Coretan si pesakit Covid19.
Dalam ucapan sulung Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan, YAB Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakub, dia menggunakan istilah "keluarga Malaysia" sebagai asas kepada pentadbiran kerajaan yang bakal digalasnya.
Dia mengelak untuk menggunakan istilah kerajaan PN atau Kerajaan BN seperti yang diharap oleh sesetengah pihak diluar.
Istilah "keluarga Malaysia" mempunyai makna yang mendalam dalam konteks kesatuan dan perpaduan negara Malaysia.
Sejak merdeka pelbagai usaha dibuat untuk terus mengukuh dan membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu.
Persoalanya sejauh manakah pencapaian Kita.
Selain Rukun Negara Yang telah digubal pada tahun 1957, ada satu lagi Dasar yang penting tapi tidak begitu banyak mendapat liputan dimedia sosial iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK) yang telah diperkenal dan digubal pada tahun 1971.
Setelah Lima puluh tahun keujudannya rasanya perlu kita lihat semula akan keberkesanannya kepada mengukuh semangat perpaduan dan kesatuan dikalangan rakyat Malaysia.
Perbincangan mengenai DKK ada dibuat menerusi laman Facebook Agensi Pembangunan Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA),pada 14 Ogos 2021 yang lalu.
Tajuk perbincangan ialah " Kongres Kebudayaan Kebangsaan(KKK): Kemana Selepas 50 Tahun?"
Kesimpulan daripada perbincangan ini ialah DKK dilihat gagal menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,manakala agama Islam dan Melayu dilihat terlalu mendomisi sehingga orang bukan Islam dan Melayu merasa terpinggir.
Antara Komen menarik datang dari salah seorang penalis, Artis visual,Yee I-Lan, yang berpendapat DKK ialah polisi yang memperlihatkan dominisi Semenanjung di dalam Malaysia sedangkan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung, Sabah Dan Sarawak.Katanya, Semenanjung seharusnya memasukkan semangat Malaysia dan bukan hanya mengharapkan Sabah Dan Sarawak berbuat demikian.DKK harus mengambil kira masyarakat Di Borneo .
Hakikatnya, konsep membentuk bangsa adalah evolusi budaya dan kehidupan yang sangat panjang dan sangat sukar.
Identiti sesuatu bangsa itu unik,terbentuk dengan ciri dan pemikiran tersendiri dan tidak dapat dijelmakan melalui hanya dengan pelaksanaan sesuatu dasar.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang diperkenalkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu digubal berdasarkan tiga prinsip.
- Budaya kebangsaan mesti berdasarkan budaya Melayu;
- Unsur-unsur yang sesuai dari budaya lain boleh diterima sebagai sebahagian daripada budaya kebangsaan, dan
- Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
Seperti biasa bangsa bukan Melayu dan bukan beragama Islam, melihat Dasar ini sebagai "bias" seperti yang dilontarkan oleh panelis Yee I-Lan.
Puak liberalis, yang ramai menanggotai parti PH, melihat DKK dibuat berdasarkan dominasi sesuatu kaum atau agama.
Malah kerajaan PH ketika itu sedang merangka DKK yang baru yang akan memfokus pembinaan identiti "Malaysia" dan mendakwa kerajaan terdahulu,BN gagal mempromosi perpaduan negara.Adakah benar kenyataan mereka ini masih perlu terus diperdebatkan.
Keadaan politik Malaysia sekarang sudah banyak berubah. Monopoli politik yang digenggam oleh kerajaan BN-UMN0 selama 60 tahun akhirnya gugur juga pada Malam 8hb Mei,2018.
Selepas PH memerintah, Dasar Dasar lama seperti mengutamakan Ketuanan Melayu semakin terpinggir.
Dalam situasi negara sedang berhadapan dengan kemelut Covid 19, pentas politik Malaysia turut bergolak seketika dan alhamdulillah YDPA telah dengan bijaksana menggunakan kuasa yang ada padanya sebagai YDPA, berjaya meredakan kembali dengan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakub.
Adakah laluan politik negara Kita tidak sama sudah seperti dulu dizaman BN-UMNO? Sedangkan Perdana Menteri kita yang baru adalah juga dari UMNO.
Kita tidak mahu berpanjang lebar mengulasnya.
Yang menarik YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakub memulakan paluan gendang kerajaan barunya dengan satu kenyataan yang biasa kita dengar hari-hari iaitu "Keluarga". Dia mahu kita selamatkan "Keluarga Malaysia" menghadapi kemelut yang sedang negara hadapi sekarang.
Biarlah para penggubal Dasar menghalusi konsep keluarga Malaysia dalam skop yang lebih luas kearah melahirkan sebuah negara Malaysia yang lebih bersatu padu, berbudaya tinggi untuk membina negara Malaysia dengan lebih Maju Aman dan Merdeka.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Dari katil no 4, Isolation 4, tkt.7 HQE I Kota Kinabalu.
Roslan Masran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan