah memulakan perjalanan ini, sebagai penulis blog,suatu perjalanan yang disediakan oleh kemudahan IT.Dunia sudah menjadi sebuah kampung,"global village",komunikasi dipercepatkan antara manusia.Kali ini saya akan menulis mengenai sejarah,sejarah suku kaum Bajau-sama,kaum saya sendiri.Kenapa saya memilih,memang secara semulajadinya kita ingin mencari identiti kita sendiri.Saya akan memulakan penulisan saya mengenai kaum Bajau-Sama di Sabah.Maklumat mengenai suku Kaum Bajau-Sama ini saya ambil dari beberapa sumber salah satunya dari Kertas-Projek saya sendiri semasa saya menuntut di ITM Sabah mengenai Sejarah Kedatangan Islam Di Sabah Sebelum Merdeka.Dalam Kajian saya,salah satu faktor kedatangan Islam ke Sabah ialah melalui penghijrahan kaum Bajau-Sama ke Sabah.

Pada hari ini bila saja disebut orang-orang Bajau ia langsung merujuk kepada orang yang beragama Islam,sama seperti bila kita menyebut orang-orang Melayu di Tanah Melayu,juga merujuk kepada orang yang beragama Islam.Ada pengkaji sejarah yang mengklasifikasikan suku Bajau ini dalam rumpun Melayu.Mereka dalah etnik maritim yang menetap dipersisiran pantai pantai,pulau-pulau dan laut adalah sebahagiann dari hidup mereka.Populasi mereka terdapat diwilayah kepulauan Nusantara dan mempunyai cara hidup yang sama dengan etnik Melayu.Keperibadian dan budaya mereka lebih menunjang kepada peradaban Melayu Islam dan mereka kini menjadi pribumi di tiga negara iaitu Malaysia,Filipina dan Indonesia.Pada hari ini suku Bajau merupakan etnik Muslim terbesar dalam kaum bumiputra Islam di Sabah.Menurut tradisi lisan,istilah Bajau diberi nama oleh orang Melayu Brunei tetapi sesama mereka,mereka akan menggelar diri mereak sebagai "sama" atau "Jomo Sama".Bajau adalah himpunan beberapa kumpulan sub-etnik iaitu Sama,Samar,Layun,Ubian,Binadan,Kagayan atau Jama Mapun,Simunul,Bajau Kubang,Pala'u,Yaka dan Bagingi.Pada tahun 1975 kaum Bajau berjumlah 100,00,merupakan kaum kedua terbesar selepas kaum Kadazan Dusun di Sabah.

Bila menyebut tentang orang-orang Bajau,maka kita boleh bahagikan kepada dua bahagian,satu dari daerah Semporna dan satu lagi dari daerah di sekitar Kota Belud,Kudat,Tuaran hingga ke Papar.Orang Bajau merupakan kaum kedua terbesar di Sabah selepas kaum Kadazan Dusun,walaupun mereka ini berbeza dari segi tempat tinggal dan juga loghat bahasa tapi persamaan antara keduanya ialah masing-masing mengatakan asal-usul mereka berasal dari Johor dan beragama Islam.Terdapat beberapa teori tentang bilakah mereka mula datang ke Sabah.Menurut seorang penulis barat,Whelan,mengatakan mereka berhijrah ke Sabah sekitar lebih dua ratus tahun yang lau.Dalam sejarah bertulis Brunei,bagaimanapun,menjelaskan bahwa kaum Bajau telah ujud dan mendiami bahagian utara Sabah pada abad keenam belas Masehi,semasa pemerintahan Sultan Abdul Kahar,Sultan Brunei yang keenam atau mungkin sebelum itu.

Tetapi penghijrahan orang-orang Bajau dari Johor,yang diketengahkan oleh penulis barat dan diketahui umum oleh suku kaum Bajau sehingga kehari ini,dipersoalkan oleh beberapa pengkaji.Salah seorangnya ialah Datuk Jamdin Buyong yang menyangkal pendapat bahawa orang-orang Bajau berasal dari Johor.Menurut beliau orang-orang Bajau berasal dari Teluk Burma dan berhijrah ke gugusan kepulauan Melayu dan negeri Sabah merupakan sebahagian daripada banyak lagi negeri yang diduduki oleh orang Bajau.Negeri ini mungkin diduduki oleh orang Bajau semenjak kira-kira 10,000 tahun yang silam atau lebih awal daripada itu.Andaian ini berdasarka pada penemuan artifak sebelum zaman neopolitik di Agop Atas,iaitu sebahagian Gua Madai,Pantai Timur Sabah yang dianggarkan berusia kira-kira 9,000 tahun,disamping kesan-kesan kebudayaan manusia awal zaman logam dan zaman neolitik yang ditemui di Pusu Lumut,Gua Tapadong dan sungai Segama yang berusia kira-kira 8,500 tahun.Menurut Tom Harrison,Sabah mempunyai warisan tradisi kehidupan manusia awal selewat-lewatnya sama seperti yang terdapat diSarawak,iaitu kesan-kesan kehidupan manuis awal telah ujud di negeri itu kira-kira 30,000 tahun yang silam,seperti katanya;"we can withsome confidence accept that fully paleotethic,old stone-age tools are already proved from more than one cave as well as from an intresting open site in the north-eastern part of the state(Sabah),and that there was continuous occupation of the area from then onto the prsent day".Oleh kerana penduduk dikawasan kajian akreologi ini serta kawasan sekitarnya ialah keturunan orang Bajau,maka berkemungkinan besarlah juga yang kesan-kesan sejarah itu adalah peninggalan orang Bajau yang paling awal dinegeri itu.Dari hujah inilah,menurut Datuk Jamdin Buyong,bahawa orang Bajau yang paling awal di Sabah bukan dari Filipian atau Johor,tetapi merupakan sebahagian daripada kumpulan salah satu rumpun austranesia yang paling awal berhijrah dari Asia,berpecah ke beberapa kawasan termasuklah ke Filipina,Sabah,Indonesia Timur dan Semenanjung Tanah Melayu.Tapi pendapat mengatakan orang Bajau berasal dari Tanah Melayu,khususnya dari Johor masih bloeh diterima.Kita boleh bersetuju dengan pendapat yang mengatakan orang Bajau bukan berasal dari Johor tetapi berasal dari Teluk Burma dan orang Bajau boleh mengatakan bahawa mereka adalah diantara penduduk yang asli di Sabah selain kaum Dusun dan Kadazan.

Tetapi tidaklah keterlaluan bahawa orang Bajau pernah singgah ke Tanah Melayu dalam perjalanan mereka dari Teluk Burma tadi dan mungkin singgah ke Johor.Untuk memperkuatkan lagi andaian ini, berikut diperturunkan beberapa hujah;

i.Sifat orang Bajau yang suka mengembara
Menuut Daved Sopher,pengembara-pengembara laut (Bajau terkenal juga sebagai pengembara laut) telah mengembara ke empat kawasan utama di Asia Tenggara,iaitu Laut China Selatan(termasuk kepulauan Riau-Lingga,pulau-pulau Tujuh,pulau-pulau Bangka dan Biliton,kepulauan Sulu,Sabah,Indonesia Timur dan kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.

ii.Orang Bajau pernah singgah di Tanah Melayu
Prof Dr Asmah Hj Omar telah membuat penyelidikan bagi mengesan melalui perkataan untuk menentukan sama ada Semenanjung Tanah Melayu pernah menjadi tempat persinggahan suku-suku bangsa Austronesia(termasuk Bajau)dalam perjalanan mereka ke selatan.Beliau mengambil contoh perkataan-perkataan daripada bahasa-bahasa yang terdapat dalam mana tempat,sedangkan perkataan ini sendiri tidak terdapat dalam bahasa Melayu,seperti perkataan "Pahang" (Paang) yang dalam bahasa Bajau Darat bererti"biawak".Dalam Bahsa Melayu,perkataan tersebut hanya tedapat dalam nama negeri,iaitu negeri Pahang.Juga di Pahang terdapat nama tempat yang dikenali sebagai Lurah Bilut."Bilut" ialah kata yang berloghat dengan "Belud" dalam bahasa Bajau yang bermakna "bukit".Dengan itu,lurah Bilut "Lurah Bukit".Dengan ini Prof Dr Asmah berpendapat bahawa perkataan "Pahang" dan "Bilut" itu membuktikan adanya perkampungan suku kaum Bajau di kawasan yang sekarng ini termasuk dalam kawasan negeri Pahang,tetapi mereka ini barangkali tidak lama disitu kerana meneruskan perjalanan ke Borneo.Mereka yang menetap disitu lama kelamaan terserap ke dalam suku bangsa Melayu yang datang kemudian dengan jumlah yang lebih banyak.

iii.Penghijrahan orang Bajau dari Johor merupakan penghijrahan kedua. Menurut Prof Dr Asmah lagi,suku-suku bangsa Austronesia (termasuk Bajau) bergerak kearah yang berlainan meskipun semuanya menuju keselatan.Disamping adanya gerak melalui Semenanjung Tanah Melayu ke selatan,ada juga yang menyimpang darinya,baik sebelah barat atau sebelah timur.Di sebelah barat,gerak ini mengharungi Teluk Benggala ke Lautan Hindi dan dari situ ke Sumatera,atau ke barat dan terus ke Madagascar.Di sebelah timur Semenanjung Tanah Melayu,mungkin ada gerak yang mengharungi Laut China Selatan ke Filipina dan Borneo dan dari situ ke kawasan lain. Berdasarkan pendapat Dr Asmah itu,semakin jelaslah bahawa orang Bajau yang paling awal di Sabah tidak semestinya berasal dari Filipina atau Johor tetapi berkemungkinan besar merupan sebahagian dari suku bangsa Austronesia yang datang terus dari Asia.Pelayaran orang Bajau dari kepulauan Sulu ke Sabah dan dari Sabah ke kepulauan Sulu memang berlaku pada masa kekuasaan Sultan Sulu di negeri ini hinggalah sekarang ini.Demikian juga pelayaran orang Bajau dari Semenanjung Tanah Melayu termasuklah Johor ke kepulauan Sulu atau ke Sabah mungkin pernah berlaku,tetapi berkemungkinan besar pengembaraan itu berlaku selepas adanya orang Bajau yang paling awal menetap di negeri ini.

iv.Penghijrahan kedua ini selepas orang Bajau memeluk agama Islam di Tanah Melayu.
David E.Sopher berpendapat bahawa nenek-moyang orang Bajau di kawasan Borneo Filipina datang dari kepulauan Riau hinggalah pada kira-kira abad ke-14.Pada abad ini,pengaruh Islam tersebar luas disini.Begitu juga cerita-cerita lagenda orang Bajau,mengaitkan asal usul mereka dengan Tanah Melayu dan nama-nama yang disebut menunjukkan orang Bajau berhijrah ke Sabah adalah orang-orang Islam

Dari hujah diatas,kami berpendapat salah satu sumber kemasukan atau kedatangan Islam ke Sabah ialah dari Tanah Melayu sereta beberapa tempat yang berdekatan,yang dibawa oleh oprang-orang Bajau.Gusni Sahat dalam kajiannya mendapati kaum Bajau mempunyai pengaruh yang kuat dengan kelompok masyarakat yang dominan di Filipina,Indonesia dan Brunei di era politik pra-penjajah. Cuma catatan sejarah hanya menyebut kedatangan orang Bajau dari Johor dan ramai pihak termasuk orang-orang Bajau di Sabah sendiri mengakui asal-usul mereka boleh dikaitkan dengan Tanah Melayu,khususnya Johor.Bersambung

Selasa, 16 Mac 2010

sifat amarah

Antara sifat yang akan merosakkan jiwa dan akal adalah kemarahan.Sifat marah adalah sifat tercela yang mampu merosakkan sistem kesihatan dan kerehatan minda,emosi dan kerohanian.Marah perlu bagi merangsang minda dan emosi kearah perubahan seperti marah kepada kekurangan diri lalu berusaha untuk berubah.Namun marah terhadap segala yang berlaku atau perkara lain akan memudaratkan diri. Dalam konteks kesihatan bioenergy,tatkala sedang marah minda orang tersebut memancarkan gelombang bertahap beta secara berlebihan. Ini merangsang sistem hormon yang seterusnya memancarkan arus tenaga letrik secara tinggi kepada seluruh tubuh.Inilah yang menyebabkan seseorang yang sedang marah kelihatan merah muka,telinga dan tapak tangannya.Tubuhnya akan menggigil dan kata-kata serta tindakannya menjadi kasar dan kuat.Arus tenaga yang berlebihan mengakibatkan saraf bekerja secara stres dan mampu memutuskan ataupun merosakkan saraf. Biasa berlaku urat saraf otak terputus yang mengakibatkan strok akibat kemarahan yang berlebihan dan berlanjutan.Kerana itu, marah yang berlebihan menjadi musuh kepada sistem tubuh.Malah,transmisi getaran tinggi ini mengakibatkan getaran aura menjadi negatif seterusnya menarik gelombang-gelombang negatif luar untuk masuk kedalam tubuh.Akibat marah juga seseorang boleh hilang kawalan diri dan pertimbangan rasionalnya.Gangguan jin dan makhluk halus akan hanya memburukkan lagi keadaan.Marah adalah penyakit dan lawannya adalah kesabaran.Kerana itulah Islam menyatakan kepentingan sifat sabar dalam saranannya 'sabar itu sebahagian daripada iman'.Kata ini secara simbolik menolak kemarahan dan menyifatkan sabar sebagai sebahagian daripada iman.Iman pula adalah rukun atau prinsip yang menjadi pegangan Muslim.

Ahad, 14 Mac 2010

Lapan Tonggak Perdana Kerajaan

Empat Tiang Utama:
1.Gagasan 1 Malaysia:Rakyat Didahulukan,pencapaian diutamakan
2.Program Transformasi Kerajaan(GTP)
3.Model Ekonomu Baru(MEB)
4.Rancangan Malaysia Ke -10(RMK10)

Empat Asas Pelengkap:
1.Membudayakan kreativiti dan innovasi
2.Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
3.Nilai untuk wang
4.Nilai untuk integriti

Khamis, 11 Mac 2010

the secret 8 in solat

Bacaan duduk antara dua sujud dalam solat:

Ya Allah
1.Rahmatilah aku - Rabirghfirli
2.Ampunilah dosaku - Warhamni
3.Cukupkanlah aku - wajburni
4.angkatkah darjatku - warfa'ni
5.kurniakanlah aku rizki- warzu'ni
6.kurniakan aku petunjuk- wahdini
7.afiatkanlah aku - waafini
8.Maafkanlah aku - waafu'anni

Selasa, 2 Mac 2010

Perintah Allah

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH SWT.Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita,tetapi ia adalah PERINTAH ALLAH AZZA WA JALLA. Firman Allah S.w.t:
"...bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya,mudah-mudahan kamu menang.-Surah Al-Jumaah:10)

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah SWT.Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita.Begitu juga makan.Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan.Ada yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang.Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang.Jadi kenapa aku makan?Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang.Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan.Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan untuk makan kerana Allahlah yang bagi aku kenyang bukan makanan atau minuman.

INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH

Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan.Kita makan bukan dengan kita boleh kenyang tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah.Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah,jika benar-benar kepada_Nya kamu menyembah" - (AlBaqarah ayat 172)

"Hai sekelian manusia,makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"- (AlBaqarah 168)

Kekenyangan datang dari Allah.Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan.ALLAH PERINTAH KITA MAKAN TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG

Begitu juga yang lain-lain.Allah perintahkan kita berusaha dan bertawakal kepada Allah.Bila kita sakit kita akan makan ubat.Eh,Allah yang kasi sembuh aku bukan ubat.Ya,Allah yang kasi sembuh tapi Allah perintah kita makan ubat TAPI ALLAH TIDAK SURUH KITA YAKIN UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

Firman Allah SWT:

"dan bertawakkallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara" - (AlAhzab:33)

Jika kita memahami maksud Al Quran,kita akan dapati perintah Allah itu memang sesuai dengan fitrah manusia.Hari ini ada orang memandang Al Quran hanya sinonim dengan perintah Hudud potong tangan.Perintah jihad pergi membunuh orang lain.Ini bukan saja yakin yang salah tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali.Padahal Al Quran bukan saja perintah kita menjalankan undang-undangNya tetapi Allah perintah kita untuk makan,minum,bekerja malah tidur juga.Tetapi siapa yang bagi kta ngantuk?Allah...

ALLAH PERINTAHKAN KITA TIDUR TETAPI ALLAH TIDAK SURUH KITA YAKIN TIDUR ITU BAGI KITA MENGANTUK

Setiap perintah Allah SWT di dalam Al Quran mengandungi erti yang mendalam sekali.Allah perintah semua ini kerana ia adalah fitrah manusia.Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan,sudah pasti mesin atau kenderaan tadi dilengkapi manual cara menggunakan atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi.Begitu juga manusia.Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia dan hanya Allahlah yang faham fitrah manusia.jadi apakah manual bagi manusia tadi.

ITULAH AL QURAN

Al Quran adalah panduan bagi manusia.Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya maka Al Quran menjadi panduan atau petunjuk (guide book) bagi manusia 'menggunakan' dirinya sendiri dengan betul.Firman Allah SWT;

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertakwa" - (Al Baqarah:2)

Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya atau tidak 'menggunakan' dirinya dengan betul.Manusia yang benar-benar faham akan menggunakan Al Quran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya.Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia tidak berjaya dan gagal.Segala ciptaan manusia tidak sempurna.Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial,kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya.Hari ini kita lihat China dan Jepun umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur tetapi kita tidak tahu berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bayi sendiri kerana kelaparan.Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon rkonomi utama sahaja daripada seluruh China yang besar itu.Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri kerana tekanan kerja yang tinggi.

Inilah akibat kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri.Kita yakin Allah perintah kita makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dariNya?Betapa pelik sikap manusia hari ini.Kita juga,makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul.Apakah cara yang betul itu?IAITU DENGAN CARA NABI SAW

Ada aoarng pada hari ini tidak sukakan nabi SAW.Mereka tolak hadis-hadisnya.Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah dengan menolak lafaz 'Muhammad rasulullah',kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja,berguru dengan Allah sahaja.Hanya Al Quran yang patut diikuti bukan hadis-hadis.Padahal kalau mereka ikut Al Quran mereka juga kena ikut cara nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT;

"Katakanlah: "taatlah Allah dan RasulNya;jika kamu berpaling,maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.-Ali Imran:32

Lihat, di dalam Al Quran sendiri Allah PERINTAH supaya kita taat padaNya dan juga kepada RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW

LAILAHAILALLAH,MUHAMMADURRASULULAH.Kita taat PERINTAH Allah,tetapi taat dengan cara bagaimana?DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW.Bukan cara syariat Nabi Ibrahim,Nabi Isa atau Nabi Musa.Apatah lagi syariat Komunis,Kapitalis,Zionis atau Iblis.Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad SAW.

Seteursnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia mengikut sunnah nabi SAW maka apa yang kita buat adalah dikira sebagai ibadah;membuahkan pahala ganjaran di sisi Allah...

Ibadah bukan sahaja solat,puasa,zikir dan sebagainya.Hidup berpandukan sunnah Rasulullah SAW juga dikira ibadah.Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah!Bagaimana?Tidur denga niat i'tikaf di dalam Masjid.Tambah-tambah jika adab tidur dujaga,dinulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur sepertimana yang dibuat nabi.Bukan itu saja,berak bersembur najis busuk dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah!Eh,pulak.... bagaimana?Membuang air besar yang disertai dengan adab-adab masuk tandas sebagaimana nabi ajarkan.Lihat,betapa indahnya Islam.Betapa lengkapnya ISlam.Islam adalah manusal kehidupan lengkap seorang manusia.Dari manusla cara-cara membuang najis sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara,semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah sebagaimana makan,minum dan tidur.Bezanya,Solat,puasa dan undang-undang Islam bertentangan dengan nafsu kita tetapi makan,minum dan tidur sesuai dengan nafsu serakah kita.Jika solat,puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa dan hukuman Allah jika tidak melaksanakannya,bagaimana pula dengan perintah makan,minum dan tidur jika tidak melaksanakannya?Ah,setahun ni aku tak nak makan dan minum.Ah,3 bulan aku tak nak tidur,aku nak bertapa,aku nak zuhud kononnya.Juga berdosa kerana Allah SWT melarang kita sengaja mencampakkan diri kedalam kebinasaan.Firman Alah SWT:

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." - Al Baqarah:195

Solat dan puasa misalnya sudahlah memang ibadah tetapi jika hidup kita seluruhnya berpandukan Allah dan RasulNya maka, makan jadi ibadah,minum jadi ibadah,tidur jadi ibadah,bekerja jadi ibadah... semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah SWT.

Maka inilah yang menjadi sebab musababnya mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga,

"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. - Az-Zariyat:56

INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH,IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADANYA...INILAH TUJUAN HIDUP KITA,INILAH KERJA SEBENAR KITA DIDUNIA

Dari:Mistisfiles Blog

Khamis, 18 Februari 2010

dualisma otak

Setiap belahan otak memiliki kemampuan khusus.Kebanyakan orang hanya menggunakan salah satu belahan otak sahaja.Ini menyebabkan kemampuan yang dimiliki tidak optimum.Menggunakan kedua-dua belah otak bererti menggunakan seluruh potensi yang ada.Sistem pendidikan yang baik harus mampu menyiapkan model ataupun kaedah yang dapat mengoptimumkan kedua belah otak.
Ahli falsafah Islam,terutama ketika membahaskan aspek-aspek melibatkan akal(al-'aql),terlebih dahulu membuka jalan dan peluang bagi dualisma otak,yang disebut otak kiri-kanan oleh pakar-pakar otak masa kini.Walaubagaimanapun,perintis-perintis otak dari Yunani,seperti Dyocles dari Carystus (tahun 4 SM) yang terkenal dengan konsep "dua fikiran dalam satu kepala" terlebih dahulu membicarakan topik itu, tetapi ahli falsafah Islam memberikan nuansa mistik-intuitif pada dualisma otak.Keujudan aspek-aspek intuitif, yang terletak pada bahagian kanan otak dan aspek-aspek rasional yang terletak pada bahagian kiri otak memberi pengaruh besar pada jalur misitk dari ilmu pengetahuan mengenai manusia.Fakulti akal (al-aqal) - satu daripadanya adalah pendapat Ibn Taimiyah - adalah ibarat wahyu dalam diri manusia.Ia adalah fitrah yang diturunkan ke dalam diri manusia (Al-Fitrah Al-Munadzdzalah).Fakulti akal itu sekaligus membawa dua dimensi otak: yang rasional dan yang intuitif.Dualisma otak secara tidak langsung membahagi dunia (dalam erti kata geografi dan kebudayaan) ke dalam dua kelompok yang bertentangan;otak kiri bagi orang-orang Barat dan otak kanan bagi orang-orang di sebelah timur dunia.Orang-orang Barat lebih rasional dan orang-orang Timur pula lebih intuitif.Akhir-akhir ini muncul pula satu perkembangan yang menarik.Orang-orang Barat yang rasional itu mula menjadi intuitif dan mistik,manakala orang-orang Timur pula menjadi lebih rasional."Dunia yang hilang" itu segera ditemukan bagi kedua-dua pihak.
Berfikir cara analisis, yang khusus dilakukan oleh otak kiri,membuat manusia tidak mampu berkembang dengan baik.Perkara ini membuatkan manusia kehilangan kreativiti kerana menghadapi sesuatu yang memang sudah ada.Pemikirannya tidak berkembang,statik dan tidak menghasilkan sesuatu yang baru.Sebaliknya,bertanya "apa yang mungkin dilakukan",seperti ciri khas otak kanan,membawa kepada ribuan kemungkinan dan ribuan kreativiti. Kajian-kajian menunjukkan manusia masih belum menggunakan otaknya secara maksimum.Sebahagian besar manusia,masih belum lagi menggunakan kedua belahan otaknya bagi menyelesaikan masalah ataupun sekadar untuk belajar.Kedua belahan otak itu,menurut Tony Buzan adalah ibarat "gajah putih" iaitu sesuatu yang tidak digunakan sepenuhnya.Salah satu cara memaksimumkan pengunaannya adalah melalui pembelajaran utuh kedua belahan otak itu.Roger Walcott Sperry,seorang pakar yang penah memperoleh hadiah Nobel pada tahun 1981,adalah salah seorang pakar(selepas Diocles pada zaman yunani) yang menangani isu "gajah putih" ini.Dia membuat kesimpulan,selepas melakukan pembedahan pada otak pesakit yang mengalami pesakit sawan,didapati setiap belahan otak itu mempunyai pengkhususan kerja masing-masing.Dari pembedahan inilah timbulnya teori pecahan otak (split brain theory) atau teori otak dwi-hemisfera,iaitu seperti berikut;

Hemisfera kanan/Hemisfera kiri
Holistik/Terperinci
Kreatif/Logik
Imaginatif/Analitik
Visual/Perkataan
Ritma,non-verbal/Bahasa
Warna/Hitam-putih
Perasaan/Rasional
Instituional/Matematik
Seni/Sains

Menyambung usaha Sperry,pendidik dan pakar pengurusan Amerika, Ned Hermann, membahagikan dua dual belahan otak Sperry kepada empat bahagian yang digelar empat quadran otak.William Edward "Ned" Hermann adalah seorang pendidik dan pakar pengurusan yang menggunakan asas teori dominasi otak."makmal" besarnya iaitu General Electric,tempat dia bekerja suatu ketika dahulu sebagai seorang pengurus bahagian latihan. Pada tahun 1970, dia mendirikan pusat Kajian yang sekarang ini dikenali sebagai HBDI (Herman Brain Dominance Instrument)

Pencapaian Hermann adalah penciptaan latihan bagi menganalisis dan mengembangkan "gaya berfikir" seseorang berdasarkan fungsi otaknya. Dia membahagi otak kepada empat kawasan. Pembahagian ini secara anatominya melibatkan fungsi-fungsi sistem limbik dan dua belahan otak. Secara fungsinya pula, kuadran-kuadran itu bekerja ketika menerima dan mentafsirkan maklumat dan kemudiannya membuat kepurusan.Kuadran-kuadran ini terdiri daripada: kuadran A (kiri atas) yang diatur oleh belahan otak kiri dan berfungsi bagi pemikiran analisis (analytic thinking). Kuadran B (Kiri bawah)yang disusun oleh belahan otak kiri dan sistem limbik befungsi bagi pemikiran pelaksanaan (implementation thinking).Kuadran C (kanan bawah) yang disusun oleh belahan otak kanan dan sistem limbik berhubungan dengan pemikiran sosial (sicial thinking). Yang terakhir, kuadran D (kanan atas) yang hanya diatur oleh belahan otak kanan berfungsi bagi pemikiran masa depan (future thinking).

Isnin, 8 Februari 2010

minda kreatif

Terdapat tiga jenis manusia.Pertama,yang menunggu peluang.Kedua,yang mencari peluang dan yang ketiga,yang mencipta peluang.Siapa yang berada dalam kategori yang ketiga ini ialah mereka yang mempunyai minda kreatif.Apakah dia minda kreatif?"pencapaian saya adalah 99 peratus usaha dan 1 peratus ilham" kata Thomas Edison.Edison yang kreativitinya dibuktikan melalui lebih daripada seribu penemuan,percaya kreativiti lah kunci kejayaan.Kreativitinya terbukti dengan ribuan penemuan,tetapi juga didahului dengan ribuan kegagalan!(ada yang menyebut terdapat 5,000 biji mentol yang rosak sebelum Edison dapat menemukan satu mentol yang elok.)Kreativiti adalah hasil daripada latihan.Ia juga merupakan satu usaha berterusan yang tidak kenal penat lelah.Kreativiti yang tidak dilatih bakal lumpuh,ibarat otot seorang joki yang tidak di asah dengan latihan.Seseorang boleh menjadi kreatif dengan melatih diri berfikir secara kreatif.Tindakan kreatif - yang menghasilkan hasil-hasil kreatif - selalunya didahului dengan pemikiran kreatif.

Bobbi DePorter yang terkenal dengan Kaedah Quantumnya (Quantum Learning),memberi kaedah dalam berfikir secara kreatif,iaitu melalui tiga langkah penting:

1.Ketika berfikir,jangan mudah berasa puas.Jangan menerima sesuatu itu seadanya.Kita boleh melihat sama seperti apa yang dilihat oleh orang,tetapi harus berfikir sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain.Kita harus berfikir dengan cara yang berbeza
2.Jangan terikat pada satu cara sahaja dan jangan berfikir secara kaku.Tempuhi ataupun carilah jalan lain bagi menuju kesebuah destinasi atau tujuan.Jangan sentiasa mengikuti jalan yang sama menuju ketempat itu.
3.Tingkatkan tumpuan ataupun tambahkan perasaan ingin tahu.Jadikan perkataan mengapa sebagai panduan di jalan. Tanyakan, mengapa sesuatu itu begini,sdangkan yang lain begitu.

Terdapat banyak faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi kreatif ataupun memiliki keperibadian yang kreatif.Selain daripada ditentukan oleh faktor genetik,ia juga ditentukan oleh lingkungan kebudayaan dan juga sistem pendidikan dimana seseorang itu berada.Malah,kreativiti juga sering dikaitkan dengan gangguan jiwa.Orang kreatif sering disamakan - walaupun kenyataan ini adalah salah - dengan orang yang mengalami gangguan jiwa.

Latihan otak juga penting dalam mewujudkan sifat kreatif.Pendidikan yang bertumpu pada bidang matematik dan bahasa,biasanya menggunakan belahan otak kiri.Manakala,terutamanya seni muzik,menulis dan berlakon merupakan bentuk pendidikan yang dapat melatih perkembangan otak kanan.

gelombang otak III

3.Alfa
Tahap iluminasi daripada proses kreatif menunjukkan gelombang alfa pada otak.Frekuensinya berada pada 7 atau 8 hingga 13 Hz.Frekuensi ini berada jauh di bawah frekuensi gelombang beta ketika otak bekerja keras.

Keadaan ini baik sekali bagi proses belajar.Ingatan lebih mudah ditanamkan dalam kulit otak apabila fikiran itu tidak bercabang. Fikiran bercabang (dua atau lebih fikiran yang difikirkan pada satu masa) menyulitkan ingatan. Bagi mengingat dengan baik,otak harus berada dalam keadaan alfa.Keadaan alfa memberikan sumbangan besar pada fikiran bagi menuju alam bawah sedar.Menurut MacGregor, sumbangan ini adalah lebih kurang 88 peratus.Ketika gelombang alfa terjadi,seseorang itu seperti berada dalam keadaan melamun.tetapi,bukan sekadar melamun.Otak,pada ketika itu,dibiarkan bekerja dengan tenang.

4.Beta
Jika anda sedang kebingungan kerana kehilangan wang,gelombang otak anda pada ketika itu mungkin menunjukkan gelombang beta.Begitu juga halnya jika anda mengalami stress ataupun kekecewaan.Menurut istilah awam,pada ketika itu otak menjadi tidak keruan.Fikiran yang bercampur aduk membebani otak,membuat seseorang itu tidak dapat berfikir dengan baik.Otaknya juga tidak berada dalam keadaan yang segar.Ia tidak dapat berfikir dengan jelas, fikiran tidak fokus dan sukar menumpukan pehatian.Pada umumnya,keadaan terjaga,ketika otak berada dalam keadaan berjaga,otak berada dalam gelombang beta.Ketia seseorang berdiri di tepi sebatang sungai,hendak melintasi jambatan,ataupun ketika seorang pemandu teksi sedang memandu,ataupun seorang guru mengajar di hadapan kelas, ataupun ketika seseorang itu sedang makan, gelombang otaknya berada pada keadaan beta.Keadaan beta ini - yang dalam pemantauan EEG berada pada frekuensi 13Hz - menunjukkan tenaga logik otak.Pada ketika itu, pancaindera memainkan peranan yang penting. Maklumat yang masuk melalui pancaindera diproses sedemikian rupa oleh otak dan kemudiannya ditanggapi.Otak dalam keadaan beta adalah otak yang beranalisis. Dalam keadaan ini,meminjam istilah Edward De Bono, otak berfikir secara menegak.

Rabu, 3 Februari 2010

gelombang otak II

2.teta
Ketika seseorang itu tidur dan bermimpi, dia berada dalam keadaan teta.Keadaan ini adalah lebih baik sedikit daripada keadaan delta.Ini adalah kerana mimpi bukan hanya "bunga-bunga tidur" seperti yang selalu dikatakan oleh pakar mimpi, tetapi mimpi juga adalah "pintu" ataupun "jalan" ataupun wahana bagi otak mewartakan diri.Keadaan teta adalah keadaan ketika fikiran ataupun otak bekerja secara baik,jelas dan tenang.Bertafakur adalah sebuah cara - ini kerana mimpi itu tidak mungkin dapat direka - bagi memunculkan maklumat alam tidak sedar itu.Ahli yoga,juga para ilmuan dan artis terkenal, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sandy Macgregor,menggunakan kaedah teta ini bagi melahirkan idea-idea kreatif ataupun bagi mendpatkan jawapan dari sesuatu yang sukar diperolehi sebelumnya.Keadaan juga dapat menjadi keadaan penyembuhan yang sangat baik.Macgregor memberi contoh pesakitnya yang menghidapi penyakit kanser sembuh secara spontan kerana keadaan teta itu. Dengan pemantauan EEG,keadaan ini berada pada frekuensi 3.5 hingga 7 Hz. Keadaan ini cukup bagus bagi otak untuk bekerja. Fikiran yang tenang berada dalam gelombang ini

Khamis, 14 Januari 2010

Gelombang otak

Ketika seseorang sedang bertafakur,berzikir ataupun melakukan apa saja,termasuklah tidur dan bermimpi,otak bekerja sedemikian rupa melalui gerakan-gerakan sel saraf dan pelepasan muatan.Dalam otak terdapat aliran elektrik,seperti sebuah seterika menjadi panas,sebuah lampu pijar menyala,ataupun sebuah pembakar roti membakar roti.Terdapat aliran elektrik yang bekerja.Sejak tahun 1875,sudah diketahui terdapat muatan elektrik dalam kulit otak.Seorang doktor Inggeris Richard Caton,mencatat kewujudan gelombang elektrik itu.Pda tahun 1924,Hans Berger,seorang ahli saraf Jerman, berjaya merakam gelombang itu diatas sekeping kertas.Dia ,menggunakan kelengkapan radio bagi menguatkan denyutan elektrik otak lebih daripada sejuta kali. Inilah permulaan bagi alat yang dinamakan Elektroensefalografi(EKG).

Apa gunanya pengetahuan gelombang otak ini,terutamanya bagi orang awam yang tidak terlibat dalam bidang kedoktoran,kesihatan,ataupun penyakit?Pengetahuan mengenai keadaan yang menimbulkan gelombang otak tertentu memudahkan seseorang bekerja pada suatu keadaan terbaik.Tindakbalas ketenanangan,tefakur,ataupun cara tersendiri seperti yang dilakukan oleh Thomas Alva Edison,membawa seseorang itu pada keadaan alfa(keadaan santai),iaitu apabila fikiran menjadi tenang dan kreatif.Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu dapat memasuki alam bawah sedar yang penuh dengan kekuatan.

Terdapat empat jenis gelombang otak yang merakamkan aktiviti manusia sepanjang hari,sepanjang waktu.ketika seseorang itu tidur dan tidak bermimpi,itu bermakna dia tidak melakukan apa-apa.Itu juga bererti (walaupun ungkapan ini kurang tepat) "otaknya tidak bekerja".Tetapi,sebenarnya,keadaan itu adalah keadaan terbaik bagi penyembuhan penyakit. Banyak penyakit dapat sembuh ketika seseorang itu berada dalam keadaan ini.Daripada sudut gelombang otak,keadaan tidur ini disebut keadaan delta.Frekeunsinya adalah 0.5-3.5Hz.Frekeunsi tidak boleh sifar kerana itu bermakna otak sudah mati(garis-garis di EEG sudah mendatar,tidak lagi mempunytai gelombang.