Bila membaca sejarah negeri kita, semacam ada "missing link" disana-sini. Sejarah kita macam terputus-putus, macam kekurangan oksigen untuk bernafas dengan lancar dan tenang.
Selama ini kita dihidangkan dengan pengaruh sejarah Brunei Dan Sulu, kedatangan penjajah British dan penghijrahan suku Baju Samah dari kepulauan Lingga ke sini, sejarah suku pedalaman Di Sabah dan sejarah awal Cina yang pernah bertapak di Kinabalu.
Seolah-olah jalan sejarah Kita terpisah-pisah dan tidak sejajar. Saya berpendapat Kita harus menulis semula sejarah kita agar ia kelihatan lebih cantik dan mengalir dengan senada.
Saya percaya faktor dalaman memainkan peranan dalam merungkai sejarah kita daripada faktor luaran yang seolah menentukan bentuk dan jiwa sejarah kita.
Sebagai contoh,rakyat Sabah memang terkenal dengan sifat toleransinya yang begitu tinggi sehingga diakui oleh rakan-rakan kita dari Semenanjung.
Kalau Di Sabah, perbezaan agama, budaya dan kepercayaan bukan menjadi masalah untuk Kita hidup saling santun menyantuni antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan dalam satu keluarga di Sabah, memang ada saja perkahwinan campur antara mereka, belum cerita lagi hubungan keluarga sudah beratus tahun ujud dikalangan suku Dusun,Bajau, Cina,Sungai,Suluk dan lain-lain.
Adakah suasana harmoni ini tiba-tiba ujud begitu saja,rasanya tidak.Ia telah melalui proses asimilasi yang panjang dalam sejarah negeri ini.
Saya percaya mesti ada "touch-point" atau beberapa "touch-point" dalam sejarah Kita bagaimana mana nenek moyang kita berintetaksi dizaman dahulu.
Penulisan sejarah memang penting agar tidak berlaku "distortion" dan "manipulation" of history yang menyebabkan masyarakat kita melihat sejarah dengan lensa yang salah dan ini memang bahaya dan patut dielakkan.
Kita perlu bersikap adil dalam menilai sejarah dan melihat semua suku kaum penyumbang kepada kekuatan yang ada pada sejarah Kita.
Kita tidak boleh terlalu "outside centric" ataupun terlalu " inside centric."
Indonesia dengan slogan " Bhinneka Tunggal Ika" bermaksud kesatuan Dalam kepelbagaian, mereka berjaya meluruskan sejarah mereka yang berakar umbi hingga ke sejarah Srivijaya malah lebih awal dari itu.
Mungkin kita tidaklah sehebat sejarah mereka,tapi Kita perlu mengukuhkan asas sejarah Kita. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah digubal,perlu lebih banyak mengambil elemen sejarah Sabah dan Sarawak,bukan setakat sejarah kerajaan Melayu Melaka,kerana kita juga punya sejarah awal yang unik dan tersendiri di sebelah wilayah Borneo.
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan