Ahad, 5 September 2021

Keluarga Malaysia Dan Enjit-Enjit Semut

 Keluarga Malaysia dan "Enjit-Enjit semut"


Saya rasa semua tahu akan lagu anak-anak kecil dulu, enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.


Saya ingin menulis mengenai wawancara Allahyarham Dr.Sidek Fadhil, yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Allahyarham seorang tokoh ilmuan Melayu yg sukar dicari ganti.


Dalam satu Forum , Dr Sidek membuat analogi lagu ini, enjit-enjit semut siapa sakit naik atas dengan soal mengangkat pemimpin.


Dalam situasi politik sekarang,katanya,pemimpin yang dinaikkan ialah yang "sakit-sakit" maksudnya bukan yang terbaik. 


Dr.Sidek menambah, tugas mengangkat pemimpin negara sudah diambil alih oleh para pemodal, bukan lagi rakyat.Mereka berjaya kahwinkan "wang" dengan "politik".


Mereka akan menaikkan pemimpin tertentu, bukan kerana kelayakannya, tapi kerana kriteria tertentu,dimana mereka boleh mendapat sesuatu bila pemimpin itu sudah dipuncak kuasa. Bagi yang sudah punya wang,maka lebih mudahlah.


Kita memilih pemimpin melalui sistem parti, kalau caranya baik,tiada politik wang, adalah yg diharapkan.


Tapi realitinya tidak begitu.


Rafizi Ramli, yang  pernah bertanding Timbalan Presiden PKR lawan Azmin, mendakwa kononnya ada cabang parti menerima sumbangan wang antara RM100,000 hingga RM200,000 dalam pemilihan parti, selain ahli diberi RM100 untuk satu undi.Itu PKR, belum cerita lagi lain-lain parti.Nampaknya sistem ini akan bersama dengan kita kerana "kuasa" dan "politik" adalah adik beradik kembar.


Sebagai perbandingan Kita lihat Singapura secara luaran.


Singapura telah menentukan siapakah pengganti Lee Hsien Loong, 67, perdana menteri sekarang. Sang pengganti ialah Heng Swee Keat, 57, yang bakal menjadi pemimpin Singapura generasi keempat. Heng memang dipersiapkan untuk menjadi orang nombor satu Singapura. 


Pada 1 Mei 2019, dia dipromosikan menjadi Timbalan Perdana sekaligus Menteri Kewangan. 


Apakah kelebihannya?


Heng pernah menjadi menteri pendidikan dan managing director Otoritas Moneter Singapura. Ia meraih gelar master ekonomi dari University of Cambridge dan master administrasi negara dari Harvard University. 


Salah satu ciri pokok elite pemerintahan Singapura ialah mereka terdidik di sekolah-sekolah hebat.  Heng diyakini berkemampuan membawa Singapura tetap unggul di masa depan dengan tetap melanjutkan gaya kepemimpinan konsultatif terbuka (open consultative) Goh Chok Tong dan Lee Hsien Loong yang merangkul semua ras.


Kita tidak tau secara dalaman politik Singapura, mungkin Indah khabar dari rupa, tapi antara ciri pemimpin kerajaan di sana ialah tahap pendidikannya.


Pernah jumpa orang Singapura, katanya di Singapura, kerajaan akan pusing Singapura cari "otak" yang terbaik yang boleh dijadikan pelapis pemimpin negara.


Macam mana dengan Kita?Memanglah kita mau yang terbaik. Cuma cara berfikir kita, bersikap asal ada, masa disekolah dulu kitakan sudah biasa dengan peribahasa, tiada rotan akarpun berguna.Masalahnya selamanya kita guna akar saja kerana rotan payah mau dicari.


Melihat kehadapan.


Sebelum siapa-siapa saja menawarkan diri jadi pemimpin, kena ukur baju dulu, dan pengundi pula jangan gadai masa depan dengan rm200 saja.


Selain pemimpin, mereka yang mengundi pemimpin perlu juga tahu menilai siapa yang mereka ingin angkat jadi pemimpin. 


PRU15 akan datang,   anak-anak muda 18 tahun sudah boleh mengundi. Mereka perlu ditanamkan idealisma perjuangan untuk menegakkan yang haq dan membenci kebatilan.


Puak materialis nasionalis sekarang masih menyelam dalam sistem menanti masa untuk naik atau mengangkat "calun mereka" atas nama membela nasib  rakyat dan negara.


Bagi saya generasi pelapis perlu mempersiapkan diri menjadi pemimpin negara di masa hadapan.Kuat membaca antara kriteria utama. 


"Enjit-enjit semut siapa tahan,naik atas".


Sabah Maju Jaya.

Roslan M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan