Isnin, 27 September 2021

Kubu Pertahanan Di Sabah Zaman dulu

 Kubu Pertahanan Orang Sabah dizaman dahulu. 

Nama tempat seperti Kota Marudu dan Kota Belud, mengambarkan bahawa kawasan ini dulunya merupakan sebuah penempatan atau pusat kuasa.

Kubu dibina untuk tujuan perlindungan dan keselamatan. Tidak hairan ada yg terjumpa peninggalan artifak sejarah seperti lembing, keris dan meriam.

Cuma kubu2 yang turut dibina telah dimusnahkan oleh pihak British.

Pemusnahan kubu2 di sebelah pantai barat utara Sabah(Borneo Utara) melalui beberapa fasa;

i.1847 keatas, zaman Syarif Osman, termasuklah Hj Saman yg juga turut melawan British di Membakut

ii.1878 keatas, zaman kedatangan British ke Tempasuk

iii. 1895 keatas, zaman penentangan Mat Salleh.


Kubu2 pertahanan kaum atau kumpulan yg menentang British, musnah sepenuhnya pada tahun 1915.


Mulanya kubu dibuat dari bambu, bila zaman menggunakan bom meriam bermula, kumpulan penentang British membuat kubu mereka diatas bukit,dimana ada dibina terowong bawah tanah, untuk melepaskan diri bila kubu mereka musnah dibom dipermukaan tanah.


Pihak british dikatakan ada mengambil gambar beberapa kubu berkenaan sebelum dimusnah, gambar2 berkenaan mungkin masih disimpan di Muzium di luar negara.


Nukilan ini adalah rumusan saya, masa temu-bual dengan tuan Kumis-Kumis sedikit masa dulu.

Suatu info yang berharga untuk dirungkai.


Rencana

"Forgotten forts built by natives

Published on: Saturday, July 03, 2021

By: British North Borneo Herald,

menarik untuk dibaca.

Jumaat, 24 September 2021

Ku Ingin Jadi Spy

 KU INGIN JADI SPY

Mungkin ramai dikalangan kita pernah melihat filem Mat Bond keluaran Cathay Kris 1967.

Antara lirik lagunya,

 “ Ku ingin jadi spy...spy...oh spy

    Mengintip semua rahsia...

    Pistolku panjang melempai

    Bang!....bang!

 Oh Batman or Superman

    They are all my friend...”


Tapi itu bukanlah yang mau di cerita disini, kisah yang mahu dibawa adalah kisah sebenar dua orang perisik British yang menjadi agen perisik kepada Rusia semasa perang era perang dingin.

Tidak dinafikan era perang dingin adalah suatu zaman yang penuh dengan kecurigaan, ketakutan dan ancaman. 

Tidak tahu siapa yang boleh dipercayai atau taglinenya, “Trust No One”. 

Maka muncullah apa yang digelar sebagai “Double Agent”. Burgess dan Maclean serta pasangan Harry dan Ethel adalah antara  perisik keluaran zaman perang dingin yang benar-benar “pro”.

Nama-nama ini sinonim dengan dunia perisikan atau spy, tipu helah dan skandal.


Arkib Kebangsaan Britian (The National Archive), baru- baru ini telah mengeluarkan buat pertama kali, kisah sebenar mereka yang diceritakan dengan menarik mengenai siapakah mereka, mengapa mereka sanggup mengkhianati negara dan bagaimana, mereka kekal tidak dikesan dalam tempoh yang sangat lama.

Guy Burgess and Donald Maclean (catalogue reference: FCO 158/6)

Ia bermula secara sederhana dalam sebuah Persatuan Sosial di Universiti Cambridge, dimana “Kim” Philby dipilih menjadi pembantu Bendahari pada 9hb.Mac 1932.

Disinilah bermulanya perjalanan hidup mereka sebagai agen perisik, bila  berkenalan dengan dua pengembara, Donald Maclean dan Guy Burges.

Dua tahun kemudian Philby direkrut menjadi perisik oleh seorang pegawai agen perisik Rusia, Arnold Switch. Dia juga membawa Maclean dan Burgess. Dari permulaan yang sederhana inilah, legendari lima perisik dari universiti Cambridge, lahir.

Selepas meninggalkan Cambridge, Burgess dan Maclean memutuskan hubungan dengan dunia komunisma, mereka dengan pantas membina karier dalam pentadbiran kerajaan British.

Maclean lulus dengan cemerlang peperiksaan Pejabat Luar British (Foreign Office) dengan cemerlang dan menjadi salah seorang diplomat muda kerajaan Britiah sekitar tahun 1930 dan 1940han.

Laluan karier Burgess lebih menarik, mula sebagai pembantu kepada seorang Ahli Parlimen berhaluan kanan (right-wing MP), ke Eksekutif Jabatan Operasi Rahsia, dan media BBC, sehinggalah sampai juga ke destinasi terakhirnya, Pejabat Luar British. 

Misi pertamanya sudah berjaya.

Hampir dua dekad mereka melakukan kerja-kerja perisikan dalam jantung pentadbiran Diplomatik kerajaan British serta dunia perisikan, dan dalam masa yang sama,membekal ribuan dokumen maklumat rahsia kerajaan kepada agen mereka di Rusia. (Orang Sabah bilang, “Dobol agen”)

Melalui fail-fail arkib yang  telah diklasifikasi sebagai dokumen bukan rahsia, memberi gambaran yang jelas bagaimana mereka beraksi.

Temu bual dengan rakan-rakan Burgress dan Maclean selepas mereka lari ke Rusia Di tahun 1951, menceritakan dua karakter dalam satu badan, sehingga to tiada siapapun menyangka mereka adalah agen spy kepada negara Rusia. Hebatnya diaorang nie.

Kalau ada pertandingan siapa spy terbaik dunia, mereka tentu tempat kedua dalam cacarta.

Siapa pula duduk di carta pertama, siapa lagi kalau bukan “Mat Bond”, spy Melayu terakhir Malaya.😎

Al Fatihah untuk arwah Mat Sentul, salah seorang pelakun tidak kurang hebat sezaman dengan TS P Ramlee, saya juga terhibur dengan lakonannya dalam filem Mat Bond keluaran tahun 1967, masa itu dibawa oleh bapa ke Padang balai polis Kepayan tengok wayang Layar Putih di Padang bola. Maklumlah anak Polislah katakan.

Maclean adalah seorang diplomat British yang hebat, Di tahun 1938, dia mula dapat perhatian dan seorang diplomat senior memberi komen, ketika Maclean di naikkan pangkat ke Kedutaan British di Perancis, menyifatkan dia sebagai seorang yang baik, bijak dan bersungguh-sungguh dalam kerjanya.

“Dia juga seorang yang segak dan kami menjangka dia akan terus cemerlang sebagai displomat di Perancis nanti” tambah pegawai senior itu.

Komen dari seorang kawannya, walaupun Maclean sudahpun beralih ke Rusia, dia masih tidak percaya bahawa dia akan menjadi seorang agen perisik komunis dan masih melabel kawannya itu sebagai seorang yang berfahaman liberal. Dia mengelar Maclean seorang “Wolley Liberal “  (FCO158/186)

Burgess pula mempunyai karakter yang sangat berbeza. Dokumen fail Arkib Kebangsaan British menceritakan secara terperinci tentang karier hidupnya, termasuk masa dia bekerja di Jabatan Perisikan Rahsia British(SOE) dan perlantikannya menjadi seorang agen M16. 


Cuba teka siapa agaknya yang melantiknya, kalau bukan sahabat lamanya,Anthony Blunt, salah seorang pengasas “Cambridge Five” (KV2/4101).

Komen seorang lagi sahabat diplomatnya, Gladwyn Jebb, seorang pegawai senior “Foreign Office” , “ saya melihat Burgress seorang yang memang “ brilliant” bijak tahap tinggi, juga punya watak yang menarik, tapi, dia juga membuatkan saya, secara jujur, ada rasa tidak selesa dengannya”.

Hidup dalam dua alam, tidak kekal lama, tempoh masa sebelum mereka berpaling tadah ke Rusia, Burgess dan Maclean, mula nampak tidak keruan.

Pada musim luruh, tahun 1949, Burgess melawat Giblater dan Tangiers.

Disana,mula nampak karakter sebenarnya, menyebabkan pegawai Keselamatan Pertahanan Giblater membuat aduan ke M16.(Perkhidmatan Perisikan Rahsia kerajaan British)

Burgess dilihat berbicara secara terbuka maklumat rahsia yang sensetif mengenai M15 dan M16 dengan orang asing dan berkelakuan pelik.

Dia mula menjadi seorang pemabuk, lebih teruk dari mabuknya orang Giblator masa itu.

(Oh patutlah, kena bahana arak rupanya. Kalau dia di Sabah, lama sudah dia kasi bocor rahsia,sebab disini ada “montoku”. Kalau mau tau apa dia, kena datang Sabah.🤔)

Masih panjang lagi ceritanya,bagus juga simpan bahagian kedua nanti. 

Macam-macam kisah hidup manusia.

Jaga diri,Jaga keluarga.


Rabu, 22 September 2021

Cowboy of the East

 Dari manakah asal usul Kuda Bajau Di Kota Belud



Kalau sebut saja kuda Bajau, siapa tidak kenal dengan “The Bajau of The East”. Daerah Kota Belud diberi nama, penduduknya mahir dalam menunggang kuda. Dari manakah agaknya asal usul Kuda Di KB nie ya? Sejak bila pula “Jomo Sama” mahir berkuda.

Mungkin tentera Monggol pernah singgah ke Kota Belud, masa dia serang Jawa pada tahun 1294M. Tiada jawapan yang pasti kerana,setahu saya, belum ada ahli sejarawan dan ahli antropologi pernah membuat kajian ini. Jadi posting kali ini sekadar memberi tinjauan awal mengenai persoalan ini.

Sejarah awal haiwan Kuda.

Tahukah anda bahawa kuda merupakan haiwan peliharaan manusia yang pertama sebelum lembu dan anjing? Ia menjadi haiwan peliharaan lama sebelum manusia tahu menunggangnya sebagai kenderaan.

Sebahagian ahli saintis percaya bahawa kuda menjadi haiwan peliharaan di Mesopotamia dan China seawal 4,000 Sebelum Masehi. Sebahagian juga berpendapat Scythians,yang tinggal di selatan Rusia,adalah yang pertama menjinakkan kuda pada 3,000 Sebelum Masehi sebelum menyebar ke Asia dan Eropah.

Kepentingan haiwan Kuda kepada manusia sudah tercatat dalam kisah Mitos dan lakaran lakaran lukisan kuno, sejak era Sythians dan Assyrians melalui tamadun Greek dan Rome sehinggalah ke hari ini.

Sejarah Kuda Di Monggolia.

Kita bermula dengan Monggolia. Empayar Monggol Di bawah pemerintahan Genghis Khan dan keturunannya sekitar abad 1,200 hingga 1,300 Masehi dari Asia,Timur Tengah dan Russia.

Lebih besar dibanding dengan Empayar yang dibina oleh kerajaan Greek, Rome, atau Russia, bermula dari Mediterrinien ke lautan Pasifik, menjadikan Empayar Monggol sebuah empayar yang mempunyai jajahan taklukan terluas dan terbesar oleh mana-mana Empayar didunia , dahulu dan kini. Dengan tentera berkudanyalah mereka mampu melakukannya.

Monggolia terkenal sebagai “land of the Horse” dan merupakan penunggang kuda terbaik dunia. “ Tidak dapat dibayangkan sejarah Monggolia tanpa haiwan kuda kerana kerana Monggolia bukanlah Monggolia tanpa haiwan kuda’ kata J.Tserendelg, Presiden Persatuan Monggol.

Kita tinjau pula sejarah kuda yang lebih hampir dengan negeri kita, iaitu Filipina Dan Indonesia.

Sejarah Kuda Di Filipina

Ya memang terdapat Kuda Di Filipina. Berdasarkan rekod China, kerajaan Pangasingan sekitar tahun 1225 Masehi, adalah kerajaan kuno negara Filipina. Mempunyai hubungan dagang dengan kerajaan Ryuku di Jepun dan membayar upti kepada kerjaaan Dinasti Ming. Juga mengeksport batu permata, lokan,Kuda dan Perak. Catatan pertama kerajaan kuno ini bila raja pertamanya,Kamayin, menghadap raja China bersama dengan hadiah berupa Kuda dan Perak.

Kemudian penjajah Spanyol membawa Kuda ke Filipina pada abad ke 16. Kuda juga dipercayai dibawa ke selatan Filipina, Sulu, dari kerajaan Melayu kuno seawal abad ke 15 .

Sejarah Kuda Di Indonesia

Haiwan kuda dipercayai dibawa ke Indonesia sekitar abad ke 13 Masehi semasa ekspedisi Empayar Yuan ke Indonesia. Dinasti Yuan di asaskan oleh Kublai Khan. Tujuan ekspedisi itu ialah untuk menyerang dan menawan Indonesia namun dapat ditewaskan oleh tentera Raden Wijaya, Raja Empayar Majapahit yang pertama(1293-1309M)

Tentera Yuan telah diusir dan meninggalkan banyak spesis kuda yang berkualiti di Indonesia.

Namun andaian haiwan kuda dibawa ke Indonesia semasa kedatangan tentera Yuan pada abad ke 13M, ternyata meleset, kerana terdapat lakaran berbentuk kuda pada dinding-dinding binaan Borobodur, yang sudahpun ujud sekitar abad ke 9 Masehi.

Berdasarkan rekod China, Sriwijaya pernah membuka satu penempatan atau pelabuhan di pesisir pantai Barat Borneo Utara abad ke 7Masehi dibawah kerajaan Sriwijaya Borneo, iaitu kerajaan Chin li Pi Shi (kerajaan Brunei Kuno) dalam bahasa China atau Sribuza dalam catatan teks sejarawan Arab. Empayar Sriwijaya memang terkenal dengan angkatan Laut dan daratnya.

Terdapat dalam teks kuno Jawa abad ke 12M, “kakawin Bhomanataka” ,menyebut tentang kegunaan haiwan kuda oleh tentera Jawa ketika itu. Pada  Abad ke 14M, Jawa menjadi tempat pembiakan baka kuda dan tersenarai sebagai pembekal utama ke negara China, berdasarkan teks sejarah China.

Dizaman Empayar Majapahit, jumlah haiwan kuda semakin bertambah dan mendapat pujian dari Tom Pires(1524-1540M) seorang pengkaji sejarawan Eropah yang terkenal di abad ke 15Masehi.

Empayar Majapahit muncul setelah kejatuhan Sriwijaya dan seperti Sriwijaya, juga mempunyai jajahan takluk yang luas sehingga ke Borneo.

Berdasarkan maklumat ringkas diatas, tentunya belum dapat dipastikan haiwan kuda Di Kota Belud berasal dari salah satu negeri diatas. Ada kemungkinan haiwan kuda dibawa dari Indonesia dizaman Empayar Sri Wijaya yang berpusat di Palembang abad ke 7 hingga 13M ataupun semasa Empayar Majapahit. 

Semasa pentadbiran British  North Borneo di abad ke 19Masehi, sukan berkuda menjadi salah satu sukan yang popular,khususnya di daerah Kota Belud.

Dalam satu rencana dari akhbar Borneo Post, “Survival of one of Sabah’s oldest sports is at stake” Julai, 8, 2020, menyebut sukan Polo dibawa dari Semenanjung Tanah Melayu.

Menurut salah seorang pengasas Persatuan Polo Sabah, David CV Wang, sejarah sukan Polo di Sabah bermula sekitar tahun 1900han dan bertahan lebih 40 tahun sehingga kini.

Walaupun tiada rekod bertulis yang jelas mengenai asal kemunculan sukan Polo di Sabah, terdapat sumber yang boleh dipercayai tercatat dalam buku, “ The Sama Horseman 1999 oleh Irenena Obon dan dalam sebuah rencana, Kinabalu: The Sacred Mountain of British North Borneo – Sabah Society Journal Vol.30(2013) oleh Vivian William Ryes.

Dalam buku Irerena menceritakan secara ringkas mengenai keluarga Hasbullah berusaha untuk mengekal dan memajukan kemahiran menunggang Kuda dikalangan ahli keluarga serta masyarakat setempat dan legasi itu kekal sehingga kehari ini oleh Datuk Golkan Hasbullah. Bapa kepada Datuk Golkan, OKK Hasbullah salah seorang Ketua Anak Negeri di Bawah kerajaan British North Borneo ketika itu, pada tahun 1952, mengetuai seramai 120 pasukan berkuda Bajau menyambut Keluarga Di Raja Britian, Duke of Kent di jambatan Gantung di Kota Belud. Keluarga Hasbullah juga bermain sukan Polo dengan pasukan Ketua Daerah Kota Belud, JS Chrishilm’s sambil disaksikan oleh Duke of Kent.

Beberapa tahun sebelum itu, nenekenda kepada Datuk Golkan, OKK Arsat, juga pernah mengetuai satu kontingen pasukan berkuda Bajau menyambut Duke of Windsor, pakcik kepada Duke of Kent Di Jesselton(Kita Kinabalu), di tahun 1922.

Dalam rencana itu, David juga mengatakan pihak British telah memperkenal sukan Polo di Semenanjung Tanah Melayu seawal tahun 1900han, dan telah menubuh kelab Polo Di Selangor dibawah seliaan tentera British.

Masa itu, sukan Polo hanya di mainkan oleh golongan keluarga Di Raja Dan elit, dan di Sabah, penunggang Kuda Bajau adalah pengasas, mendapat galakan dan dilatih oleh pentadbir British ketika itu.

Kenapa Kota Belud jadi pilihan, tentu sekali masyarakat di sana sudah lama menjadikan haiwan kuda sebagai sebahagian dari kehidupan seharian mereka.

Hasrat Persatuan Polo Sabah, menurut David, agar lebih ramai orang Sabah melibatkan diri dalam sukan berkuda ini, atau sekurang-kurangnya pandai menunggang Kuda.

Walaupun masih belum terjawab dari manakah asal- usul Kuda Di Kota Belud, “Cowboy of The East” masih menjadi salah satu tarikan pelancung di negeri Sabah dan tentu sekali “ jomo Samah” berbangga dengan budaya unik mereka ini. Diharap, pepatah mengatakan, “ia tak lekang dek panas tak basah dek hujan. “




Selasa, 21 September 2021

Di sebalik Bebayang

 Disebalik Bayang-bayang"



Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengibaratkan dunia seperti bayangan manusia. Beliau berkata, “Dunia ini ibarat bayang-bayang, ketika engkau kejar, maka engkau tak akan dapat menangkapnya. Tapi, ketika engkau balikkan badanmu darinya, maka bayang-bayang tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu."


Bayang-bayang akan bersama kita hingga kepenghujung hayat Kita. Ia tak tak menyusahkan kita, nda perlupun cerita pasalnya.


Tapi ada misteri disebalik bayang-bayang ini,Tuhan sengaja mencipta bayang-bayang agar kita berfikir mengenai hakikat kehidupan anugerah Tuhan kepada kita.


Kegelapan sering dikaitkan dengan keburukan dan cahaya dikaitkan dengan kebaikan,harapan dan kejayaan. 


Bayang-bayang tidak muncul dalam kegelapan,tapi muncul,menari-nari dalam cahaya terang,ikut rentak badan Kita. Kita ke kekiri ia kekiri kita kekanan ia juga kekanan. Seolah-olah bayangan diri mahu mengingatkan kepada kita, sesi gelap dalam diri perlu dipantau selalu. Kemarahan,ego,sombong dan yang sewaktu dengannya akan sentiasa berada dalam diri,selagi nafsu ada. Bila mula menguasai minda dan jiwa,berwaspadalah.


Boleh Kita melihat bayang diri Kita, boleh, lihat diri dalam cermin, akan tampak dengan jelas-sejelasnya. 

Ia muncul bukan seperti bayangan bila kita diluar, tapi betul " life", muka kita depan cermin. Apakah pula maksud bayang cermin ini?. Kalau diluar, bayang kita diandaikan sesi gelap, bayang pada cermin pula diandaikan sesi terang dalam hidup Kita.


Setiap pagi kita bangun pagi,melihat pada cermin, si hensom dan si cantik jelita akan bersyukur kerana masih sihat dan hidup untuk sehari lagi,dengan rasa syukur dan penuh harapan.


Tapi siapa 

dalam cermin dan siapa pula diluar cermin, adakah orang yang sama? Sama tapi tak serupa.


Suatu pencarian siapakah sebenarnya diri kita. Rumi mengatakan, "Cahaya dan bayangan adalah tarian cinta." Lady Gaga pula berkata,

 "Jika kamu tidak memiliki bayangan, kamu tidak berada dalam cahaya." 

Ahad, 19 September 2021

Once Upon a Time in Germany

 Once upon a time in Germany



Apa Yang Hitler buat bila dapat tahu Mussolini telah ditangkap Dan dibunuh oleh orangnya sendiri semasa perang dunia ke dua?

Hitler telah diberi tahu bahawa kematian Mussolini pada waktu tengah hari 29 April1945. Pada ketika itu sedang berlaku perang Berlin, askar Russia sudah menghampiri Fuhrerbunker, hanya dalam beberapa ratus meter, dia menyedari segalanya akan berakhir. 

Hitler menghormati Mussolini, walaupun dia telah diguling pertama kali pada Jun 1943, boneka Jerman Di Itali. 

Melihat kepada kematian tragik pemimpin Itali itu, dengan mayatnya tergantung kebawah bersama perempuan simpanannya serta beberapa komradnya, selepas dipercayai disiksa didepan khalayak ramai oleh rakyatnya sendiri, timbul ilham Hitler untuk membunuh diri dan mengarah mayatnya dibakar. 

Adolf Hitler seorang yang pemalu, Theodor Morell, doktor peribadinyapun, yang pertama menjaganya sejka 1936, tidak dapat membuat pemeriksaan penuh keatas tubuhnya kerana Hitler mengelak untuk menunjukkan tubuhnya "naked" .


 Walaupun dia punya pembantu rumah, dia buat urusan peribadinya, seperti bercukur dan memakai baju sendirian. 

Melihat kepada perempuan simpanan Mussolini juga digantung disebelah, sangat mengejutkan dia, kerana dia baru saja berkhawin dengan Eva Braun pada jam 1.00 pagi 29hb.

Selepas mendapat tahu kejadian itu, Hitler berkata, " “I don’t want to fall into enemy hands, neither dead or alive. After my death, my corpse should be burned and remain unfound forever”.

Dipercayai Hitler sudah ada rancangan untuk membunuh diri lebih awal, tapi melihat akan kematian trajis Mussoli, membuat dia semakin nekad dan itulah satu-satunya pilihan saat Jerman diambang kekalahan dalam perang Dunia kedua.

Sabtu, 18 September 2021

Once Upon A Time with Angels

 Once Upon a time with angels.


Jadi ustad sekejap:

Mu dapat banyak like 👍 dari malaikat, baca doa ini.

Membaca doa iftiftah

"Ketika kami sedang shalat bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba ada seorang laki-laki dari suatu kaum mengucapkan: "Allahu akbar kabiran wal hamdulillahi katsiran wasubhaanallahi bukratan wa`ashiilaa". Lantas Rasulullah SAW bertanya, "Siapa yang mengatakan begini dan begini? lelaki tersebut menjawab; "Saya ya Rasulullah." Maka Rasululah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku sangat heran, karena dengannya pintu-pintu langit telah dibuka." Ibu Umar berkata; "Oleh karena itu, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah SAW." (HR Muslim).

Maksud: Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaran-Nya, segala puji bagi-Nya dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan sore. Kuhadapkan muka hatiku kepada Dzat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan menyerahkan diri dan aku bukanlah dari golongan kaum musyrikin. Sesungguhnya sholatku ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya. Dan aku dari golongan orang muslimin."

Kena tafsir semula maksud, alam maya,bukan hanya setakat medsos, komunikasi membawa maksud yang lebih mendalam...

Menyapa malaikat Dalam solat?(Prof. Dr. H. Moh. Ali Aziz, M.Ag – 08 Oct 2018)


“Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sungguh shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat) (QS. Al Isra [17]: 78).


Inilah salah satu ayat yang mengaitkan shalat dan doa para malaikat untuk pelakunya. Saya lalu teringat beberapa doa shalat yang berisi nama-nama malaikat. Antara lain doa dalam rukuk dan sujud, “Maha Suci dan Maha Bersih Tuhanku dan Tuhan semua malaikat dan Malaikat Jibril” (HR. Muslim dari ’Aisyah r.a). Juga doa pada tasyahud akhir menjelang salam, “Wahai Allah, Tuhannya Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil. Engkaulah Pencipta langit dan bumi; Engkaulah yang Maha mengetahui yang tersembunyi dan yang terbuka; Engkaulah yang akan menghakimi semua yang diperselisihkan di antara hamba-hamba-Mu. Berilah aku petunjuk yang benar dari masalah yang diperselisihkan itu. Sungguh Engkau pembimbing ke jalan yang lurus untuk siapapun yang Engkau kehendaki.” (HR. Muslim 1829). Nah, saya kemudian penasaran, mungkinkah kita berdialog dengan malaikat ketika shalat?.


Untuk menjawab pertanyaan di atas, saya jelaskan terlebih dahulu apa dan bagaimana malaikat itu. Al Qur’an tidak menyebutkan bahan penciptaan malaikat. Hanya hadis yang menjelaskan, bahwa ia tercipta dari cahaya. Penciptaan malaikat tersebut dimaksudkan untuk mengingatkan keterbatasan pengetahuan manusia, sebab malaikat adalah metafisika di luar jangkuan akal. Sekalipun demikian, kita wajib mengimani keberadaannya, sifat-sifatnya, dan ketundukannya kepada Allah. Ia satu-satunya makhluk yang selalu terkait dengan aktivitas manusia di dunia, di alam kubur, dan di dalam surga atau neraka. Perintah Allah kepada malaikat untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s merupakan simbol perintah kepada malaikat untuk melayani manusia di dunia dan akhirat.

Berapa jumlah malaikat? Nabi SAW pernah bertanya kepada Jibril tentang baitul ma’mur, suatu tempat yang suci di langit tertinggi, lalu dijawab, “Setiap hari, ada 70.000 malaikat mengerjakan shalat di tempat itu, dan mereka tidak kembali.” (HR. Al Bukhari). Artinya, ada malaikat lain dalam jumlah yang sama dan mengerjakan ibadah yang sama di tempat itu. Jadi, jumlahnya tak terhitung. Penyebutan malaikat dalam Al Qur’an selalu berbentuk jamak. Itu berarti masing-masing malaikat, yaitu Jibril, Mikail, Israfil, dan sebagainya hanya bertugas sebagai kordinator untuk malaikat-malaikat lainnya untuk tugas masing-masing. Penyebutan adanya delapan malaikat yang memikul ‘arasy dalam Al Qur’an (Q.S Al Haqqah [69]: 17) bisa diartikan delapan kelompok besar malaikat pemikul ‘arasy.

Malaikat digambarkan Al Qur’an sebagai makhluk yang gagah perkasa atau “dzuu quwwatin” (QS. An Najm [53]: 6), atau ’inda dzil ‘arsyi makiin, artinya memiliki kecepatan seperti kilat (QS. Al Ma’arij [70]: 4), dan berparas menawan (QS. Yusuf [12]: 30), tidak seperti setan yang selalu digambarkan buruk rupa. Dalam melayani kebutuhan manusia, malaikat bisa berwajah manusia, sebagaimana yang dialami Nabi Ibrahim a.s ketika kedatangan para tamu, yang ternyata mereka adalah malaikat. Demikian juga ketika malaikat bertamu di rumah Nabi Luth a.s. Nabi SAW juga pernah dua kali menerima wahyu dari malaikat Jibril dengan wajah sahabat karibnya.

Apakah malaikat hanya datang kepada para Nabi? Tidak, mereka juga bisa menemui siapapun selain nabi, termasuk Anda, bahkan memberikan pertolongan atas perintah Allah. Mereka inilah yang datang untuk menolong Maryam ketika melahirkan Isa a.s. Akan tetapi kita harus berhati-hati, sebab setan juga bisa saja datang dengan mengaku sebagai malaikat. Nabi SAW sendiri pernah didatangi setan ketika shalat, lalu setan itu dicekiknya.

Menurut Ibnu Sirin (W 729 M), ulama ahli takwil mimpi dalam kitabnya, Muntakhabul Kalaam fii Tafsiiril Ahlaam, malaikat juga bisa hadir dalam mimpi kita, seperti yang dialami Abdullah bin Zaid r.a. Dalam tidurnya, ia diajari azan oleh orang yang berjubah. Mendengar pelaporan mimpi tersebut, Nabi SAW amat senang, sebab itulah yang ditunggu-tunggu, dan Nabi langsung memerintakan Bilal bin Rabbah untuk mengumandangkan azan hasil pengajaran malaikat melalui mimpi tersebut. Ketika Bilal beradzan, Umar bin Khattab terkejut, karena pada malam yang sama, ia juga diajari malaikat dengan bacaan azan yang sama. Malaikat juga bisa menolong manusia dengan cara yang sangat halus berupa pemberian inspirasi, ilham dan sejenisnya. Inilah yang disebut lamhah malakiyah atau lintasan pengetahuan dari alam malaikat. Di samping bertindak secara langsung untuk kebutuhan manusia, malaikat juga selalu mendoakan kebaikan untuk orang baik, dan hukuman penderitaan (la’nat) untuk orang-orang yang buruk perangai.


Dalam kehidupan kita, ada sunnatullah dan ‘inayatullah. Orang yang jatuh dari lantai 10 dan meninggal, misalnya, itulah sunnatullah, artinya sesuai dengan hukum alam. Tetapi, jika ternyata ia tidak meninggal karena berbagai sebab, maka itulah ‘inayatullah, artinya, ada tangan malaikat yang ikut menyelamatkannya atas perintah Allah. Allah SWT berfirman, “Dan bagi manusia, ada para malaikat yang menjaganya secara bergantian di depan dan dibelakangnya atas perintah Allah” (QS. Ar Ra’d [13]: 11). Inilah yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib r.a, setiap manusia dikawal malaikat penyelamat. Jika ada bahaya datang, dan hari itu bukan jadwal kematiannya, maka Allah memerintahkan malaikat untuk menyelematkannya. Tapi, jika hari telah ditentukan sebagai hari kematiannya, maka malaikat diperintahkan Allah untuk membiarkannya menuju ajalnya.

Dengan gambaran sifat-sifat malaikat di atas, maka kita benar-benar bisa menyapa mereka. Di luar shalat, kita dikawal malaikat, maka tentu lebih banyak malaikat yang menyertai dan mendoakan kita ketika kita sedang shalat. Anda pasti semakin merasakan nikmatnya shalat, jika misalnya ketika bersujud 

 Anda menyapa (dalam hati) para malaikat, “Wahai Allah, Tuhannya semua malaikat, perintahkan mereka untuk mengawal aku agar selamat dari semua bencana, dan perintahkan pula membuka pintu-pintu rizki dan ilmu untukku.” Selamat menyapa malaikat dalam setiap shalat.

Khamis, 16 September 2021

Once Upon A Time in Kota Belud

 Once Upon a time in Kota Belud.


North Borneo memories:Keruak.The Singapore Free Press and Merchantile Adviser, 10 July 1930.

(Terjemahan)

Mungkin olahan terjemahan saya ini, tidaklah menepati kefahaman sipenulis , tapi cukup sekadar kita cuba menghimbau kembali bagaimana seorang pemimpin tempatan , memberi sumbangan besar dalam menyatupadukan masyarakat di Kota  Belud suatu ketika dahulu. 

Diselabah Utara Jesselton, ada sebuah daerah yang dikenali dengan nama, Tempasuk.

Sebuah daerah yang dihuni oleh tiga Suku kaum, Bajau,Illanun dan Dusun.

Disana, ada seorang Ketua masyarakat tempatan, yang di sifatkan oleh kerajaan Chartered Company ketika itu, sebagai seorang yang setia dengan kerajaan dan berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang sebagai Ketua masyarakat Di Kota Belud.

Sebelum Kota Belud berada dalam keadaan aman seperti yang dinikmati sekarang, mereka pernah  berada dalam keadaan yang tidak menentu, dimana antara suku kaum saling berbalah, dan ada yang menentang pihak kerajaan British.Ketika itu, pihak kompeni mendirikan Pejabat residen diatas sebuah Bukit berhampiran  sungai Tempasuk. Pejabat residen ini dinamakan Kubu Alfred (Fort Alfred).

Orang orang Bajau ketika itu sering menyerang kubu berkenaan  tapi akhirnya mereka menyedari usaha mereka hanya sia-sia,malah lebih banyak mengakibatkan kerugian,kerosakan dankematian.Kekacauan ini sering dilakukan oleh segelintir orang Bajau yang tidak senang dengan pihak kompeni ketika itu dan berakhir dengan hilang nyawa dipihak mereka. Kubu yang dibina oleh kompeni digambarkan agak kukuh dan tidak mampu di bolos oleh mereka yang membuat kekacauan.( Kisah ini,saya jangkakan berlaku diera Datu Rembangan seawal 1879/80. Boleh baca rencana Di Blog Borneo History)

Akhbar berkenaan memetik pepatah Inggeris bagi mengambarkan keadaan mereka ini, " the game was not worth the candle the Bajau used to play at attacking the fort" 

(game of cards in which the stakes are smaller than the cost of burning a candle for light by which to play.) 

Setelah masa berlalu, pihak kompeni berjaya juga akhirnya mengawal keadaan dan kejayaan mereka mengambilpengalaman bagaimana mereka mentadbir wilayah-wilayah di bawah empayar British dimerata dunia.

Keruak,seorang pemimpin di Tempasuk, sudah kembali menemui Penciptanya dan kuburnya dipercayai terlelak di salah satu perkuburan diTempasuk.

Seorang pemimpin masyarakat yang berwibawa,disegani dan berpengaruh dikalangan penduduk Tempasuk. Melihat kepada bentuk fizikalnya yang agak kecil (yang ini boleh diperdebatkan),kita tidak menyangka dia sebenarnya seorang Ketua masyarakat di tempatnya.

Sering mengenakan pakaian tradisi yang biasa dipakai oleh suku Cina dan sigai,sejenis topi suku kaum Bajau dan Dusun. Setiap Hari dia akan muncul dipejabat dengan berkaki ayam dengan lumpur kelihatan pada seluarnya. Rutin hariannya, turun dari rumah dia akan melalui beberapa laluan kampung sebelum tiba di Pejabat. Keruak juga berperwatakan suka berjenaka, melihat wajahnya,sebelah matanya seolah-olah suka mengenyit

Ketika Ada Majlis besar seperti lawatan Gabenor, Keruak akan memakai pakaian tradisi Bajau yang lengkap dan kelihatan begitu segak, bersama sepasang baju suku kaum Cina.

Keruak sangat diperlukan kahadirannya dalam urusan di Pejabat British dan juga sekiranya ada perbicaraan Di Mahkamah kerana dia memang begitu arif dengan daerah dibawah kuasanya dari hujung ke hujung daerah dan akan dengan mudah mengecam sekiranya ada orang baru mula bertugas.

Dia seakan mengenali setiap lelaki,perempuan malah kanak-kanak. Sesiapa saja yang mempunyai urusan perlu melalui dia terlebih dahulu sebelum dibawa kepengetahuan pihak kerajaan. Sepanjang dia menjawat jawatan sebagai Ketua atau OKK, semua urusan adalah benar dan memudahkan pihak D.O membuat keputusan.

Dia akan memberi isyarat kepada tuan D.O bertugas,sekiranya ada yg tidak kena dengan si pengadu,samada boleh dilayan dan didengar, ataupun tidak perlu diambil perhatian  sewajarnya.

 Mana-mana penduduk yg ingin berurusan dengan pejabat kerajaan ketika itu, wajib berjumpa dengan Keruak terlebih dahulu untuk tapisan seperti mendapatkan nasihat dan ada masalah yang dapat diselesaikan tanpa perlu dibawa keperingkat yang Lebih tinggi iaitu kepengetahuan tuan D.O.

Masa diluar masa pejabat, Keruak akan mengeluarkan sifat semula jadinya yang sebenar. Daerah Tempasuk ialah sebuah daerah yang sanga sesuai dengan aktiviti luaran. Dikelilingi dengan bukit-bukau dimana terdapat banyak haiwan seperti rusa dan babi, menjadi tempat pemburuan yang mengasyikkan bagi suku Bajau.

Keruak merupakan seorang yang mahir dalam memburu. Dengan ketangkasannya berkuda dia boleh menangkap seekor Rusa ketika memburu. Menurut penulis dalam akhbar ini, dia hanya mengetahui cuma dua orang Eropah sahaja yang berani untuk melakukan aksi memburu Rusa dengan menaiki kuda tapi tidak disebut siapa orang Eropah itu dalam tulisannya.

Dengan hanya menaiki kuda tanpa sebarang alas dibelakang kuda itu atau kalaupun ada hanya sejenis alas tempat duduk atau pelana  yang diperbuat dari dahan kayu, rusa akan dikejar sehingga dapat ditangkap. Suatu aksi perburuan yang memang mencabar dan bahaya, dan boleh mematahkan leher sekiranya terjatuh, itulah gambaran penulis dalam catatannya.

Penulis menceritakan pengalamannya bersama Keruak ketika memburu, melihat bagaimana kehebatan Keruak mengetuai misi pemburuan. Dalam beberapa kejadian, dimana dengan berkuda saya menaiki cerun bukit yang ditumbuhi lalang yang tinggi, ketika itu Keruak berada dibelakang saya dan diikuti oleh sekumpulan pemburu berada tidak jauh dibelakangnya.

Dibawah sinaran matahari, kelihatan kilauan besi tombak yang digunakan untuk memburu, dengan topi pemburu pelbagai corak yang berwarna, menambah lagi keseronokan meredah cerun bukit yang dilitupi oleh lalang tinggi, bagi mencari mangsa pemburuan yang pertama.

 Kadang-kadang kedengaran suara teriakan sahut menyahut sesama mereka, diselangi dengan jenaka. Seekor anjing pemburuan ada dibawa bersama.

Pada waktu pemburuan inilah Keruak menunjukkan dia berada pada tahap terbaiknya, sambil bersahaja,kenyitan matanya, seolah isyarat dia yakin akan mencapai sasaran pemburuannya.

Selepas seharian memburu, dia seperti biasa akan berkumpul bersama ketua-ketua suku yang turut sama semasa memburu, mereka bersembang, menunjukkan satu kepuasan dapat hasil buruan masing-masing.

Kami pernah turut serta dalam beberapa acara perlumbaan, yang terbaik dalam tahun itu semasa hari krismas, penuh kemeriahan, masing-masing akan membawa kuda terbaik mereka dalam acara perlumbaan ini. Keruak sentiasa pastikan pesta rakyat ini berjalan dengan lancar sehingga selesai. Saya melihat dari raut wajahnya tanda kegembiraan, ketika kami berdiri bersebelahan di pentas menentukan pemenang perlumbaan. Dia memang berminat dalam apa juga jenis sukan masa itu. Ada ketika kami ke bendang ketika musim menangkap itek dan burung, dia tidak akan lupa mengungkapkan kata-kata, “ pandei s’kali Tuan,” bila kami berjaya menangkap burung.

Daerah Tempasuk, sangat bertuah kerana mempunyai ketua masyaratkat seperti Arsat, mendiang Dato Merdun dan Gimbad, ketua suku Dusun yang sangat di hormati, dan bagi Keruak, yang saya sifatkan seorang pemipin yang berkarisma, dimana sentuhan semulajadinya sebagai seorang pemimpin,ibarat  mengatasi kekuatan senjata rifle.

Saya tentu sekali tidak akan melupakan insan yang benama Keruak ini, kalaupun saya ada kesempatan pergi semula kesana, keadaan mungkin sudah banyak berubah.

C.C.L