Selasa, 16 Mac 2010

sifat amarah

Antara sifat yang akan merosakkan jiwa dan akal adalah kemarahan.Sifat marah adalah sifat tercela yang mampu merosakkan sistem kesihatan dan kerehatan minda,emosi dan kerohanian.Marah perlu bagi merangsang minda dan emosi kearah perubahan seperti marah kepada kekurangan diri lalu berusaha untuk berubah.Namun marah terhadap segala yang berlaku atau perkara lain akan memudaratkan diri. Dalam konteks kesihatan bioenergy,tatkala sedang marah minda orang tersebut memancarkan gelombang bertahap beta secara berlebihan. Ini merangsang sistem hormon yang seterusnya memancarkan arus tenaga letrik secara tinggi kepada seluruh tubuh.Inilah yang menyebabkan seseorang yang sedang marah kelihatan merah muka,telinga dan tapak tangannya.Tubuhnya akan menggigil dan kata-kata serta tindakannya menjadi kasar dan kuat.Arus tenaga yang berlebihan mengakibatkan saraf bekerja secara stres dan mampu memutuskan ataupun merosakkan saraf. Biasa berlaku urat saraf otak terputus yang mengakibatkan strok akibat kemarahan yang berlebihan dan berlanjutan.Kerana itu, marah yang berlebihan menjadi musuh kepada sistem tubuh.Malah,transmisi getaran tinggi ini mengakibatkan getaran aura menjadi negatif seterusnya menarik gelombang-gelombang negatif luar untuk masuk kedalam tubuh.Akibat marah juga seseorang boleh hilang kawalan diri dan pertimbangan rasionalnya.Gangguan jin dan makhluk halus akan hanya memburukkan lagi keadaan.Marah adalah penyakit dan lawannya adalah kesabaran.Kerana itulah Islam menyatakan kepentingan sifat sabar dalam saranannya 'sabar itu sebahagian daripada iman'.Kata ini secara simbolik menolak kemarahan dan menyifatkan sabar sebagai sebahagian daripada iman.Iman pula adalah rukun atau prinsip yang menjadi pegangan Muslim.

Ahad, 14 Mac 2010

Lapan Tonggak Perdana Kerajaan

Empat Tiang Utama:
1.Gagasan 1 Malaysia:Rakyat Didahulukan,pencapaian diutamakan
2.Program Transformasi Kerajaan(GTP)
3.Model Ekonomu Baru(MEB)
4.Rancangan Malaysia Ke -10(RMK10)

Empat Asas Pelengkap:
1.Membudayakan kreativiti dan innovasi
2.Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
3.Nilai untuk wang
4.Nilai untuk integriti

Khamis, 11 Mac 2010

the secret 8 in solat

Bacaan duduk antara dua sujud dalam solat:

Ya Allah
1.Rahmatilah aku - Rabirghfirli
2.Ampunilah dosaku - Warhamni
3.Cukupkanlah aku - wajburni
4.angkatkah darjatku - warfa'ni
5.kurniakanlah aku rizki- warzu'ni
6.kurniakan aku petunjuk- wahdini
7.afiatkanlah aku - waafini
8.Maafkanlah aku - waafu'anni

Selasa, 2 Mac 2010

Perintah Allah

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH SWT.Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita,tetapi ia adalah PERINTAH ALLAH AZZA WA JALLA. Firman Allah S.w.t:
"...bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya,mudah-mudahan kamu menang.-Surah Al-Jumaah:10)

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah SWT.Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita.Begitu juga makan.Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan.Ada yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang.Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang.Jadi kenapa aku makan?Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang.Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan.Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan untuk makan kerana Allahlah yang bagi aku kenyang bukan makanan atau minuman.

INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH

Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan.Kita makan bukan dengan kita boleh kenyang tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah.Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah,jika benar-benar kepada_Nya kamu menyembah" - (AlBaqarah ayat 172)

"Hai sekelian manusia,makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"- (AlBaqarah 168)

Kekenyangan datang dari Allah.Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan.ALLAH PERINTAH KITA MAKAN TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG

Begitu juga yang lain-lain.Allah perintahkan kita berusaha dan bertawakal kepada Allah.Bila kita sakit kita akan makan ubat.Eh,Allah yang kasi sembuh aku bukan ubat.Ya,Allah yang kasi sembuh tapi Allah perintah kita makan ubat TAPI ALLAH TIDAK SURUH KITA YAKIN UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

Firman Allah SWT:

"dan bertawakkallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara" - (AlAhzab:33)

Jika kita memahami maksud Al Quran,kita akan dapati perintah Allah itu memang sesuai dengan fitrah manusia.Hari ini ada orang memandang Al Quran hanya sinonim dengan perintah Hudud potong tangan.Perintah jihad pergi membunuh orang lain.Ini bukan saja yakin yang salah tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali.Padahal Al Quran bukan saja perintah kita menjalankan undang-undangNya tetapi Allah perintah kita untuk makan,minum,bekerja malah tidur juga.Tetapi siapa yang bagi kta ngantuk?Allah...

ALLAH PERINTAHKAN KITA TIDUR TETAPI ALLAH TIDAK SURUH KITA YAKIN TIDUR ITU BAGI KITA MENGANTUK

Setiap perintah Allah SWT di dalam Al Quran mengandungi erti yang mendalam sekali.Allah perintah semua ini kerana ia adalah fitrah manusia.Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan,sudah pasti mesin atau kenderaan tadi dilengkapi manual cara menggunakan atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi.Begitu juga manusia.Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia dan hanya Allahlah yang faham fitrah manusia.jadi apakah manual bagi manusia tadi.

ITULAH AL QURAN

Al Quran adalah panduan bagi manusia.Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya maka Al Quran menjadi panduan atau petunjuk (guide book) bagi manusia 'menggunakan' dirinya sendiri dengan betul.Firman Allah SWT;

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertakwa" - (Al Baqarah:2)

Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya atau tidak 'menggunakan' dirinya dengan betul.Manusia yang benar-benar faham akan menggunakan Al Quran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya.Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia tidak berjaya dan gagal.Segala ciptaan manusia tidak sempurna.Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial,kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya.Hari ini kita lihat China dan Jepun umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur tetapi kita tidak tahu berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bayi sendiri kerana kelaparan.Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon rkonomi utama sahaja daripada seluruh China yang besar itu.Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri kerana tekanan kerja yang tinggi.

Inilah akibat kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri.Kita yakin Allah perintah kita makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dariNya?Betapa pelik sikap manusia hari ini.Kita juga,makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul.Apakah cara yang betul itu?IAITU DENGAN CARA NABI SAW

Ada aoarng pada hari ini tidak sukakan nabi SAW.Mereka tolak hadis-hadisnya.Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah dengan menolak lafaz 'Muhammad rasulullah',kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja,berguru dengan Allah sahaja.Hanya Al Quran yang patut diikuti bukan hadis-hadis.Padahal kalau mereka ikut Al Quran mereka juga kena ikut cara nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT;

"Katakanlah: "taatlah Allah dan RasulNya;jika kamu berpaling,maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.-Ali Imran:32

Lihat, di dalam Al Quran sendiri Allah PERINTAH supaya kita taat padaNya dan juga kepada RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW

LAILAHAILALLAH,MUHAMMADURRASULULAH.Kita taat PERINTAH Allah,tetapi taat dengan cara bagaimana?DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW.Bukan cara syariat Nabi Ibrahim,Nabi Isa atau Nabi Musa.Apatah lagi syariat Komunis,Kapitalis,Zionis atau Iblis.Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad SAW.

Seteursnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia mengikut sunnah nabi SAW maka apa yang kita buat adalah dikira sebagai ibadah;membuahkan pahala ganjaran di sisi Allah...

Ibadah bukan sahaja solat,puasa,zikir dan sebagainya.Hidup berpandukan sunnah Rasulullah SAW juga dikira ibadah.Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah!Bagaimana?Tidur denga niat i'tikaf di dalam Masjid.Tambah-tambah jika adab tidur dujaga,dinulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur sepertimana yang dibuat nabi.Bukan itu saja,berak bersembur najis busuk dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah!Eh,pulak.... bagaimana?Membuang air besar yang disertai dengan adab-adab masuk tandas sebagaimana nabi ajarkan.Lihat,betapa indahnya Islam.Betapa lengkapnya ISlam.Islam adalah manusal kehidupan lengkap seorang manusia.Dari manusla cara-cara membuang najis sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara,semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah sebagaimana makan,minum dan tidur.Bezanya,Solat,puasa dan undang-undang Islam bertentangan dengan nafsu kita tetapi makan,minum dan tidur sesuai dengan nafsu serakah kita.Jika solat,puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa dan hukuman Allah jika tidak melaksanakannya,bagaimana pula dengan perintah makan,minum dan tidur jika tidak melaksanakannya?Ah,setahun ni aku tak nak makan dan minum.Ah,3 bulan aku tak nak tidur,aku nak bertapa,aku nak zuhud kononnya.Juga berdosa kerana Allah SWT melarang kita sengaja mencampakkan diri kedalam kebinasaan.Firman Alah SWT:

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." - Al Baqarah:195

Solat dan puasa misalnya sudahlah memang ibadah tetapi jika hidup kita seluruhnya berpandukan Allah dan RasulNya maka, makan jadi ibadah,minum jadi ibadah,tidur jadi ibadah,bekerja jadi ibadah... semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah SWT.

Maka inilah yang menjadi sebab musababnya mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga,

"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. - Az-Zariyat:56

INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH,IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADANYA...INILAH TUJUAN HIDUP KITA,INILAH KERJA SEBENAR KITA DIDUNIA

Dari:Mistisfiles Blog

Khamis, 18 Februari 2010

dualisma otak

Setiap belahan otak memiliki kemampuan khusus.Kebanyakan orang hanya menggunakan salah satu belahan otak sahaja.Ini menyebabkan kemampuan yang dimiliki tidak optimum.Menggunakan kedua-dua belah otak bererti menggunakan seluruh potensi yang ada.Sistem pendidikan yang baik harus mampu menyiapkan model ataupun kaedah yang dapat mengoptimumkan kedua belah otak.
Ahli falsafah Islam,terutama ketika membahaskan aspek-aspek melibatkan akal(al-'aql),terlebih dahulu membuka jalan dan peluang bagi dualisma otak,yang disebut otak kiri-kanan oleh pakar-pakar otak masa kini.Walaubagaimanapun,perintis-perintis otak dari Yunani,seperti Dyocles dari Carystus (tahun 4 SM) yang terkenal dengan konsep "dua fikiran dalam satu kepala" terlebih dahulu membicarakan topik itu, tetapi ahli falsafah Islam memberikan nuansa mistik-intuitif pada dualisma otak.Keujudan aspek-aspek intuitif, yang terletak pada bahagian kanan otak dan aspek-aspek rasional yang terletak pada bahagian kiri otak memberi pengaruh besar pada jalur misitk dari ilmu pengetahuan mengenai manusia.Fakulti akal (al-aqal) - satu daripadanya adalah pendapat Ibn Taimiyah - adalah ibarat wahyu dalam diri manusia.Ia adalah fitrah yang diturunkan ke dalam diri manusia (Al-Fitrah Al-Munadzdzalah).Fakulti akal itu sekaligus membawa dua dimensi otak: yang rasional dan yang intuitif.Dualisma otak secara tidak langsung membahagi dunia (dalam erti kata geografi dan kebudayaan) ke dalam dua kelompok yang bertentangan;otak kiri bagi orang-orang Barat dan otak kanan bagi orang-orang di sebelah timur dunia.Orang-orang Barat lebih rasional dan orang-orang Timur pula lebih intuitif.Akhir-akhir ini muncul pula satu perkembangan yang menarik.Orang-orang Barat yang rasional itu mula menjadi intuitif dan mistik,manakala orang-orang Timur pula menjadi lebih rasional."Dunia yang hilang" itu segera ditemukan bagi kedua-dua pihak.
Berfikir cara analisis, yang khusus dilakukan oleh otak kiri,membuat manusia tidak mampu berkembang dengan baik.Perkara ini membuatkan manusia kehilangan kreativiti kerana menghadapi sesuatu yang memang sudah ada.Pemikirannya tidak berkembang,statik dan tidak menghasilkan sesuatu yang baru.Sebaliknya,bertanya "apa yang mungkin dilakukan",seperti ciri khas otak kanan,membawa kepada ribuan kemungkinan dan ribuan kreativiti. Kajian-kajian menunjukkan manusia masih belum menggunakan otaknya secara maksimum.Sebahagian besar manusia,masih belum lagi menggunakan kedua belahan otaknya bagi menyelesaikan masalah ataupun sekadar untuk belajar.Kedua belahan otak itu,menurut Tony Buzan adalah ibarat "gajah putih" iaitu sesuatu yang tidak digunakan sepenuhnya.Salah satu cara memaksimumkan pengunaannya adalah melalui pembelajaran utuh kedua belahan otak itu.Roger Walcott Sperry,seorang pakar yang penah memperoleh hadiah Nobel pada tahun 1981,adalah salah seorang pakar(selepas Diocles pada zaman yunani) yang menangani isu "gajah putih" ini.Dia membuat kesimpulan,selepas melakukan pembedahan pada otak pesakit yang mengalami pesakit sawan,didapati setiap belahan otak itu mempunyai pengkhususan kerja masing-masing.Dari pembedahan inilah timbulnya teori pecahan otak (split brain theory) atau teori otak dwi-hemisfera,iaitu seperti berikut;

Hemisfera kanan/Hemisfera kiri
Holistik/Terperinci
Kreatif/Logik
Imaginatif/Analitik
Visual/Perkataan
Ritma,non-verbal/Bahasa
Warna/Hitam-putih
Perasaan/Rasional
Instituional/Matematik
Seni/Sains

Menyambung usaha Sperry,pendidik dan pakar pengurusan Amerika, Ned Hermann, membahagikan dua dual belahan otak Sperry kepada empat bahagian yang digelar empat quadran otak.William Edward "Ned" Hermann adalah seorang pendidik dan pakar pengurusan yang menggunakan asas teori dominasi otak."makmal" besarnya iaitu General Electric,tempat dia bekerja suatu ketika dahulu sebagai seorang pengurus bahagian latihan. Pada tahun 1970, dia mendirikan pusat Kajian yang sekarang ini dikenali sebagai HBDI (Herman Brain Dominance Instrument)

Pencapaian Hermann adalah penciptaan latihan bagi menganalisis dan mengembangkan "gaya berfikir" seseorang berdasarkan fungsi otaknya. Dia membahagi otak kepada empat kawasan. Pembahagian ini secara anatominya melibatkan fungsi-fungsi sistem limbik dan dua belahan otak. Secara fungsinya pula, kuadran-kuadran itu bekerja ketika menerima dan mentafsirkan maklumat dan kemudiannya membuat kepurusan.Kuadran-kuadran ini terdiri daripada: kuadran A (kiri atas) yang diatur oleh belahan otak kiri dan berfungsi bagi pemikiran analisis (analytic thinking). Kuadran B (Kiri bawah)yang disusun oleh belahan otak kiri dan sistem limbik befungsi bagi pemikiran pelaksanaan (implementation thinking).Kuadran C (kanan bawah) yang disusun oleh belahan otak kanan dan sistem limbik berhubungan dengan pemikiran sosial (sicial thinking). Yang terakhir, kuadran D (kanan atas) yang hanya diatur oleh belahan otak kanan berfungsi bagi pemikiran masa depan (future thinking).

Isnin, 8 Februari 2010

minda kreatif

Terdapat tiga jenis manusia.Pertama,yang menunggu peluang.Kedua,yang mencari peluang dan yang ketiga,yang mencipta peluang.Siapa yang berada dalam kategori yang ketiga ini ialah mereka yang mempunyai minda kreatif.Apakah dia minda kreatif?"pencapaian saya adalah 99 peratus usaha dan 1 peratus ilham" kata Thomas Edison.Edison yang kreativitinya dibuktikan melalui lebih daripada seribu penemuan,percaya kreativiti lah kunci kejayaan.Kreativitinya terbukti dengan ribuan penemuan,tetapi juga didahului dengan ribuan kegagalan!(ada yang menyebut terdapat 5,000 biji mentol yang rosak sebelum Edison dapat menemukan satu mentol yang elok.)Kreativiti adalah hasil daripada latihan.Ia juga merupakan satu usaha berterusan yang tidak kenal penat lelah.Kreativiti yang tidak dilatih bakal lumpuh,ibarat otot seorang joki yang tidak di asah dengan latihan.Seseorang boleh menjadi kreatif dengan melatih diri berfikir secara kreatif.Tindakan kreatif - yang menghasilkan hasil-hasil kreatif - selalunya didahului dengan pemikiran kreatif.

Bobbi DePorter yang terkenal dengan Kaedah Quantumnya (Quantum Learning),memberi kaedah dalam berfikir secara kreatif,iaitu melalui tiga langkah penting:

1.Ketika berfikir,jangan mudah berasa puas.Jangan menerima sesuatu itu seadanya.Kita boleh melihat sama seperti apa yang dilihat oleh orang,tetapi harus berfikir sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain.Kita harus berfikir dengan cara yang berbeza
2.Jangan terikat pada satu cara sahaja dan jangan berfikir secara kaku.Tempuhi ataupun carilah jalan lain bagi menuju kesebuah destinasi atau tujuan.Jangan sentiasa mengikuti jalan yang sama menuju ketempat itu.
3.Tingkatkan tumpuan ataupun tambahkan perasaan ingin tahu.Jadikan perkataan mengapa sebagai panduan di jalan. Tanyakan, mengapa sesuatu itu begini,sdangkan yang lain begitu.

Terdapat banyak faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi kreatif ataupun memiliki keperibadian yang kreatif.Selain daripada ditentukan oleh faktor genetik,ia juga ditentukan oleh lingkungan kebudayaan dan juga sistem pendidikan dimana seseorang itu berada.Malah,kreativiti juga sering dikaitkan dengan gangguan jiwa.Orang kreatif sering disamakan - walaupun kenyataan ini adalah salah - dengan orang yang mengalami gangguan jiwa.

Latihan otak juga penting dalam mewujudkan sifat kreatif.Pendidikan yang bertumpu pada bidang matematik dan bahasa,biasanya menggunakan belahan otak kiri.Manakala,terutamanya seni muzik,menulis dan berlakon merupakan bentuk pendidikan yang dapat melatih perkembangan otak kanan.

gelombang otak III

3.Alfa
Tahap iluminasi daripada proses kreatif menunjukkan gelombang alfa pada otak.Frekuensinya berada pada 7 atau 8 hingga 13 Hz.Frekuensi ini berada jauh di bawah frekuensi gelombang beta ketika otak bekerja keras.

Keadaan ini baik sekali bagi proses belajar.Ingatan lebih mudah ditanamkan dalam kulit otak apabila fikiran itu tidak bercabang. Fikiran bercabang (dua atau lebih fikiran yang difikirkan pada satu masa) menyulitkan ingatan. Bagi mengingat dengan baik,otak harus berada dalam keadaan alfa.Keadaan alfa memberikan sumbangan besar pada fikiran bagi menuju alam bawah sedar.Menurut MacGregor, sumbangan ini adalah lebih kurang 88 peratus.Ketika gelombang alfa terjadi,seseorang itu seperti berada dalam keadaan melamun.tetapi,bukan sekadar melamun.Otak,pada ketika itu,dibiarkan bekerja dengan tenang.

4.Beta
Jika anda sedang kebingungan kerana kehilangan wang,gelombang otak anda pada ketika itu mungkin menunjukkan gelombang beta.Begitu juga halnya jika anda mengalami stress ataupun kekecewaan.Menurut istilah awam,pada ketika itu otak menjadi tidak keruan.Fikiran yang bercampur aduk membebani otak,membuat seseorang itu tidak dapat berfikir dengan baik.Otaknya juga tidak berada dalam keadaan yang segar.Ia tidak dapat berfikir dengan jelas, fikiran tidak fokus dan sukar menumpukan pehatian.Pada umumnya,keadaan terjaga,ketika otak berada dalam keadaan berjaga,otak berada dalam gelombang beta.Ketia seseorang berdiri di tepi sebatang sungai,hendak melintasi jambatan,ataupun ketika seorang pemandu teksi sedang memandu,ataupun seorang guru mengajar di hadapan kelas, ataupun ketika seseorang itu sedang makan, gelombang otaknya berada pada keadaan beta.Keadaan beta ini - yang dalam pemantauan EEG berada pada frekuensi 13Hz - menunjukkan tenaga logik otak.Pada ketika itu, pancaindera memainkan peranan yang penting. Maklumat yang masuk melalui pancaindera diproses sedemikian rupa oleh otak dan kemudiannya ditanggapi.Otak dalam keadaan beta adalah otak yang beranalisis. Dalam keadaan ini,meminjam istilah Edward De Bono, otak berfikir secara menegak.