Rabu, 25 Ogos 2021

Once Upon a time in Bajau Land.

 Salam, saya ingin melontarkan satu pandangan berhubung asal usul Bajau Samah secara kajian literasi secara umum dan ringkas,berhubung kait dengan Bajau Samah dengan istilah orang Laut.


Semuga pandangan saya ini boleh kita kupas dengan lebih lanjut.

Sejarah mainstream bersetuju bahawa suku Bajau Samah yang ramai menetap disebelah Pantai Barat Sabah berasal dari beberapa tempat, antaranya dari Semenanjung Tanah Melayu atau dari Pilipina. Ramai penulis barat menyokong pandangan ini antaranya Thomas Forest,dll.

Saya suka berpolemik disini sekadar diskusi minda, bahawa sebenarnya suku Bajau-Samah ini bukan berasal dari luar malah penduduk tempatan atau orang asal di Sabah satu masa dan ketika dahulu. Mereka sama seperti suku dipedalaman seperti suku Murut dan Dusun yang menetap dipedalaman sejak ratusan kalaupun tidak ribuan tahun dahulu. Kalau mereka di pedalaman,maka orang Bajau Samah pula menetap dipersisiran pantai Barat Sabah.

Bermakna penduduk awal menetap di Sabah beratus tahun dan mungkin beribu tahun dahulu suda ada di pesisir pantai ataupun dipedalaman Sabah.


Orang Laut Bajau-Samah ke Pantai Barat Sabah, penghijrahan kedua 


Pada 1699,bila Sultan Mahmud Shah II telah mangkat maka , berakhirlah era keunggulan Orang Laut diera kerajaan Riau-Lingga dan diganti pula oleh suku Bugis menguasai kerajaan Johor lama. 

Maka bertebaranlah suku orang Laut ke merata tempat sejauh Borneo, selatan mindanau dan pantai Barat Sabah. Bukti keujudan suku orang laut yang berhijrah ke sini masih disimpan dengan rapi oleh para warisnya sehingga kehari ini.

Persoalanya, sebelum orang Laut berhijrah ke sini, adakah orang Bajau-Samah lebih awal dari mereka? Ini menarik untuk dibincangkan.


Sumbernya tidak lain tidak bukan adalah sumber sejarah Brunei.


Hubungan Sultan Abdul Kahar dengan Sama-Bajau 


Dikisahkan dalam Silsilah Kesultanan Melayu Brunei sekitar tahun 1735 (Abu

Bakar 1995). Ia mengenai perkahwinan Sultan Abdul Kahar dengan seorang

puteri Bajau yang telah melahirkan seorang putera yang diberi gelaran Bendahara Seri Maharaja Sakam. 


Beliau yang bersaudara dengan Sultan Saiful Rizal itu telah diberikan kuasa oleh Brunei untuk memerintah Tanah Bajau yang meliputi Utara Borneo (Sabah) hingga ke Pulau Luzon.


Siapakah orang Bajau Yang menetap Di "Tanah Bajau" itu.?


Bendahara Seri Maharaja Sakam terkenal sebagai orang yang gagah

dan pada tahun 1578 telah berjasa kepada Brunei kerana menyelamatkan

Kesultanan Melayu Brunei daripada jatuh ke tangan kuasa Sepanyol. Ketika

Sultan Brunei berundur ke daerah pedalaman untuk menggelak dari serangan

tentera Spanyol (Sweeney 1967),

Bendahara Sakam telah mematahkan

serangan asing itu dan memulihkan takhta pemerintahan Sultan Saiful Rizal sebagai Sultan Brunei.


Daripada sumber ini,ternyata suku Bajau Sama sudah ujud Di wilayah "Tanah Bajau yang meliputi Utara Borneo (Sabah) hingga ke Pulau Luzon."


Kenapa manuskrip Brunei ini menyebut Tanah Bajau?


Bermakna keberadaan orang Bajau  atau kita radu sajalah guna istilah "Bajau-Samah" sudah ujud disini seawal abad ke 16 lagi kalau mengikut sejarah Bendahara Sakam di tahun 1578(perang Kastila). Saya pasti suku ini sudah berada disini Lebih awal lagi. siapakah mereka, adakah mereka juga dalam kategori orang Laut wilayah nusantara, ataupun sudah menetap dipesisir pantai Barat Sabah sejak ratusan kalaupun tidak ribuan tahun dahulu.


Amat malang sekali kajian akreologi lebih tertumpu di sebelah pantai Timur Sabah kerana disana terdapat banyak gua yang usianya beribu tahun seperti gua Madai dan lain-lain.


Tapi saya yakin sekiranya pihak Muzium mengorak langkah besar untuk membuat kajian akreologi di sebelah pantai Barat Sabah,tentu sekali ada penemuan-penemuan baru yang mungkin akan mengubah penulisan sejarah awal Sabah. 


Kalau Sarawak ada enam kerajaan yang telah pupus seperti iaitu kerajaan Santubong,kalaka,Saribas dan Malanau yang ujud seawal abad ke 10, tidak mustahil ujud kerajaan kuno atau suatu peradaban telah ujud di persisir pantai barat Sabah.


Catatan Brunei juga Ada menyebut Sultan Bolkiah Sultan Brunei Yang ke 5( 1485-1524) 


Pemerintahan baginda dikenali sebagai Era Kegemlilangan Emas bagi Brunei kerana jajahannya ketika itu meliputi ke seluruh Kepulauan Borneo dan Kepulauan Filipina.


Ada satu lagenda di sebelah pantai Barat Utara yang mengaitkan Sultan Bolkiah(nakhoda Ragam) iaitu lagenda Nakhoda Ragam dan isterinya Puteri Milau. 


Dalam lagenda itu dikatakan dia dikatakan telah singgah keberapa tempat dan akhirnya mangkat sebelum dia kembali semula ke Brunei.Hanya satu lagenda tapi juga satu sumber lisan yang menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia di sebelah pantai Barat Utara,siapakah mereka, pengkaji sejarah tempatan  perlu menyingsing lengan lagi nampaknya.


Dalam syair Awang Simaun juga ada menyebut Bajau. 


This argument is most plausible if one were to take the Royal Genealogy of the Rulers of Brunei (Silsilah Raja-Raja Berunai) and the Syair Awang Simawn. In the Silsilah edited by Amin P.L. Sweeney in 1968, the term Saba is mentioned at least six times, each time denoting the direction in opposite of Brunei proper. For instance, “sepenampang arah ke Saba, dan pakerman besar dan pakeman damit dan hawang hawang bersembah sepenampang arah kekulu,” “Dan bermula hawang hawang tanah huku dan tanah Saba,” “ “ra’yat Sultan Muhiuddin, orang disebelah pehak hulu; dan akan ra’yat Sultan Abdul Mubin, orang disebelah pehak Saba,” “kenegeri Kinarut disebelah Saba,” “Negeri disebelah Saba, iaitu negeri Kimanis.”16 While each of these six instances could denote different meanings, either as direction opposite to Brunei, or “downstream or seawards” from Brunei, or “down the Brunei River” and specific names found in present-day Sabah, the term generally refers to the territory that constitutes present-day Sabah. By drawing on this Brunei Malay evidence, Maxwell seemed to have managed to put the case to rest. Well, at least for a time. But it was the North Borneo Company and the subsequent rulers which eventually made the term synonymous with the territory or the new state of Sabah.


Manuskrip lama ini Ada menyebut  dua sultan iaitu Sultan Mubin Dan Sultan Muhyiddin.Kedua-dua Sultan ini terlibat dalam perang saudara yang dikenali sebagai perang Cermin selama 12 tahun dimana Sultan Hakkul Mubin dikatakan menguasai "seluroh tanah Bajau disebelah Saba,” Zaman itu berada disekitar tahun  1662 hingga 1673.Dipercayai kubu Hakkul Mubin ada di Kinarut sekarang. Kinarut adalah salah satu daerah yang ramai didiami oleh suku Bajau-Samah sehingga kehari ini.

Yang menariknya waris Sultan Hakkul Mubin masih ujud dan dapat dikesan sehingga kehari ini. siapakah mereka?


Berdasarkan teks Sejarah Brunei ini, menunjukkan ada satu kawasan atau daerah atau wilayah yang diberi nama, Tanah Bajau.


 Bermakna wilayah Tanah Bajau itu telah ujud selama 200 tahun dari abad 16 Dan 17 Masehi, malah mungkin "Tanah Bajau" ini telah ujud lebih awal lagi.


Dua pengkaji sejarah tempatan Dari UMS, 

Bilcher Bala and Baszley Bee B. Basrah Bee telah membuat satu kajian Sejarah penempatan dan perdagangan awal di utara Sabah abad ke-10 hingga ke-19.


Dalam Abstract kajian mereka yang telah diterbitkan pada tahun 2007, menyebut  mengenai kewujudan petempatan dan pelabuhan purba sebelum abad ke-19 di utara Sabah


Menggunakan gabungan metodologi kajian arkeologi dan sejarah, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa kawasan utara tersebut telah pun menerima pengaruh dan kedatangan para pedagang Cina secara aktif seawal abad ke-10 lagi.


 Rekod-rekod Barat pula menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah dikenali oleh dunia Barat seawal abad ke-16 lagi.


Sumber-sumber ini menjustifikasikan bahawa perkembangan sejarah petempatan dan perdagangan telah membawa perubahan kepada kepulauan Borneo dan Asia Tenggara umumnya. Sumber tersebut dalam bentuk bahan arkeologi dan rekod sejarah telah dikumpul dan didokumentasikan. Interpretasi ke atas dua tapak petempatan dan berkemungkinan pernah menjadi pelabuhan suatu ketika dahulu telah dimenghasilkan pandangan bahawa Marudu dan Pulau Balambangan adalah dua tapak tertua untuk zaman Proto dan Pertengahan Sabah.


Alexander Dalrymple, seorang Hydrographer berbangsa Scotland telah membuat perjanjian dengan ketua masyarakat Tempasuk Dan Abai pada 26hb Julai,1762, lebih seratus tahun sebelum kedatangan British ke Tempasuk. Tujuan asal Dalrymple ialah untuk menjadikan pulau Balambangan sebagai pusat entrepot kepada pentadbiran British East India Company dirantau ini. Dalrymple telah membuat empat triti atau perjanjian persefahaman dengan kesultanan Sulu antara tahun 1761 Dan 1764 yang turut melibatkan kebenaran untuk membuka Balambangan.(Asian and African Studies Blog)


Apa yang menarik, Dalrymple juga telah membuat perjanjian dengan ketua masyarakat Tempasuk Dan Abai pada26hbJulai,1762 yang dipanggil sebagai Triti Bira Birapan yang memberikan pulau Usukan Dan tanah Bira disebelah selatan Abai untuk membuka ladang lada.(North Borneo: A Collective History ed by Lim Pitt Kent). Dicatatkan juga bahawa ketua masyarakat Tempasuk dan Abai ketika itu mewakili sekitar 20,000 penduduk dan berdiri sendiri atau tidak berada dibawah kuasa Sulu Dan Brunei.Siapakah mereka?


Daripada dapatan literasi ini, saya beranggapan bahawa suku Bajau-Samah ada kemungkinan suku tersendiri yang pada awalnya  tidak ada kaitan secara langsung dengan orang Laut yang bertebaran di seluruh perairan nusantara.Kaitan mereka adalah setelah penghijrahan kedua suku orang laut ke sini diabad ke 17.


 Istilah  Bajau dan Samah disambungkan menunjukkan kesediaan mereka untuk berasimilasi dibawah kuasa kerajaan dahulu dan menghadapi musuh yang sama iaitu pihak penjajah eropah.


Siapakah mereka, orang Laut,orang asal ataupun mungkin peninggalan kerajaan Srivijaya yang  menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Wallahualam.

Ahad, 22 Ogos 2021

One Upon A Time in Malaysia

 Coretan si pesakit Covid19.



Dalam ucapan sulung Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan, YAB Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakub, dia menggunakan istilah "keluarga Malaysia" sebagai asas kepada pentadbiran kerajaan yang bakal digalasnya. 

Dia mengelak untuk menggunakan istilah kerajaan PN atau Kerajaan BN seperti yang diharap oleh sesetengah pihak diluar. 

Istilah "keluarga Malaysia" mempunyai makna yang mendalam dalam konteks kesatuan dan perpaduan negara Malaysia.

Sejak merdeka pelbagai usaha dibuat untuk terus mengukuh dan membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu.

Persoalanya sejauh manakah pencapaian Kita.

Selain Rukun Negara Yang telah digubal pada tahun 1957, ada satu lagi Dasar yang penting tapi tidak begitu banyak mendapat liputan dimedia sosial iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK) yang telah diperkenal dan digubal pada tahun 1971.

Setelah Lima puluh tahun keujudannya rasanya perlu kita lihat semula akan keberkesanannya kepada mengukuh semangat perpaduan dan kesatuan dikalangan rakyat Malaysia.

Perbincangan mengenai DKK ada dibuat menerusi laman Facebook Agensi Pembangunan Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA),pada 14 Ogos 2021 yang lalu.

Tajuk perbincangan ialah " Kongres Kebudayaan Kebangsaan(KKK): Kemana Selepas 50 Tahun?"

Kesimpulan daripada perbincangan ini ialah DKK dilihat gagal menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,manakala agama Islam dan Melayu dilihat terlalu mendomisi sehingga orang bukan Islam dan Melayu merasa terpinggir.

Antara Komen menarik datang dari salah seorang penalis, Artis visual,Yee I-Lan, yang  berpendapat DKK ialah polisi yang memperlihatkan dominisi Semenanjung di dalam Malaysia sedangkan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung, Sabah Dan Sarawak.Katanya, Semenanjung seharusnya memasukkan semangat Malaysia dan bukan hanya mengharapkan Sabah Dan Sarawak berbuat demikian.DKK harus  mengambil kira masyarakat Di Borneo .

Hakikatnya, konsep membentuk bangsa adalah evolusi budaya dan kehidupan yang sangat panjang dan sangat sukar.

Identiti sesuatu bangsa itu unik,terbentuk dengan ciri dan pemikiran tersendiri dan tidak dapat dijelmakan melalui hanya dengan pelaksanaan sesuatu dasar.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang diperkenalkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu digubal berdasarkan tiga prinsip.

- Budaya kebangsaan mesti berdasarkan budaya Melayu;

- Unsur-unsur yang sesuai dari budaya lain boleh diterima sebagai sebahagian daripada budaya kebangsaan, dan

- Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

Seperti biasa bangsa bukan Melayu dan bukan beragama Islam, melihat Dasar ini sebagai "bias" seperti yang dilontarkan oleh panelis Yee I-Lan.

Puak liberalis, yang ramai menanggotai parti PH,  melihat DKK dibuat berdasarkan dominasi sesuatu kaum atau agama.

Malah kerajaan PH ketika itu sedang merangka DKK yang baru yang akan memfokus pembinaan identiti "Malaysia" dan mendakwa  kerajaan terdahulu,BN gagal mempromosi perpaduan negara.Adakah benar kenyataan mereka ini masih perlu terus diperdebatkan.

Keadaan politik Malaysia sekarang sudah banyak berubah. Monopoli politik yang digenggam oleh kerajaan BN-UMN0 selama 60 tahun akhirnya gugur juga pada Malam 8hb Mei,2018.

Selepas PH memerintah, Dasar Dasar lama seperti mengutamakan Ketuanan Melayu semakin terpinggir.

Dalam situasi negara sedang berhadapan dengan kemelut Covid 19, pentas politik Malaysia turut bergolak seketika dan alhamdulillah YDPA telah dengan bijaksana menggunakan kuasa yang ada padanya sebagai YDPA, berjaya meredakan kembali dengan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakub.

Adakah laluan politik negara Kita tidak sama sudah seperti dulu dizaman BN-UMNO? Sedangkan Perdana Menteri kita yang baru adalah juga dari UMNO.

Kita tidak mahu berpanjang lebar mengulasnya.

Yang menarik YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakub memulakan paluan gendang kerajaan barunya dengan satu kenyataan yang biasa kita dengar hari-hari iaitu "Keluarga". Dia mahu kita selamatkan "Keluarga Malaysia" menghadapi kemelut yang sedang negara hadapi sekarang.

Biarlah para penggubal Dasar menghalusi konsep keluarga Malaysia dalam skop yang lebih luas kearah melahirkan sebuah negara Malaysia yang lebih bersatu padu, berbudaya tinggi untuk membina negara Malaysia dengan lebih Maju Aman dan Merdeka.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Dari katil no 4, Isolation 4, tkt.7 HQE I Kota Kinabalu.

Roslan Masran.

Once Upon a time in Sabah II

Should we rewrite our history?

Some says, many changes had taken place in our books right from the Malacca Sultanate onwards. They even further says that many true facts had been amended to create a wrong view of modern history.


Parameswara was a Hindu,Hang Tuah is said to have been Chinese and the Malays cannot stomach this.


In 2006 the member of parliament (MP) for Kelana Jaya, YB Loh Sent Kok complained about "imbalanced" historical textbooks.He says the syllabus of history  textbooks  ignored the contribution of non-bumiputeras and only emphasized on the Islamic civilisation and this does not encourage critical thinking among students.


He suggest a balance historical syllabus, so that younger generation would able to learn about other faiths and cultures, thus will open minds of younger generation to new ideas.


The theories of Malay historian Syed Naquib al-Attas also heavily influence the country’s history textbooks. Al-Attas’ work claims that Islam introduced rationality to the cultures of the Malay world and insists that Islam “liberated” the people from a kind of “dark ages” of pagan, animistic, Hindu-Buddhist traditions. This celebrated by the Ketuhanan Melayu camp but does not goes well to the liberals.They says 

That’s “dangerous,” because it teaches kids “that Malaysia has always been Islamic.”


In 2013, Tun Dr Mahathir Mohamad gave a keynote address at a Perdana Leadership Foundation Forum. He said that there was a need to rewrite Malaysian history books to include problems faced in the past and the steps taken by the government to solve such issues, so as to offer the younger generation a better understanding of the country’s history.


Mahathir’s call was generally well-received by the public as an exhortation to look at history as a living subject that needs continuous discourse


In 2018,in a Forum " Should we rewrite our history textbook" some young activists like Fadiah Nadwa Fikri and Fahmy Reza organised a forum to call for a review of our history textbooks so as to give more accurate narratives of the story of our nation, including the role played and contributions made by leftist groups such as the Communist Party of Malaya (CPM) in the fight for independence.


Also in 2018, Malay language daily Utusan Malaysia recently published a report claiming that Human Resources Minister M Kulasegaran had referred to the Malay community as pendatang, which he denied saying it. This adds another perspective and twist to our history.


Well,as understood, makes the Malay adrenalin goes up.


A never ending polemic and argument, but it's more on Malaya-centic opinion.What about us,who form Malaysia, does we don't have history to mould the nation,of course we have. 

It's just we are " malas" to masuk campur , for us MA63 is our fight till death.


To rewrite, must  from the starting line, where,we may say from pre-colonnial era, proto history. 

Am not suprise,we will offer better floor of oxygen to our Malaysian nation-building using historical lens. 


Roslan Masran.

Khamis, 19 Ogos 2021

Once upon a time in Sabah

Bila membaca sejarah negeri kita, semacam ada "missing link" disana-sini. Sejarah kita macam terputus-putus, macam kekurangan oksigen untuk bernafas dengan lancar dan tenang.


Selama ini kita dihidangkan dengan pengaruh sejarah Brunei Dan Sulu, kedatangan penjajah British dan penghijrahan suku Baju Samah dari kepulauan Lingga ke sini, sejarah suku pedalaman Di Sabah dan sejarah awal Cina yang pernah bertapak di Kinabalu.

Seolah-olah jalan sejarah Kita  terpisah-pisah dan tidak sejajar. Saya berpendapat Kita harus menulis semula sejarah kita agar ia kelihatan lebih cantik dan mengalir dengan senada.

Saya percaya faktor dalaman memainkan peranan dalam merungkai sejarah kita daripada faktor luaran yang seolah menentukan bentuk dan jiwa sejarah kita.

Sebagai contoh,rakyat Sabah memang terkenal dengan sifat toleransinya yang begitu tinggi sehingga diakui oleh rakan-rakan kita dari Semenanjung. 

Kalau Di Sabah, perbezaan agama, budaya dan kepercayaan bukan menjadi masalah untuk Kita hidup saling santun menyantuni antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan dalam satu keluarga di Sabah, memang ada saja perkahwinan campur antara mereka, belum cerita lagi hubungan keluarga sudah beratus tahun ujud dikalangan suku Dusun,Bajau, Cina,Sungai,Suluk dan lain-lain.

Adakah suasana harmoni ini tiba-tiba ujud begitu saja,rasanya tidak.Ia telah melalui proses asimilasi yang panjang dalam sejarah negeri ini.

Saya percaya mesti ada "touch-point" atau beberapa "touch-point" dalam sejarah Kita bagaimana mana nenek moyang kita berintetaksi dizaman dahulu.

Penulisan sejarah memang penting agar tidak berlaku "distortion" dan "manipulation" of history yang menyebabkan masyarakat kita melihat sejarah dengan lensa yang salah dan ini memang bahaya dan patut dielakkan.

Kita perlu bersikap adil dalam menilai sejarah dan melihat semua suku kaum penyumbang kepada kekuatan yang ada pada sejarah Kita.

Kita tidak boleh terlalu "outside centric" ataupun terlalu " inside centric."

Indonesia dengan slogan " Bhinneka Tunggal Ika" bermaksud kesatuan Dalam kepelbagaian, mereka berjaya meluruskan sejarah mereka yang berakar umbi hingga ke sejarah Srivijaya malah lebih awal dari itu.

Mungkin kita tidaklah sehebat sejarah mereka,tapi Kita perlu mengukuhkan asas sejarah Kita. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah digubal,perlu lebih banyak mengambil elemen sejarah Sabah dan Sarawak,bukan setakat sejarah kerajaan Melayu Melaka,kerana kita juga punya sejarah awal yang unik dan tersendiri di sebelah wilayah Borneo.

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.

Rabu, 18 Ogos 2021

Once upon a time in Mindanao


"Juramentado" :

 Serangan berani mati dalam komuniti Moro diFilipina. Oleh: J.Franklin Ewing.S.J

Pengarah,Institiut Frodham University.


Merasa terpanggil untuk membaca skop kajian Professor ini, mengenai sekumpulan pejuang berani mati di Moro yang dipanggil sebagai "Juramentado" yg bermaksud mereka yang telah melakukan sumpah dalam Bahasa Spanyol.


Saya telah menterjemah kajian ini kebahasa Melayu,bagi tujuan perbincangan.


 Mungkin tidak tepat tapi tuan-tuan boleh membaca sendiri versi Inggerisnya

Responden yang ditemui dalam kajian ini adalah sumber premier, responden yang memberikan maklumat yang terbaik, sumber sekunder yg kurang baik banding dengan sumber- premier, beberapa misionari Kristian dari Zamboanga dan juga dari kajian literasi secara kolaboratif.


Secara ringkas,kajian ini mengenai pemuda yang datang dari Pulau Jolo atau Siasi, menuju ke sebuah kawasan penempatan Kristian, dengan hasrat untuk membunuh mereka, dan pemuda itu turut terbunuh.


( Amalan serangan berani mati ini menjadi suatu kebanggaan dikalangan pemuda Moro kerana sejarah penentangan mereka yang panjang selama beratus tahun dengan pihak kuasa luar Spanyol dan Amerika Dari abad ke 16,17 hingga ke 18 masehi.

Budaya serangan nekad ini agak asing bagi kita dan setahu saya tidak ada sumber lisan yg amalan ini ujud di Sabah suatu ketika dahulu. )


Ada kemungkinan semangat jihad yang Ekstrim ini ada meresap kesini. Namun,semangat ingin menentang pihak musuh khususnya dari kuasa asing spt dari Spanyol,Belanda dan British sudah bertapak lama disanubari anak muda dari Suku orang Bajau Laut yg bertebaran di perairan nusantara Dari Riou hinggalah ke selatan Mindanau. Sehingga mereka digelar lanun Laut.


Kisah penentangan penduduk tempatan keatas British di Sabah oleh suku Murut, Dusun,Bajau,sungai Dan Suluk memang ujud, pemberontakan Datu Paduka Mat Salleh satu contoh klasik yang juga ada elemen jihad melawan pihak penjajah dari luar.


 Saya akan cuba kaitkan dengan sejarah dizaman Pgn. Temenggung disini,secara umum dan tidak secara "zooming" kerana kekurangan fakta.)


Pemuda yang melakukan Juramentado ini, biasa mempunyai masalah dalam hidupnya seperti masalah rumahtangga, dimalukan oleh kawan-kawannya, ada Kes dimana pemuda itu tidak mampu membalas dendam atas kematian saudara-maranya yg terbunuh oleh pihak Spanyol,atau berbagai motivasi lain, yang membuatkan dia merancang untuk melakukan, "Juramentado".


Dia akan terlebih dahulu memohon restu kepada kedua orang tua mereka, bila restu ibu bapa telah diperolehi, dia akan mencium kedua kaki dan tangan ibu bapanya. 


Selepas itu akan memohon pula kebenaran Sultan, tapi amalan ini tidak lagi diamal cukup sekadar kebenaran dari ibubapa si "Juramentado".


Pemuda itu akan menyediakan samada Keris,barong atau tombak. Antara tiga alat ini sering jadi pilihan, namun Keris selalu jadi pilihan. Tombak juga sering menjadi pilihan selain Keris. Tombak yang dikenali sebagai "budjak awak-awak, saiz yang agak pendek,tidak lebih dari satu meter panjang Dan sebilah pisau , kira-kira Lima puluh centimeter panjang.

Pemuda Juramentado ini akan mencukur rambutnya serta alis matanya. Disebelah malam, dia akan membakar sejenis kemenyan sambil membaca mantra, berdoa agar usaha serangan Juramentadonya berjaya.


Keesokan harinya sekitar jam 4 subuh, dia akan mandi di sungai sambil mengucap kata-kata doa. Pemuda Moro tadi percaya mandi sungai dengan mantra tertentu menjadikan badannya menjadi kuat seperti besi dan urat-urat badan terasa macam dawai besi. Setelah selesai mandi disungai, pemuda Juramentado tadi akan mengikat kemaluannya secara menegak menggunakan sejenis kulit kayu yg dipanggil abaka. Sebahagian kulit kayu itu juga akan dililit pada lehernya. Selepas memakai pakaian, pemuda itu akan kembali kerumahnya. Sekali lagi dia akan mencium kedua tangan dan kaki orang tuanya. Selepas itu dia akan menjerit " O Tuhan-ko doli tuod ako ( oh Tuhanku rahmatilah Aku).Turun dari rumah dia akan berteriak melafazkan kalimat , Laaillahaillalllah Muhamadrosulullah.


Setibanya dilokasi sasaran, sebuah pasar yang sesak

diawal pagi, dia akan mengeluarkan senjatanya, Dan mula menyerang mana-mana saja orang Kristian didepannya. Serangan pertamanya, dia akan mengunkapkan Kata "Bismillah" tapi tidak lagi mengulangi ungkapan itu untuk serangan seterusnya.


Sekiranya dia terjebak dengan sekumpulan orang Islam , dia akan akan menjerit "Simay Islam" bermaksud jauhkan diri dan beri laluan kerana sasarannya ingin membunuh seramai mungkin orang Kristian.

Insiden serangan berani mati ini digambarkan oleh pengkaji sebagai suatu tindakan berani yang menggila, tanpa kawalan dimana penyerang itu sendiri banyak menerima kecederaan yang teruk sebelum dia sendiri menemui ajalnya. Semasa kejadian ini ramai akan berlari menyelamatkan diri ke gereja atau mana-mana tempat yang selamat.


Selepas kematian si Juramentado tadi, dia percaya dia akan menunggang kuda (kura Sambalin) yang akan membawanya ke syurga dimana empat puluh bidadari akan menunggunya di sana bersedia menjadi isteri- isterinya.


 Disyurga juga dia akan menikmati makanan terbaik yang lazat-lazat yang tergambar olehnya, sentiasa akan terhidang bila mana dia mahu.Disyurga digambar dia tidak perlu lagi membuat apa-apa kerja, dia akan berada dalam suasana yang nyaman.(Mission accomplished) 


Sebenarnya amalan serangan nekad membunuh diri ditengah, tapi tindakan membunuh diri untuk tujuan jihad adalah suatu tindakan yang terhormati dan mulia. Satu tindakan yang bermaruah bagi seorang lelaki Moro di zaman itu.


Literasi kolaboratif.


Sumber dari Responden primer ini sejajar dengan sumber- literasi. Espina(458-9) Dalam catatannya si Juramentado tadi akan akan membasuh diri mereka dan memakai pakaian dan serban serba putih. Dia akan dibekalkan dengan sebuah azimat berupa sebiji batu yang telah dibungkus dalam sehelai kain yang sudah ada diitulis ayat-ayat mantra tertentu yang telah di sediakan oleh seorang pendita.


Pada muka Surat (459) Elena ada mencatat " Ademas,trincan fuer-temente Sus textes, pasando Una Lazada Al miembro con una cinta o cuerdo resistente, que sujetan a la quo sostiene 

Antin-antin."


Dicatatan lain (341-5) Espina mengklasifikasikan Juramentado kepada tiga kategori. Pertama kategori yang bersumberkan sejarah awal Juramentado, pejuang sejati Juramentado dimana mereka terpilih oleh seorang pendita untuk melakukan amalan Juramentado ini atas nama jihad agama. 


Kategori Kedua,adalah sekumpulan Juramentado yang mengaitkan fanatism agama dengan "furor politico" dan kategori ketiga hanyalah Juramentado yang melakukan tindakan kriminal semata-mata.


Ramai penulis sejarah moden menggambarkan Juramentado adalah suatu budaya puak Moro dahulu dan Kini. 

Worcester (1898:175-6) menulis; sekarang ini Juramentado adalah kumpulan yang paling susah untuk dihadapi. Puak Moro yakin bahawa siapa saja yang dapat membunuh orang Kristian akan mendapat imbalan dan hahuannya disyurga.Lagi banyak orang Kristian dibunuh lagi banyak habuan yang dia akan dapat disyurga nanti.Bagi yang terbunuh setelah membunuh orang Kristian,dia akan dibawa terus ke tingkat syurga yang ketujuh.


Suatu jalan singkat ke syurga.


Saksi pernah memberitahu saya bahawa mereka ada nampak seorang Juramentado merampas satu rifle yang sudah menusuk perutnya, dimasukkan lagi rifle kedalam perutnya ,agar dia dapat menghampiri askar yang menusuk rifle tadi lalu melibas askar tadi dengan senjatanya.

 Keberanian Juramentado ini amat menakutkan, dapat membunuh sebanyak mungkin sasarannya, namun diakhirnya akan membunuh diri sebaik saja dia berjaya membunuh seramai mungkin sasarannya


Keluarga si Juramentado akan meraikan "kejayaannya" setelah mendapat berita kematiannya. Pada sebelah malamnya,mereka akan nampak siJuramentado tadi menaiki kuda putih menuju syurga yang didamkan.


Seorang lagi penulis, Worcester, (1930:495) percaya pengaruh agama memang kuat dalam amalan Juramentado ini. Dalam budaya masyarakat Moro, pengaruh agama sangat mendalam dalam adat dan budaya hidup mereka.Mereka adalah fanatik agama.Saya pernah kenal dengan dua orang Moro menyerang dua ribu askar yang lengkap dengan senjata rifle, sedangkan mereka hanya bersenjatakan bambu. 


Saya ada mengetahui seorang Moro,walaupun sudah ditembak beberapa kali, dengan kedua kakinya sudah cedera,masih menggigit kerisnnya dimulut,masih mahu mara ke hadapan dengan harapan untuk membunuh seorang lagi musuhnya.


Beberapa lagi penulis, seperti Landor (170) mempunyai kisah tersendiri mengenai tindakan gila dan berani Juramentado bila menyerang musuhnya.


Foreman juga menulis mengenai Juramentado ini, pengalaman ekspedisi tentera Spanyol ke wilayah Sulu dibawah Malcampo pada tahun 1876; Akan sentiasa ujud kumpulan Juramentados ini, atau Mohammadan yang sudah bersumpah, Yang berjuang kerana Allah dengan darah mereka sendiri, Dan mampu memberi kehancuran yang besar kepada tentera Spanyol. Dengan hanya bersenjatakan Keris dipinggang, tombak disatu tangan, serta perisai disebelah, mereka akan merujuh kepihak lawan, mengatur strategi Maju dan mundur, membuat pergerakan zig-zag, dengan sejumlah tiga ke empat dalam satu kumpulan, akan menyerang puak Kristian yang dua puluh kali lebih besar dari mereka, dengan hanya dua tujuan, samada mati atau dapat mengalahkan musuh.


Foreman menambah, serangan Juramentados bukan hanya masa perang. Mereka dikejutkan semasa Kami menyambut "Corpus Christi Day" , semasa perarakan agama Di Cotabatto, tiba tiba beberapa Mohamaddan menyerang dimana orang Kristian sedang berarak. Memang mereka telah berjaya dibunuh, dengan nama Juramentados, sekiranya mereka melakukan tindakan terhormat bagi mereka, dengan sumpah Dan perjanjian untuk membunuh orang Kristian, mereka yakin roh mereka akan dibawa ke syurga Yang diidamkan selamanya bersama Nabi kesayangan mereka.


Inilah kumpulan ekstrim agama dalam aliran Mohammadan yang paling merbahaya dan tiada satu kuasa pun yang mampu menghadapi mereka, dan mereka hanya dapat ditantang seperti anjing gila atau seperti seorang Melayu yang mengamuk. 


Terakhir, saya cuba untuk relate masa Pgn Temenggung Amirul Faza yang menjaga wilayah kesultanan Burnei di sebelah pantai Barat Sabah dimana dia Ada menyerang tentera Spanyol diselatan Filipina sekitar abad ke 18 masehi. 

Kajian perlu dibuat bila masa serangan itu dibuat, adakah Pgn Temenggung juga menggunakan Khidmat Juramentados ini, atau menyerang dengan persediaan perang yang cukup tanpa bantuan menggunakan tindakan serangan bunuh diri ala Juramentados ini.


Pengaruh Pgn Temenggung memang ada di selatan Pilipina seperti Zamboanga sehingga Kini 

Wallohualam.


Nukilan Dari

Wad ISU Tkt.7, hospital Q1.Salam Khamis.


Saya akhiri dengan serangkap pantun.


"Nampak gah tentera berkuda,

Makin jauh makin gelora,

Bercerita kepada yang sudah tiada 

Ibarat menyuruh saksi bisu untuk berbicara ."






Bercerita kepada yang sudah tiada,ibarat menyuruh saksi bisu berbicara." 😊

Isnin, 5 April 2021

Once Upon a Time in Japan

 Once Upon a time in Japan


 

Hidoyoshi Toyotomi -Samurai Tanpa Pedang

Hideyoshi adalah pemimpin yang menakjubkan - dan paling luar biasa - dalam sejarah Jepun.


Ia lahir pada tahun 1536 dari sebuah keluarga miskin di Nagoya. Dilihat dari asal-muasalnya yang sederhana,orang sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi terkemuka.Hideyoshi bertubuh pendek,tidak tangkas, tidak berpendidikan, dan berwajah jelek. Daun telinganya besar,matanya dalam, tubuhnya kecil, dan wajahnya merah dan keriput ('sekeriput epal kering'),membuat dia kelihatan seperti kera,sehingga orang memberinya julukan 'Monyet' seumur hidupnya.


Hideyoshi lahir pada kemuncak zaman kekacauan Jepun,zaman perang antara kabilah, ketika kemampuan bertarung atau dunia kependekaran menjadi satu-satunya cara bagi rakyat jelata yang mahu melarikan diri dari kehidupan banting tulang sebagai petani.Perawakan Hideyoshi yang hanya setinggi 150 sentimeter dan berat badan lima puluh kilogram serta kelihatan bongkok menutup peluang untuk menjadi seorang ahli tentera.Namun ternyata kenyataan ini meleset sama sekali malah ia berjaya menapak ke puncak kekuasaan,sekaligus menyatukan negeri yang sudah tercabik-cabik akibat perang saudara selama lebih seratus tahun.Bagaimana ini boleh berlaku atau kalau menurut bahasa orang Indonesia,bagaimana bisa?


Berbekal kemauan semangat sekeras batu, otak setajam mata pedang,semangat yang tidak kunjung padam, dan wawasan mendalam tentang manusia membuat Hideyoshi mampu “membuat orang-orang yang meragukannya menjadi pengikut setia, pesaing menjadi sahabat, dan lawan menajdi kawan.”1 Walaupun tidak memiliki kemampuan bela diri serta keadaan fizikalnya yang serba kekurangan, sang 'samurai tanpa pedang'  mempunyai satu kelebihan iaitu kemahiran bernegosiasi yang menakjubkan .Ia menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin dan akhirnya dia telah berjaya menggungguli para   pesaingnya dan menjadi penguasa seluruh Jepun.



Dalam lingkungan masyarakat yang mementingkan kasta dan melarang keras penyatuan kelas sosial,Hideyoshi menjadi pahlawan dikalangan rakyat jelata dan dia dijadikan simbol tentang bagaimana seorang yang miskin papa boleh menjadi seorang yang kaya raya dan berkuasa.


Pada tahun 1590 Hideyoshi telah menjadi pemimpin tertinggi negara. Ia dinobatkan sebagai wakil kaisar oleh Kaisar Go Yozei dan menikmati kekuasaan bagaikan raja. Kaisar memberinya nama keluarga (nama belakang) Toyotomi,yang bermaksud 'menteri yang dermawan.'


Masa pemerintahan Hideyoshi juga tidak luput dari lembaran hitam,tapi pencapaiannya yang mengkagumkan melebihi kegagalannya  dan legendanya terus bergema,bahkan setelah kematiannya pada tahun 1598.




Kisah-kisah hidupnya yang dramatik dinukilkan dengan terperinci,terkadang berlebihan dalam buku “Taikoki”, sebuah biografi rasmi yang terbit pada tahun 1625.


Sampai hari ini, lebih empat ratus tahun setelah kematiannya,semua anak sekolah di Jepun mengenal nama Hideyoshi, sementara tak terhitung jumlah biografi,novel,drama,dan filem-bahlan video game menceritakan kembali kisahnya atau menampilkan karakternya.


Sejarah Singkat Samurai


Asal-muasal kaum samurai dimulai dalm keluarga Yamato,yang muncul sebagai suku terkuat di Jepun pada abad ketujuh Masehi. Kata “samurai” bererti 'orang yang melayani' dan diberikan kepada mereka yang lahir di keluarga terhormat dan ditugaskan untuk menjaga anggota keluarga Kekaisaran.Falsafah pengabdian ini adalah prinsip hidup bagi kaum samurai,baik dalam kehidupan bersosial maupun spiritual.


Akhirnya,keluarga Yamato gagal mempertahankan kuasa pemerintahan berpusatnya dan mulai mengagih-agihkan tugas ketenteraan,pentadbiran dan pengutipan cukai kepada para pesaingnya yang berfungsi sebagai Gabenor. Saat Yamato dan pemerintahan Kekaisaran semakin lemah,gabenor-gabenor tempatan semakin kuat. Akhirnya ada dikalangan gabenor memberontak dan menjadi daimyo,atau penguasa feudal yang menguasai wilayah tertentu yang bebas dari pemerintahan pusat.Pada tahun 1185,Minamoto no Yoritomo,seorang panglima perang dari walayah timur dan masih mempunyai hubungan darah dengan keluarga kaisar,membangun pemerintahan ketenteraan negara yang pertama, dan Jepun memasuki era feudal (1185-1867).Negara itu berada di bawah pemerintahan tentera selama hampir tujuh ratus tahun.


Kestabilan negara yang dirintis Minamoto pada tahun 1185 tidak bertahan lama.Penguasa-penguasa tentera datang dan pergi silih berganti dan pada tahun 1467 pemerintahahn tentera runtuh yang menyebabkan Jepun terjebak kekancah kekacauan.Maka bermula perang antara-Klan,abad berdarah ketika para panglima perang lokal saling bertarung untuk melindungi daerah kekuasaan.Mereka berusaha mengalahkan para pesaing dengan menggunakan pembunuhan,penggabungan politik,pernikahan antara-klan,saling mengambil anak angkat dan perang secara terbuka.Sekutu antara para panglima perang selalu berubah-ubah dan bukan menjadi hal yang aneh bagi seorang daimyo membunuh saudara atau bahkan orang tua sendiri.


Ketika memasuki Zaman Perang antara klan,istilah samurai telah berubah menjadi tentera negara,perwira penjaga perdamaian dan perajurit profesional:pendeknya,hampir siapa saja yang membawa pedang dan melakukan kekerasan.


Meskipun Zaman Perang Antara klan membawa kekacauan,kekuasaan masih utuh dalam struktur era feudal Jepun.Kaisar adalah penguasa tertinggi dan semua orang harus patuh dan tundu .kepadanya.Namun fungsinya hanya berupa simbol;kekuasaan kaisar sebenarnya hanya terbatas kepada penganugerahan gelaran rasmi terutana gelaran Shogun. Kaisar sangat bergantung pada daimyo untuk membiayai anggaran istananya dan tidak terlibat langsung dalam urusan negara.


Kelas sosial dibawah kaisar adalah kaum bangsawan,termasuk para pangeran,putri dan bawahan yang memiliki hubungan darah dengan kaisar.Mereka juga tidak terlibat dalam urusan negara dan bergantung pada warisan serta upti dari para daimyo untuk membiayai rumah tangga mereka.Hireki seterusnya ialah Kelompok Shogun,namun kaum bangsawan dan kaisar tidak memiliki autoriti secara langsung terhadapnya.Shogun adalah pemegang komando tentera tertinggi dan dapat disamakan dengan Presiden atau Perdana Menteri.Ia membuat keputusan administratif sehari-hari yang diperlukan dalam mentadbir negara.Punca utama Jepun terjebak ke dalam kancah Peperangan antara-klan ialah ketiadaan Shogun yang benar-benar mempunyai autoriti.Tujuan utama para panglima pada zaman tersebut seperti Oda Nobunaga,ketua kepada Hideyoshi,ialah untuk sampai ke Kyoto dan ditabal sebagai Shogun oleh Kaisar dan kemudiannya menyatukan negeri.


Paglima perang atau Daimyo,berada pada urutan berikutnya.Daimyo terdiri dari panglima-panglima handal yang menguasai kerajaan-kerajaan kecil,bekas gebenur-gebenur yang tidak mahu tunduk pada pemerintah pusat dan memerintah daerah mereka sendiri sepenuhnya,lainnya ialah bekas pengikut yang menggulingkan gabenur mereka yang lemah.Para Daimyo menjaga kota yang tumbuh disekitar istana mereka dan mengutip cukai dari dari penduduk atau petani.Samurai yang bekerja dibawah Daimyo menduduki tingkat sosial yang berikutnya.Orang-orang yang terbaik di kelompok kesatria abad pertengahan Jepun ini sangat setia pada ketua mereka dan menjunjung tinggi nilai Bushido (biasanya diterjemahkan sebagai 'semboyan kaum kesatria' atau 'jalan panglima')samurai yang terburuk tidak jauh bezanya dengan gelendangan pasar.


Lapisan kelas sosial di bawah samurai adalah ronin, atau samurai tanpa majikan.Ronin dilahirkan dalam keluarga samurai yang kurang berada atau menjadi penganggur kerana majikan mereka telah jatuh bengkrap atau kalah dalam perang.Kaum ronin terdiri dari pejuang yang jujur dan ada juga yang  memilih jalan yang salah menjadi perompak.Mereka adalah golongan sosial paling rendah yang berhak menyandang nama keluarga,sebuah kehormatan yang membezakan mereka dari rakyat jelata.


Dibawah ronin terdapat penduduk kota seperti penenun, tukang kayu dan petani.Mereka merupakan masyarakat kelas pekerja yang merupakan majoriti dari seluruh penduduk Jepun. Mereka tidak bergelar dan hanya menyandang satu nama (nama pertama). Mereka juga satu-satunya masyarakat yang dikenakan cukai.


Daripada lapisan-lapisan kelas sosial ini, kaum samurai muncul sebagai watak utama yang mewarnai sejarah Jepun. Namun peranan samurai berubah secara drastik setelah kematian Hideyoshi. Bila Jepun berada di fasa kedamaian, peranan mereka sebagai perajurit profesional mulsi lenyap, dan mereka beralih dari ilmu bela diri kepada pengajaran dan pengembangan spiritual dan kesenian. Pada tahun 1867, kelas perajurit ditiadakan dan sesiapa yang didapati memiliki pedang dikira melanggar undang-undang sivil.Golongan samurai telah berubah menjadi apa yang dicontohkan oleh Hideyoshi hampir tiga ratus tahun sebelumnya sebagai samurai tanpa pedang.



Khamis, 26 November 2020

Once upon a time in Tongod

 kisah benar yang berlaku di Tongod pada tahun 1950han, bagaimana pihak british menyelesaikan perbalahan antara dua suku masa itu, sekadar menghimbau kisah masa lalu dinegeri kita


 Penyelesaian perbalahan antara dua puak.


Kira kira tujuh puluh lebih tahun dahulu, suku Rumanau Alab dan Mangkahak, yang tinggal di tebing sungai Kinabatangan, berlaku insiden potong kepala antara dua kampung tersebut. 

Bila keadaan reda, suku Rumanau dikatakan telah memotong tiga kepala, dan suku Mangkahak hanya satu. 

Beberapa tahun kemudian, satu perjanjian telah dibuat dimana kedua dua pihak bersetuju untuk membayar bangun(pampasan), maka selesailah perbalahan antara mereka.

 Kedua- dua suku telah berjumpa di satu tempat yang dipersetujui. Suku Rumanau telah membayar 'bangun' mereka kemudian diikuti dengan bacaan mentera. Batu sumpah telah dibina sebagai bukti. Berpandukan kepada hukum adat mereka, perjumpaan kedua akan diadakan berhampiran dengan negeri suku Mangkahak, dimana giliran suku Mangkahak akan membayar pula pampasan mereka, dan akan diikuti dengan bacaan mentera.


 Malangnya perjumpaan kedua itu tidak dapat dilakukan kerana wabak penyakit malaria telah melanda suku Mangkahak,yang telah membunuh lebih separuh dari suku Mangkahak.


Masa terus berlalu dan peristiwa itu semakin dilupai, sehingga pada suatu petang di tahun 1951, Gabenor pada masa itu telah melawat daerah  Kinabatangan dan satu majlis dibuat untuk meraikan kedatangannya disatu tempat disatu tempat dipanggil Lamag.


 Dipenghujung majlis itu, seorang dari suku Mangkahak, yang kelihatan mabuk dek kerana terlalu banyak meminum tapai, telah dipelawa untuk duduk bersama dengan suku Rumanau untuk minum bersama. Dia dengan spontan berkata, tiada siapa yang boleh menyuruhnya minum, kerana katanya mereka, suku Rumanau telah membunuh bapanya. Salah seorang ketua suku terdengar apa yang dia katakan itu, lalu mencelah dengan mengatakan, kalau itulah yang dirasakan oleh suku Mangkahak, maka suku Rumanau akan menuntut pampasan yang dipanggil 'bangun' , yang sudah lama mereka lupakan.


Setahun selepasitu...


 Setahun selepas itu, suku Rumanau telah membuat tuntutan rasmi keatas "bangun" yang masih belum ditunai oleh suku Mangkahak, melalui ADO masa itu. 


Satu usaha telah dibuat untuk membawa kedua suku itu kemeja perbicaraan, pada bulan Februari,1953.


 Tapi selepas perbicaraan yang berlangsung selama sepuluh hari, suku Mangkahak memohon untuk ditangguhkan perbicaraan ke hari Tamu Tahunan di Tongod, pada 2hb Mei. 


Beberapa ketua suku Mangkahak agak lewat tiba ke tamu berkenaan, tapi sampai juga pada keesokan harinya. Perbicaraan bermula pada jam 1.30 petang dan berlangsung selama tiga jam. Menurut catatan Gabenor, dia telah menjalankan perbicaraan itu bersama dengan ADO serta dibantu oleh dua panglima dan sebelas ketua kampung sebagai penasihat dan sebagai saksi.


Terdapat seramai lebih dua ratus penduduk kampung turut sama mendengar perbicaraan itu, dan mereka mengikuti perbicaraan dengan tekun dan tidak membuat bising semasa perbicaraan berlangsung.


Saya (Gabenor) memulakan perbicaraan dengan bertanya kepada suku Mangkahak, sekiranya mereka bersetuju untuk membayar pampasan seperti yang di minta oleh suku Rumanau, dengan tegas mereka katakan bahawa mereka tidak akan membayaf apa-apapun!


Atas dasar kerana, suku Rumanau telah membunuh tiga orang mereka, sedangkan mereka hanya membunuh seorang saja suku Rumanau.


Satu perdebatan yang panjang dan hangat berlangsung termasuk berapa sebenarnya 'bangun' yang telah dibayar ditambah, dan suku Mangkahak dengan mengemukakan beberapa hujah atas dasar apa mereka tidak perlu membayar sebarang pampasan. 


Akhirnya suku Mangkahak bersetuju untuk membayar sogit saja sebagai ganti pampasan, tapi tidak diterima oleh suku Rumanau. 


Semua cerita masa kejadian itu, telah diturunkan dari bapa kepada anak dan tentunya banyak tokok tambah.


Cuma terdapat seorang saja yang hadir masa masa perbicaraan itu yang sempat menyaksikan acara batu sumpah yang pertama, dan masa itu dia masih lagi seorang budak yang kecil.


 Suku rumanau mendakwa bahawa, ..the score was three..dalam catatan british...maksudnya jumlah yang dibunuh adalah sama, iaitu tiga orang juga, kerana menurut suku Mangkahak telah meracun dua orang Rumanau masa itu, dan mati dalam perjalanan mereka pulang.


 Selepas melalui beberapa perbincangan, suku Rumanau bersetuju untuk mengurangkan tuntutan mereka kepada separuh, dan berikut adalah senarai terakhir yang perlu dibayar;

Agong Tawag-tawag         5

Tampayan sabar lama      2

Tampayan sampa              1

Tampayan sabar Bahru    1

Tampayan Kalagiowan     1

Tampayan Tamau              1

Tampayan Kalagiowan Merah 1

Tampayan Angom-angom 1

Tampayan Limbatan           1

Agong China                          1

Bukak Litukan                       1

Sumpitan                                1

Gayang                                   1

Keris                                        1

Badong(parang suluk)        1

Garunsing                              1

Kuali                                        1


Suku Mangkahak kembali lagi ke persoalan awal, sekiranya mereka perlu juga membayar, mereka juga mahu menuntut 'bangun' dari suku Rumanau kerana mereka kehilangan lebih banyak nyawa dari suku Rumanau.


Maka pada masa itulah Gabenor menggunakan kebijaksanaanya, kerana tiada penghujungnya.


Saya lalu berkata kepada mereka, saya tidak percaya kedua-dua pihak dan mereka2 cerita untuk mendapat sebanyak mungkin hasil dari perbicaraan hari ini. Kenyatan Gabenor ini menimbulkan bantahan yang hangat dari kedua belah pihak, lalu meminta satu upacara mengikut adat masing2 tuk mengetahui siapakah yang bercakap benar diantara mereka.


 Upacara atau ujian itu dipanggil sebagai "batugi", dimana seorang lelaki dari setiap suku merendam tangannya kedalam tempayan berisi air panas yang telah dijampi. Siapa yang tangannya tidak melecur selepas mengeluarkan tangannya dari tempayan itu, maka suku merekalah berkata benar. Adakah tuan Gabenor bersetuju dengan cara ini,


 Walaupun ada doktor bersama saya ketika itu, saya tidak bersetuju, selepas beberapa perbincanhan, mereka mencadangkan satu lagi ujian, yang saya rasa berkesan yang dipanggil sebagai "bolodop"


Ujian ini ialah dua wakil suku masing2 menyelam kedalam air, siapa yang keluar dulu dari selaman, dikira sebagai tidak bercakap benar.


Saya menjangkakan satu2nya alasan kenapa susah untuk mencapai kata sepakat ialah mengenai berapa ramaikah dikedua belah pihak yg mereka bunuh. Saya bertanya kepada mereka, adakah mereka bersetuju dengan ujian ini dan membayar "bangun" dan diikuti dengan upacara batu sumpah , mereka bersetuju.


Sayapun memberi ketegasan, siapa yang tidak hadir dalam upacara "bolodop" ini tepat pada jam enam pagi esoknya, dianggap sebagai mengaku kalah, mereka bersetuju dan bersurai


 Tepat pada jam enam keesokan harinya, ketua suku Mangkahak datang berjumpa saya dan mengatakan bahawa mereka telah berbincang pada sebelah malamnya, bersetuju untuk membayar "bangun" kepada suku Rumanau yang akan diserahkan semasa "Penungah Tamu" pada bulan Julai. Setengah jam selepas itu, kamipun pergi ke tempat upacara batu sumpah diadakan, dua batu jauhnya ke ulu sungai. Tempat itu dibersihkan agar kelihatan dari sungai. Kayu bulian dipacakkan, dengan dua batu diletakkan berhampiran masing2 oleh wakil dari kedua2 suku itu. 


Suasana di Tongod masatu agak tegang tetapi semakin reda dipenghujungnya.


 Terdapat seramai lima belas pemuda dari kedua2 suku pada upacaea batu sumpah itu. Setiap suku bersumpah bahawa;

- Tidak akan bergaduh lagi

- Tidak akan menimbulkan hal "bangun" itu lagi

- Tidak akan membawa sebarang perbalahan antara kedua suku samada secara lisan atau apa cara lain

- Dan tidak ada sebarang halangan diantara mereka dan kahwin sesama mereka adalah digalakkan

- Mana2 suku yang melawat ke kampung masing2, hendaklah dilayan seperti saudara mereka

- MENUMPAHKAN TAAT SETIA KEPADA QUEEN DAN KERAJAANNYA


 Kedua-dua belah pihak akhirnya benar2 patuh dan akur dengan apa yang telah dipersetujui. Setiap daripada mereka menyembelih seekor ayam diatas kayu bulian itu dengan memotong leher ayam berkenaan dan darah ayam itu disapukan pada kayu , dan meninggalkannya pada kayu bulian itu.


Selepas upacara sumpah itu, mereka saling berjabat tangan, dan juga berjabat tangan dengan saya, selaku saksi. 

Saya merasakan mereka benar2 jujur dalam perdamaian antara mereka dan membuang jauh permusuhan mereka sejak berpuluh tahun.


Mereka kelihatan gembira sambil ketawa, sayapun balik semula ke Sandakan, dan mereka balik ke Tongod dan minum tapai bersama-sama.

TAMAT


R.H.W Beresford-peirse

(District Office,Sandakan)

1954.Royal Asiatic Soceity