Isnin, 8 Februari 2010

gelombang otak III

3.Alfa
Tahap iluminasi daripada proses kreatif menunjukkan gelombang alfa pada otak.Frekuensinya berada pada 7 atau 8 hingga 13 Hz.Frekuensi ini berada jauh di bawah frekuensi gelombang beta ketika otak bekerja keras.

Keadaan ini baik sekali bagi proses belajar.Ingatan lebih mudah ditanamkan dalam kulit otak apabila fikiran itu tidak bercabang. Fikiran bercabang (dua atau lebih fikiran yang difikirkan pada satu masa) menyulitkan ingatan. Bagi mengingat dengan baik,otak harus berada dalam keadaan alfa.Keadaan alfa memberikan sumbangan besar pada fikiran bagi menuju alam bawah sedar.Menurut MacGregor, sumbangan ini adalah lebih kurang 88 peratus.Ketika gelombang alfa terjadi,seseorang itu seperti berada dalam keadaan melamun.tetapi,bukan sekadar melamun.Otak,pada ketika itu,dibiarkan bekerja dengan tenang.

4.Beta
Jika anda sedang kebingungan kerana kehilangan wang,gelombang otak anda pada ketika itu mungkin menunjukkan gelombang beta.Begitu juga halnya jika anda mengalami stress ataupun kekecewaan.Menurut istilah awam,pada ketika itu otak menjadi tidak keruan.Fikiran yang bercampur aduk membebani otak,membuat seseorang itu tidak dapat berfikir dengan baik.Otaknya juga tidak berada dalam keadaan yang segar.Ia tidak dapat berfikir dengan jelas, fikiran tidak fokus dan sukar menumpukan pehatian.Pada umumnya,keadaan terjaga,ketika otak berada dalam keadaan berjaga,otak berada dalam gelombang beta.Ketia seseorang berdiri di tepi sebatang sungai,hendak melintasi jambatan,ataupun ketika seorang pemandu teksi sedang memandu,ataupun seorang guru mengajar di hadapan kelas, ataupun ketika seseorang itu sedang makan, gelombang otaknya berada pada keadaan beta.Keadaan beta ini - yang dalam pemantauan EEG berada pada frekuensi 13Hz - menunjukkan tenaga logik otak.Pada ketika itu, pancaindera memainkan peranan yang penting. Maklumat yang masuk melalui pancaindera diproses sedemikian rupa oleh otak dan kemudiannya ditanggapi.Otak dalam keadaan beta adalah otak yang beranalisis. Dalam keadaan ini,meminjam istilah Edward De Bono, otak berfikir secara menegak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan