Once Upon a time in Kota Belud.
North Borneo memories:Keruak.The Singapore Free Press and Merchantile Adviser, 10 July 1930.
(Terjemahan)
Mungkin olahan terjemahan saya ini, tidaklah menepati kefahaman sipenulis , tapi cukup sekadar kita cuba menghimbau kembali bagaimana seorang pemimpin tempatan , memberi sumbangan besar dalam menyatupadukan masyarakat di Kota Belud suatu ketika dahulu.
Diselabah Utara Jesselton, ada sebuah daerah yang dikenali dengan nama, Tempasuk.
Sebuah daerah yang dihuni oleh tiga Suku kaum, Bajau,Illanun dan Dusun.
Disana, ada seorang Ketua masyarakat tempatan, yang di sifatkan oleh kerajaan Chartered Company ketika itu, sebagai seorang yang setia dengan kerajaan dan berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang sebagai Ketua masyarakat Di Kota Belud.
Sebelum Kota Belud berada dalam keadaan aman seperti yang dinikmati sekarang, mereka pernah berada dalam keadaan yang tidak menentu, dimana antara suku kaum saling berbalah, dan ada yang menentang pihak kerajaan British.Ketika itu, pihak kompeni mendirikan Pejabat residen diatas sebuah Bukit berhampiran sungai Tempasuk. Pejabat residen ini dinamakan Kubu Alfred (Fort Alfred).
Orang orang Bajau ketika itu sering menyerang kubu berkenaan tapi akhirnya mereka menyedari usaha mereka hanya sia-sia,malah lebih banyak mengakibatkan kerugian,kerosakan dankematian.Kekacauan ini sering dilakukan oleh segelintir orang Bajau yang tidak senang dengan pihak kompeni ketika itu dan berakhir dengan hilang nyawa dipihak mereka. Kubu yang dibina oleh kompeni digambarkan agak kukuh dan tidak mampu di bolos oleh mereka yang membuat kekacauan.( Kisah ini,saya jangkakan berlaku diera Datu Rembangan seawal 1879/80. Boleh baca rencana Di Blog Borneo History)
Akhbar berkenaan memetik pepatah Inggeris bagi mengambarkan keadaan mereka ini, " the game was not worth the candle the Bajau used to play at attacking the fort"
(game of cards in which the stakes are smaller than the cost of burning a candle for light by which to play.)
Setelah masa berlalu, pihak kompeni berjaya juga akhirnya mengawal keadaan dan kejayaan mereka mengambilpengalaman bagaimana mereka mentadbir wilayah-wilayah di bawah empayar British dimerata dunia.
Keruak,seorang pemimpin di Tempasuk, sudah kembali menemui Penciptanya dan kuburnya dipercayai terlelak di salah satu perkuburan diTempasuk.
Seorang pemimpin masyarakat yang berwibawa,disegani dan berpengaruh dikalangan penduduk Tempasuk. Melihat kepada bentuk fizikalnya yang agak kecil (yang ini boleh diperdebatkan),kita tidak menyangka dia sebenarnya seorang Ketua masyarakat di tempatnya.
Sering mengenakan pakaian tradisi yang biasa dipakai oleh suku Cina dan sigai,sejenis topi suku kaum Bajau dan Dusun. Setiap Hari dia akan muncul dipejabat dengan berkaki ayam dengan lumpur kelihatan pada seluarnya. Rutin hariannya, turun dari rumah dia akan melalui beberapa laluan kampung sebelum tiba di Pejabat. Keruak juga berperwatakan suka berjenaka, melihat wajahnya,sebelah matanya seolah-olah suka mengenyit
Ketika Ada Majlis besar seperti lawatan Gabenor, Keruak akan memakai pakaian tradisi Bajau yang lengkap dan kelihatan begitu segak, bersama sepasang baju suku kaum Cina.
Keruak sangat diperlukan kahadirannya dalam urusan di Pejabat British dan juga sekiranya ada perbicaraan Di Mahkamah kerana dia memang begitu arif dengan daerah dibawah kuasanya dari hujung ke hujung daerah dan akan dengan mudah mengecam sekiranya ada orang baru mula bertugas.
Dia seakan mengenali setiap lelaki,perempuan malah kanak-kanak. Sesiapa saja yang mempunyai urusan perlu melalui dia terlebih dahulu sebelum dibawa kepengetahuan pihak kerajaan. Sepanjang dia menjawat jawatan sebagai Ketua atau OKK, semua urusan adalah benar dan memudahkan pihak D.O membuat keputusan.
Dia akan memberi isyarat kepada tuan D.O bertugas,sekiranya ada yg tidak kena dengan si pengadu,samada boleh dilayan dan didengar, ataupun tidak perlu diambil perhatian sewajarnya.
Mana-mana penduduk yg ingin berurusan dengan pejabat kerajaan ketika itu, wajib berjumpa dengan Keruak terlebih dahulu untuk tapisan seperti mendapatkan nasihat dan ada masalah yang dapat diselesaikan tanpa perlu dibawa keperingkat yang Lebih tinggi iaitu kepengetahuan tuan D.O.
Masa diluar masa pejabat, Keruak akan mengeluarkan sifat semula jadinya yang sebenar. Daerah Tempasuk ialah sebuah daerah yang sanga sesuai dengan aktiviti luaran. Dikelilingi dengan bukit-bukau dimana terdapat banyak haiwan seperti rusa dan babi, menjadi tempat pemburuan yang mengasyikkan bagi suku Bajau.
Keruak merupakan seorang yang mahir dalam memburu. Dengan ketangkasannya berkuda dia boleh menangkap seekor Rusa ketika memburu. Menurut penulis dalam akhbar ini, dia hanya mengetahui cuma dua orang Eropah sahaja yang berani untuk melakukan aksi memburu Rusa dengan menaiki kuda tapi tidak disebut siapa orang Eropah itu dalam tulisannya.
Dengan hanya menaiki kuda tanpa sebarang alas dibelakang kuda itu atau kalaupun ada hanya sejenis alas tempat duduk atau pelana yang diperbuat dari dahan kayu, rusa akan dikejar sehingga dapat ditangkap. Suatu aksi perburuan yang memang mencabar dan bahaya, dan boleh mematahkan leher sekiranya terjatuh, itulah gambaran penulis dalam catatannya.
Penulis menceritakan pengalamannya bersama Keruak ketika memburu, melihat bagaimana kehebatan Keruak mengetuai misi pemburuan. Dalam beberapa kejadian, dimana dengan berkuda saya menaiki cerun bukit yang ditumbuhi lalang yang tinggi, ketika itu Keruak berada dibelakang saya dan diikuti oleh sekumpulan pemburu berada tidak jauh dibelakangnya.
Dibawah sinaran matahari, kelihatan kilauan besi tombak yang digunakan untuk memburu, dengan topi pemburu pelbagai corak yang berwarna, menambah lagi keseronokan meredah cerun bukit yang dilitupi oleh lalang tinggi, bagi mencari mangsa pemburuan yang pertama.
Kadang-kadang kedengaran suara teriakan sahut menyahut sesama mereka, diselangi dengan jenaka. Seekor anjing pemburuan ada dibawa bersama.
Pada waktu pemburuan inilah Keruak menunjukkan dia berada pada tahap terbaiknya, sambil bersahaja,kenyitan matanya, seolah isyarat dia yakin akan mencapai sasaran pemburuannya.
Selepas seharian memburu, dia seperti biasa akan berkumpul bersama ketua-ketua suku yang turut sama semasa memburu, mereka bersembang, menunjukkan satu kepuasan dapat hasil buruan masing-masing.
Kami pernah turut serta dalam beberapa acara perlumbaan, yang terbaik dalam tahun itu semasa hari krismas, penuh kemeriahan, masing-masing akan membawa kuda terbaik mereka dalam acara perlumbaan ini. Keruak sentiasa pastikan pesta rakyat ini berjalan dengan lancar sehingga selesai. Saya melihat dari raut wajahnya tanda kegembiraan, ketika kami berdiri bersebelahan di pentas menentukan pemenang perlumbaan. Dia memang berminat dalam apa juga jenis sukan masa itu. Ada ketika kami ke bendang ketika musim menangkap itek dan burung, dia tidak akan lupa mengungkapkan kata-kata, “ pandei s’kali Tuan,” bila kami berjaya menangkap burung.
Daerah Tempasuk, sangat bertuah kerana mempunyai ketua masyaratkat seperti Arsat, mendiang Dato Merdun dan Gimbad, ketua suku Dusun yang sangat di hormati, dan bagi Keruak, yang saya sifatkan seorang pemipin yang berkarisma, dimana sentuhan semulajadinya sebagai seorang pemimpin,ibarat mengatasi kekuatan senjata rifle.
Saya tentu sekali tidak akan melupakan insan yang benama Keruak ini, kalaupun saya ada kesempatan pergi semula kesana, keadaan mungkin sudah banyak berubah.
C.C.L
Tiada ulasan:
Catat Ulasan