Rabu, 25 Ogos 2021

Once Upon a time in Bajau Land.

 Salam, saya ingin melontarkan satu pandangan berhubung asal usul Bajau Samah secara kajian literasi secara umum dan ringkas,berhubung kait dengan Bajau Samah dengan istilah orang Laut.


Semuga pandangan saya ini boleh kita kupas dengan lebih lanjut.

Sejarah mainstream bersetuju bahawa suku Bajau Samah yang ramai menetap disebelah Pantai Barat Sabah berasal dari beberapa tempat, antaranya dari Semenanjung Tanah Melayu atau dari Pilipina. Ramai penulis barat menyokong pandangan ini antaranya Thomas Forest,dll.

Saya suka berpolemik disini sekadar diskusi minda, bahawa sebenarnya suku Bajau-Samah ini bukan berasal dari luar malah penduduk tempatan atau orang asal di Sabah satu masa dan ketika dahulu. Mereka sama seperti suku dipedalaman seperti suku Murut dan Dusun yang menetap dipedalaman sejak ratusan kalaupun tidak ribuan tahun dahulu. Kalau mereka di pedalaman,maka orang Bajau Samah pula menetap dipersisiran pantai Barat Sabah.

Bermakna penduduk awal menetap di Sabah beratus tahun dan mungkin beribu tahun dahulu suda ada di pesisir pantai ataupun dipedalaman Sabah.


Orang Laut Bajau-Samah ke Pantai Barat Sabah, penghijrahan kedua 


Pada 1699,bila Sultan Mahmud Shah II telah mangkat maka , berakhirlah era keunggulan Orang Laut diera kerajaan Riau-Lingga dan diganti pula oleh suku Bugis menguasai kerajaan Johor lama. 

Maka bertebaranlah suku orang Laut ke merata tempat sejauh Borneo, selatan mindanau dan pantai Barat Sabah. Bukti keujudan suku orang laut yang berhijrah ke sini masih disimpan dengan rapi oleh para warisnya sehingga kehari ini.

Persoalanya, sebelum orang Laut berhijrah ke sini, adakah orang Bajau-Samah lebih awal dari mereka? Ini menarik untuk dibincangkan.


Sumbernya tidak lain tidak bukan adalah sumber sejarah Brunei.


Hubungan Sultan Abdul Kahar dengan Sama-Bajau 


Dikisahkan dalam Silsilah Kesultanan Melayu Brunei sekitar tahun 1735 (Abu

Bakar 1995). Ia mengenai perkahwinan Sultan Abdul Kahar dengan seorang

puteri Bajau yang telah melahirkan seorang putera yang diberi gelaran Bendahara Seri Maharaja Sakam. 


Beliau yang bersaudara dengan Sultan Saiful Rizal itu telah diberikan kuasa oleh Brunei untuk memerintah Tanah Bajau yang meliputi Utara Borneo (Sabah) hingga ke Pulau Luzon.


Siapakah orang Bajau Yang menetap Di "Tanah Bajau" itu.?


Bendahara Seri Maharaja Sakam terkenal sebagai orang yang gagah

dan pada tahun 1578 telah berjasa kepada Brunei kerana menyelamatkan

Kesultanan Melayu Brunei daripada jatuh ke tangan kuasa Sepanyol. Ketika

Sultan Brunei berundur ke daerah pedalaman untuk menggelak dari serangan

tentera Spanyol (Sweeney 1967),

Bendahara Sakam telah mematahkan

serangan asing itu dan memulihkan takhta pemerintahan Sultan Saiful Rizal sebagai Sultan Brunei.


Daripada sumber ini,ternyata suku Bajau Sama sudah ujud Di wilayah "Tanah Bajau yang meliputi Utara Borneo (Sabah) hingga ke Pulau Luzon."


Kenapa manuskrip Brunei ini menyebut Tanah Bajau?


Bermakna keberadaan orang Bajau  atau kita radu sajalah guna istilah "Bajau-Samah" sudah ujud disini seawal abad ke 16 lagi kalau mengikut sejarah Bendahara Sakam di tahun 1578(perang Kastila). Saya pasti suku ini sudah berada disini Lebih awal lagi. siapakah mereka, adakah mereka juga dalam kategori orang Laut wilayah nusantara, ataupun sudah menetap dipesisir pantai Barat Sabah sejak ratusan kalaupun tidak ribuan tahun dahulu.


Amat malang sekali kajian akreologi lebih tertumpu di sebelah pantai Timur Sabah kerana disana terdapat banyak gua yang usianya beribu tahun seperti gua Madai dan lain-lain.


Tapi saya yakin sekiranya pihak Muzium mengorak langkah besar untuk membuat kajian akreologi di sebelah pantai Barat Sabah,tentu sekali ada penemuan-penemuan baru yang mungkin akan mengubah penulisan sejarah awal Sabah. 


Kalau Sarawak ada enam kerajaan yang telah pupus seperti iaitu kerajaan Santubong,kalaka,Saribas dan Malanau yang ujud seawal abad ke 10, tidak mustahil ujud kerajaan kuno atau suatu peradaban telah ujud di persisir pantai barat Sabah.


Catatan Brunei juga Ada menyebut Sultan Bolkiah Sultan Brunei Yang ke 5( 1485-1524) 


Pemerintahan baginda dikenali sebagai Era Kegemlilangan Emas bagi Brunei kerana jajahannya ketika itu meliputi ke seluruh Kepulauan Borneo dan Kepulauan Filipina.


Ada satu lagenda di sebelah pantai Barat Utara yang mengaitkan Sultan Bolkiah(nakhoda Ragam) iaitu lagenda Nakhoda Ragam dan isterinya Puteri Milau. 


Dalam lagenda itu dikatakan dia dikatakan telah singgah keberapa tempat dan akhirnya mangkat sebelum dia kembali semula ke Brunei.Hanya satu lagenda tapi juga satu sumber lisan yang menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia di sebelah pantai Barat Utara,siapakah mereka, pengkaji sejarah tempatan  perlu menyingsing lengan lagi nampaknya.


Dalam syair Awang Simaun juga ada menyebut Bajau. 


This argument is most plausible if one were to take the Royal Genealogy of the Rulers of Brunei (Silsilah Raja-Raja Berunai) and the Syair Awang Simawn. In the Silsilah edited by Amin P.L. Sweeney in 1968, the term Saba is mentioned at least six times, each time denoting the direction in opposite of Brunei proper. For instance, “sepenampang arah ke Saba, dan pakerman besar dan pakeman damit dan hawang hawang bersembah sepenampang arah kekulu,” “Dan bermula hawang hawang tanah huku dan tanah Saba,” “ “ra’yat Sultan Muhiuddin, orang disebelah pehak hulu; dan akan ra’yat Sultan Abdul Mubin, orang disebelah pehak Saba,” “kenegeri Kinarut disebelah Saba,” “Negeri disebelah Saba, iaitu negeri Kimanis.”16 While each of these six instances could denote different meanings, either as direction opposite to Brunei, or “downstream or seawards” from Brunei, or “down the Brunei River” and specific names found in present-day Sabah, the term generally refers to the territory that constitutes present-day Sabah. By drawing on this Brunei Malay evidence, Maxwell seemed to have managed to put the case to rest. Well, at least for a time. But it was the North Borneo Company and the subsequent rulers which eventually made the term synonymous with the territory or the new state of Sabah.


Manuskrip lama ini Ada menyebut  dua sultan iaitu Sultan Mubin Dan Sultan Muhyiddin.Kedua-dua Sultan ini terlibat dalam perang saudara yang dikenali sebagai perang Cermin selama 12 tahun dimana Sultan Hakkul Mubin dikatakan menguasai "seluroh tanah Bajau disebelah Saba,” Zaman itu berada disekitar tahun  1662 hingga 1673.Dipercayai kubu Hakkul Mubin ada di Kinarut sekarang. Kinarut adalah salah satu daerah yang ramai didiami oleh suku Bajau-Samah sehingga kehari ini.

Yang menariknya waris Sultan Hakkul Mubin masih ujud dan dapat dikesan sehingga kehari ini. siapakah mereka?


Berdasarkan teks Sejarah Brunei ini, menunjukkan ada satu kawasan atau daerah atau wilayah yang diberi nama, Tanah Bajau.


 Bermakna wilayah Tanah Bajau itu telah ujud selama 200 tahun dari abad 16 Dan 17 Masehi, malah mungkin "Tanah Bajau" ini telah ujud lebih awal lagi.


Dua pengkaji sejarah tempatan Dari UMS, 

Bilcher Bala and Baszley Bee B. Basrah Bee telah membuat satu kajian Sejarah penempatan dan perdagangan awal di utara Sabah abad ke-10 hingga ke-19.


Dalam Abstract kajian mereka yang telah diterbitkan pada tahun 2007, menyebut  mengenai kewujudan petempatan dan pelabuhan purba sebelum abad ke-19 di utara Sabah


Menggunakan gabungan metodologi kajian arkeologi dan sejarah, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa kawasan utara tersebut telah pun menerima pengaruh dan kedatangan para pedagang Cina secara aktif seawal abad ke-10 lagi.


 Rekod-rekod Barat pula menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah dikenali oleh dunia Barat seawal abad ke-16 lagi.


Sumber-sumber ini menjustifikasikan bahawa perkembangan sejarah petempatan dan perdagangan telah membawa perubahan kepada kepulauan Borneo dan Asia Tenggara umumnya. Sumber tersebut dalam bentuk bahan arkeologi dan rekod sejarah telah dikumpul dan didokumentasikan. Interpretasi ke atas dua tapak petempatan dan berkemungkinan pernah menjadi pelabuhan suatu ketika dahulu telah dimenghasilkan pandangan bahawa Marudu dan Pulau Balambangan adalah dua tapak tertua untuk zaman Proto dan Pertengahan Sabah.


Alexander Dalrymple, seorang Hydrographer berbangsa Scotland telah membuat perjanjian dengan ketua masyarakat Tempasuk Dan Abai pada 26hb Julai,1762, lebih seratus tahun sebelum kedatangan British ke Tempasuk. Tujuan asal Dalrymple ialah untuk menjadikan pulau Balambangan sebagai pusat entrepot kepada pentadbiran British East India Company dirantau ini. Dalrymple telah membuat empat triti atau perjanjian persefahaman dengan kesultanan Sulu antara tahun 1761 Dan 1764 yang turut melibatkan kebenaran untuk membuka Balambangan.(Asian and African Studies Blog)


Apa yang menarik, Dalrymple juga telah membuat perjanjian dengan ketua masyarakat Tempasuk Dan Abai pada26hbJulai,1762 yang dipanggil sebagai Triti Bira Birapan yang memberikan pulau Usukan Dan tanah Bira disebelah selatan Abai untuk membuka ladang lada.(North Borneo: A Collective History ed by Lim Pitt Kent). Dicatatkan juga bahawa ketua masyarakat Tempasuk dan Abai ketika itu mewakili sekitar 20,000 penduduk dan berdiri sendiri atau tidak berada dibawah kuasa Sulu Dan Brunei.Siapakah mereka?


Daripada dapatan literasi ini, saya beranggapan bahawa suku Bajau-Samah ada kemungkinan suku tersendiri yang pada awalnya  tidak ada kaitan secara langsung dengan orang Laut yang bertebaran di seluruh perairan nusantara.Kaitan mereka adalah setelah penghijrahan kedua suku orang laut ke sini diabad ke 17.


 Istilah  Bajau dan Samah disambungkan menunjukkan kesediaan mereka untuk berasimilasi dibawah kuasa kerajaan dahulu dan menghadapi musuh yang sama iaitu pihak penjajah eropah.


Siapakah mereka, orang Laut,orang asal ataupun mungkin peninggalan kerajaan Srivijaya yang  menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan