Setiap belahan otak memiliki kemampuan khusus.Kebanyakan orang hanya menggunakan salah satu belahan otak sahaja.Ini menyebabkan kemampuan yang dimiliki tidak optimum.Menggunakan kedua-dua belah otak bererti menggunakan seluruh potensi yang ada.Sistem pendidikan yang baik harus mampu menyiapkan model ataupun kaedah yang dapat mengoptimumkan kedua belah otak.
Ahli falsafah Islam,terutama ketika membahaskan aspek-aspek melibatkan akal(al-'aql),terlebih dahulu membuka jalan dan peluang bagi dualisma otak,yang disebut otak kiri-kanan oleh pakar-pakar otak masa kini.Walaubagaimanapun,perintis-perintis otak dari Yunani,seperti Dyocles dari Carystus (tahun 4 SM) yang terkenal dengan konsep "dua fikiran dalam satu kepala" terlebih dahulu membicarakan topik itu, tetapi ahli falsafah Islam memberikan nuansa mistik-intuitif pada dualisma otak.Keujudan aspek-aspek intuitif, yang terletak pada bahagian kanan otak dan aspek-aspek rasional yang terletak pada bahagian kiri otak memberi pengaruh besar pada jalur misitk dari ilmu pengetahuan mengenai manusia.Fakulti akal (al-aqal) - satu daripadanya adalah pendapat Ibn Taimiyah - adalah ibarat wahyu dalam diri manusia.Ia adalah fitrah yang diturunkan ke dalam diri manusia (Al-Fitrah Al-Munadzdzalah).Fakulti akal itu sekaligus membawa dua dimensi otak: yang rasional dan yang intuitif.Dualisma otak secara tidak langsung membahagi dunia (dalam erti kata geografi dan kebudayaan) ke dalam dua kelompok yang bertentangan;otak kiri bagi orang-orang Barat dan otak kanan bagi orang-orang di sebelah timur dunia.Orang-orang Barat lebih rasional dan orang-orang Timur pula lebih intuitif.Akhir-akhir ini muncul pula satu perkembangan yang menarik.Orang-orang Barat yang rasional itu mula menjadi intuitif dan mistik,manakala orang-orang Timur pula menjadi lebih rasional."Dunia yang hilang" itu segera ditemukan bagi kedua-dua pihak.
Berfikir cara analisis, yang khusus dilakukan oleh otak kiri,membuat manusia tidak mampu berkembang dengan baik.Perkara ini membuatkan manusia kehilangan kreativiti kerana menghadapi sesuatu yang memang sudah ada.Pemikirannya tidak berkembang,statik dan tidak menghasilkan sesuatu yang baru.Sebaliknya,bertanya "apa yang mungkin dilakukan",seperti ciri khas otak kanan,membawa kepada ribuan kemungkinan dan ribuan kreativiti. Kajian-kajian menunjukkan manusia masih belum menggunakan otaknya secara maksimum.Sebahagian besar manusia,masih belum lagi menggunakan kedua belahan otaknya bagi menyelesaikan masalah ataupun sekadar untuk belajar.Kedua belahan otak itu,menurut Tony Buzan adalah ibarat "gajah putih" iaitu sesuatu yang tidak digunakan sepenuhnya.Salah satu cara memaksimumkan pengunaannya adalah melalui pembelajaran utuh kedua belahan otak itu.Roger Walcott Sperry,seorang pakar yang penah memperoleh hadiah Nobel pada tahun 1981,adalah salah seorang pakar(selepas Diocles pada zaman yunani) yang menangani isu "gajah putih" ini.Dia membuat kesimpulan,selepas melakukan pembedahan pada otak pesakit yang mengalami pesakit sawan,didapati setiap belahan otak itu mempunyai pengkhususan kerja masing-masing.Dari pembedahan inilah timbulnya teori pecahan otak (split brain theory) atau teori otak dwi-hemisfera,iaitu seperti berikut;
Hemisfera kanan/Hemisfera kiri
Holistik/Terperinci
Kreatif/Logik
Imaginatif/Analitik
Visual/Perkataan
Ritma,non-verbal/Bahasa
Warna/Hitam-putih
Perasaan/Rasional
Instituional/Matematik
Seni/Sains
Menyambung usaha Sperry,pendidik dan pakar pengurusan Amerika, Ned Hermann, membahagikan dua dual belahan otak Sperry kepada empat bahagian yang digelar empat quadran otak.William Edward "Ned" Hermann adalah seorang pendidik dan pakar pengurusan yang menggunakan asas teori dominasi otak."makmal" besarnya iaitu General Electric,tempat dia bekerja suatu ketika dahulu sebagai seorang pengurus bahagian latihan. Pada tahun 1970, dia mendirikan pusat Kajian yang sekarang ini dikenali sebagai HBDI (Herman Brain Dominance Instrument)
Pencapaian Hermann adalah penciptaan latihan bagi menganalisis dan mengembangkan "gaya berfikir" seseorang berdasarkan fungsi otaknya. Dia membahagi otak kepada empat kawasan. Pembahagian ini secara anatominya melibatkan fungsi-fungsi sistem limbik dan dua belahan otak. Secara fungsinya pula, kuadran-kuadran itu bekerja ketika menerima dan mentafsirkan maklumat dan kemudiannya membuat kepurusan.Kuadran-kuadran ini terdiri daripada: kuadran A (kiri atas) yang diatur oleh belahan otak kiri dan berfungsi bagi pemikiran analisis (analytic thinking). Kuadran B (Kiri bawah)yang disusun oleh belahan otak kiri dan sistem limbik befungsi bagi pemikiran pelaksanaan (implementation thinking).Kuadran C (kanan bawah) yang disusun oleh belahan otak kanan dan sistem limbik berhubungan dengan pemikiran sosial (sicial thinking). Yang terakhir, kuadran D (kanan atas) yang hanya diatur oleh belahan otak kanan berfungsi bagi pemikiran masa depan (future thinking).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan