KU INGIN JADI SPY
Mungkin ramai dikalangan kita pernah melihat filem Mat Bond keluaran Cathay Kris 1967.
Antara lirik lagunya,
“ Ku ingin jadi spy...spy...oh spy
Mengintip semua rahsia...
Pistolku panjang melempai
Bang!....bang!
Oh Batman or Superman
They are all my friend...”
Tapi itu bukanlah yang mau di cerita disini, kisah yang mahu dibawa adalah kisah sebenar dua orang perisik British yang menjadi agen perisik kepada Rusia semasa perang era perang dingin.
Tidak dinafikan era perang dingin adalah suatu zaman yang penuh dengan kecurigaan, ketakutan dan ancaman.
Tidak tahu siapa yang boleh dipercayai atau taglinenya, “Trust No One”.
Maka muncullah apa yang digelar sebagai “Double Agent”. Burgess dan Maclean serta pasangan Harry dan Ethel adalah antara perisik keluaran zaman perang dingin yang benar-benar “pro”.
Nama-nama ini sinonim dengan dunia perisikan atau spy, tipu helah dan skandal.
Arkib Kebangsaan Britian (The National Archive), baru- baru ini telah mengeluarkan buat pertama kali, kisah sebenar mereka yang diceritakan dengan menarik mengenai siapakah mereka, mengapa mereka sanggup mengkhianati negara dan bagaimana, mereka kekal tidak dikesan dalam tempoh yang sangat lama.
Guy Burgess and Donald Maclean (catalogue reference: FCO 158/6)
Ia bermula secara sederhana dalam sebuah Persatuan Sosial di Universiti Cambridge, dimana “Kim” Philby dipilih menjadi pembantu Bendahari pada 9hb.Mac 1932.
Disinilah bermulanya perjalanan hidup mereka sebagai agen perisik, bila berkenalan dengan dua pengembara, Donald Maclean dan Guy Burges.
Dua tahun kemudian Philby direkrut menjadi perisik oleh seorang pegawai agen perisik Rusia, Arnold Switch. Dia juga membawa Maclean dan Burgess. Dari permulaan yang sederhana inilah, legendari lima perisik dari universiti Cambridge, lahir.
Selepas meninggalkan Cambridge, Burgess dan Maclean memutuskan hubungan dengan dunia komunisma, mereka dengan pantas membina karier dalam pentadbiran kerajaan British.
Maclean lulus dengan cemerlang peperiksaan Pejabat Luar British (Foreign Office) dengan cemerlang dan menjadi salah seorang diplomat muda kerajaan Britiah sekitar tahun 1930 dan 1940han.
Laluan karier Burgess lebih menarik, mula sebagai pembantu kepada seorang Ahli Parlimen berhaluan kanan (right-wing MP), ke Eksekutif Jabatan Operasi Rahsia, dan media BBC, sehinggalah sampai juga ke destinasi terakhirnya, Pejabat Luar British.
Misi pertamanya sudah berjaya.
Hampir dua dekad mereka melakukan kerja-kerja perisikan dalam jantung pentadbiran Diplomatik kerajaan British serta dunia perisikan, dan dalam masa yang sama,membekal ribuan dokumen maklumat rahsia kerajaan kepada agen mereka di Rusia. (Orang Sabah bilang, “Dobol agen”)
Melalui fail-fail arkib yang telah diklasifikasi sebagai dokumen bukan rahsia, memberi gambaran yang jelas bagaimana mereka beraksi.
Temu bual dengan rakan-rakan Burgress dan Maclean selepas mereka lari ke Rusia Di tahun 1951, menceritakan dua karakter dalam satu badan, sehingga to tiada siapapun menyangka mereka adalah agen spy kepada negara Rusia. Hebatnya diaorang nie.
Kalau ada pertandingan siapa spy terbaik dunia, mereka tentu tempat kedua dalam cacarta.
Siapa pula duduk di carta pertama, siapa lagi kalau bukan “Mat Bond”, spy Melayu terakhir Malaya.😎
Al Fatihah untuk arwah Mat Sentul, salah seorang pelakun tidak kurang hebat sezaman dengan TS P Ramlee, saya juga terhibur dengan lakonannya dalam filem Mat Bond keluaran tahun 1967, masa itu dibawa oleh bapa ke Padang balai polis Kepayan tengok wayang Layar Putih di Padang bola. Maklumlah anak Polislah katakan.
Maclean adalah seorang diplomat British yang hebat, Di tahun 1938, dia mula dapat perhatian dan seorang diplomat senior memberi komen, ketika Maclean di naikkan pangkat ke Kedutaan British di Perancis, menyifatkan dia sebagai seorang yang baik, bijak dan bersungguh-sungguh dalam kerjanya.
“Dia juga seorang yang segak dan kami menjangka dia akan terus cemerlang sebagai displomat di Perancis nanti” tambah pegawai senior itu.
Komen dari seorang kawannya, walaupun Maclean sudahpun beralih ke Rusia, dia masih tidak percaya bahawa dia akan menjadi seorang agen perisik komunis dan masih melabel kawannya itu sebagai seorang yang berfahaman liberal. Dia mengelar Maclean seorang “Wolley Liberal “ (FCO158/186)
Burgess pula mempunyai karakter yang sangat berbeza. Dokumen fail Arkib Kebangsaan British menceritakan secara terperinci tentang karier hidupnya, termasuk masa dia bekerja di Jabatan Perisikan Rahsia British(SOE) dan perlantikannya menjadi seorang agen M16.
Cuba teka siapa agaknya yang melantiknya, kalau bukan sahabat lamanya,Anthony Blunt, salah seorang pengasas “Cambridge Five” (KV2/4101).
Komen seorang lagi sahabat diplomatnya, Gladwyn Jebb, seorang pegawai senior “Foreign Office” , “ saya melihat Burgress seorang yang memang “ brilliant” bijak tahap tinggi, juga punya watak yang menarik, tapi, dia juga membuatkan saya, secara jujur, ada rasa tidak selesa dengannya”.
Hidup dalam dua alam, tidak kekal lama, tempoh masa sebelum mereka berpaling tadah ke Rusia, Burgess dan Maclean, mula nampak tidak keruan.
Pada musim luruh, tahun 1949, Burgess melawat Giblater dan Tangiers.
Disana,mula nampak karakter sebenarnya, menyebabkan pegawai Keselamatan Pertahanan Giblater membuat aduan ke M16.(Perkhidmatan Perisikan Rahsia kerajaan British)
Burgess dilihat berbicara secara terbuka maklumat rahsia yang sensetif mengenai M15 dan M16 dengan orang asing dan berkelakuan pelik.
Dia mula menjadi seorang pemabuk, lebih teruk dari mabuknya orang Giblator masa itu.
(Oh patutlah, kena bahana arak rupanya. Kalau dia di Sabah, lama sudah dia kasi bocor rahsia,sebab disini ada “montoku”. Kalau mau tau apa dia, kena datang Sabah.🤔)
Masih panjang lagi ceritanya,bagus juga simpan bahagian kedua nanti.
Macam-macam kisah hidup manusia.
Jaga diri,Jaga keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan