Isnin, 8 Februari 2010

minda kreatif

Terdapat tiga jenis manusia.Pertama,yang menunggu peluang.Kedua,yang mencari peluang dan yang ketiga,yang mencipta peluang.Siapa yang berada dalam kategori yang ketiga ini ialah mereka yang mempunyai minda kreatif.Apakah dia minda kreatif?"pencapaian saya adalah 99 peratus usaha dan 1 peratus ilham" kata Thomas Edison.Edison yang kreativitinya dibuktikan melalui lebih daripada seribu penemuan,percaya kreativiti lah kunci kejayaan.Kreativitinya terbukti dengan ribuan penemuan,tetapi juga didahului dengan ribuan kegagalan!(ada yang menyebut terdapat 5,000 biji mentol yang rosak sebelum Edison dapat menemukan satu mentol yang elok.)Kreativiti adalah hasil daripada latihan.Ia juga merupakan satu usaha berterusan yang tidak kenal penat lelah.Kreativiti yang tidak dilatih bakal lumpuh,ibarat otot seorang joki yang tidak di asah dengan latihan.Seseorang boleh menjadi kreatif dengan melatih diri berfikir secara kreatif.Tindakan kreatif - yang menghasilkan hasil-hasil kreatif - selalunya didahului dengan pemikiran kreatif.

Bobbi DePorter yang terkenal dengan Kaedah Quantumnya (Quantum Learning),memberi kaedah dalam berfikir secara kreatif,iaitu melalui tiga langkah penting:

1.Ketika berfikir,jangan mudah berasa puas.Jangan menerima sesuatu itu seadanya.Kita boleh melihat sama seperti apa yang dilihat oleh orang,tetapi harus berfikir sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain.Kita harus berfikir dengan cara yang berbeza
2.Jangan terikat pada satu cara sahaja dan jangan berfikir secara kaku.Tempuhi ataupun carilah jalan lain bagi menuju kesebuah destinasi atau tujuan.Jangan sentiasa mengikuti jalan yang sama menuju ketempat itu.
3.Tingkatkan tumpuan ataupun tambahkan perasaan ingin tahu.Jadikan perkataan mengapa sebagai panduan di jalan. Tanyakan, mengapa sesuatu itu begini,sdangkan yang lain begitu.

Terdapat banyak faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi kreatif ataupun memiliki keperibadian yang kreatif.Selain daripada ditentukan oleh faktor genetik,ia juga ditentukan oleh lingkungan kebudayaan dan juga sistem pendidikan dimana seseorang itu berada.Malah,kreativiti juga sering dikaitkan dengan gangguan jiwa.Orang kreatif sering disamakan - walaupun kenyataan ini adalah salah - dengan orang yang mengalami gangguan jiwa.

Latihan otak juga penting dalam mewujudkan sifat kreatif.Pendidikan yang bertumpu pada bidang matematik dan bahasa,biasanya menggunakan belahan otak kiri.Manakala,terutamanya seni muzik,menulis dan berlakon merupakan bentuk pendidikan yang dapat melatih perkembangan otak kanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan